Isnin, 30 Januari 2012

dah sihat

hye , semua si manis-manis
huh , semalam teruk rasanya
ades , sesak nafas ,tau
rasa macam nak mati dah
sakit tu tak terluah kalau nak diceritakan
kesian pulak kat mak dengan ayah aQu
memalam buta terpaksa bawa aQu pergi hospital
sedih rasa , kalau pikir balik
macam aQu ni banyak menyusahkan dowang
dari kecil sampailah sekarang
aQu tak mampu nak bagi dowang kebahagian lagi
asyik-asyik dowang je yang susah payah untuk aQu
aQu tak pernah pun susah payah untuk dowang
why? i dont know !!!!!

mak ! ayah !
maafkan itah ye !
sebab selalu banyak  menyusahkan
dari kecil sampailah sekarang
tak pandai nak berdikari sendiri lagi

huh , semalam pun aQu tak boleh nak tidurr 
meracau-racau tak tentu hala,
then sampailah pukul 4.30
aQu dah tak tahan 
dah tak boleh nak tidur
aQu bangun , ambik ubat yang doktor bagi tu
then makan ,
lepas makan ubat tu , barulah rasa okey sikit
tidur nyenyak giler !
sampai dalam pukul lapan ke sembilan entah
aQu pun tak ingat
dengar-dengar  mak aQu panggil
dia cakap nak pergi pasar dengan ayah aQu
suruh aQu bangun makan
huh , lepas dowang dah keluar tu
aQu bangunlah
pergi dapur
then aQu nak buka la pintu tu
eh2 , bertuah punyer mak
dia kunci nyer pintu tu dari luar
ades terperuklah aQu dalam rumah yang serba gelap gelita
dengan berseorangan , haha
ayat ! tak boleh tahan, wekkss !
hah,

hari ni dah dua hari tak pergi sekolah
mak ai !
esok mintakk-mintaklah boleh pergi sekolah
tapi duk rumah lagi  best
but teringat tahun spm
terpaksalah juga
dahlah esok baliik pukul tiga lebih nak dekat pukul empat tu
jenuh letih aQu
payah gak  !

huh , seronok tau bila demam ,
orang layan kita maam anak raja
nak apa mintak ja
pasti dapat punyer
but aQu tak sukalah demam
sebab tak boleh nak buat aktiviti
lasak-lasak 
hehe
macam lah aQu ni lasak sangat
tuang !,
hehe

okeylah sekarang aQu dah rasa sihat sikit , mau pergi makan , mandi then ambik ubat
and tidor ,
bye

sakit ! :'(

hye , semua !
apa khabar ? hope baik semua erk ,
ades !, hari ni aQu demam pulak , sedih , tak larat
sekolah pun miss hari ni
esok pun tak tahu nak pergi ke tak !?
rasa macam malas ja nak pergi
dengan badan tak sihat ni
bukan malas tau !
tak sukalah kalau demam
sebab mesti kena makan ubat
lagi pun aQu ada asma
ouh tidakk !
tak suka
nak nafas tu susah tau , kalau orang yang tak ada asma
tak apalah
kalau jenis ada asma susahlah
nak tidur pun tak nyenyak
semalam entah berapa kali aQu terjaga
sakit dada ni ! rasa pedih sangat
hum ,
okey but aQu ada satu cerita sikit nak kongsi ni
semalam masa tengah tenguk tv ,
AJL , tau kan?
pasti korang tak miss tenguk rancangan tu kan?
hehe ,
betulah tu ,
okey , tetiba telefon aQu berdering then aQu tenguk nombor tu
macam penah call aQu
but never mind
aQu agkatlah call tu
pastu aQu dengar suara perempuan cakap
huh , dia tanya aQu sape 
aQu duk diam je
mybe terkejut kowt ,
pastu dia cakap ni kawan ajmal
aQu cakaplah , a'aa
pastu dia tanya siapa nama
then aQu jawablah nashitah
pastu dia cakap okey. then letak
huh , cuak giler aQu nak cakap , gugup
pastu tenguk inbox mesej masuk
tulis 
" salam , ni mak ajmal
boleh tak tolong suruh ajmal call balik atau call
ajmal suruh dia balik
ayah dia sakit dah dua hari ,
tak mau tengok ke "

ouh  !, masa tu baru aQu tahu , tu mak ajmal
pastu tak apalah , aQu call ajmal
suruh dia balik !
dia boleh cakap jap. jap
eh. eh !
dont like that
aQu tak taulah dia balik or tak
aish , payah jugaklah
kalau di tengur takut kena marah
ouh , tak mau lah !
never mind , sabar jelah
hope dia boleh pikir yang terbaik untuk dia
amin !.

okeylah entr aQu setakat sini saja
mau pergi rest !
penat !, ubat pun tak makan lagi
take care of yourseft okey
bye !

Sabtu, 28 Januari 2012

huh !, penat

hye , semua !, sweety reader !
sayang korang semua
miss miss giler !
hahh !, miss aQu tak ?
hehe
okeylah aQu hari ni aQu nak story mori sikit and nak kongsikan
sedikit ilmu aQu dengan korang
nak tak aQu kongsi ilmu dengan korang?
tak nak tak apalah !
aQu tau sapa aQu lah kan
but never mind
aQu nak kongsi jugak
| degil |

okey sebelum tu  , meyh dengar story aQu untuk hari ni dulu okey
hah !, penat betul kena buat kerja hari ni , hehe
buat over lebihlah pulak aQu neh
hehe
hah , hari ni bangga are aQu boleh bangun awal
kalau tak pukul 11, 12 baru nak bangun
bila bangun tu deret kena sound dengan mak aQu
tapi aQu buat bodo je , hehe
teruk perangai
hari ni mak aQu busy sikit kena buat bagi siap baju orang tempah
sebab dowang nak ambik pakai minggu depan
so mak aQu suruhlah aQu buat kerja
firstly tu okey jela
setakat udang tu kan
lama-lama dah naik jemu aQu tinggal terus , hehe
last-last , mak aQu yang buat ,
then mak aQu suruh pulak buat telur dadar
hehe
nak tau apa jadi dengan telur tu !
jadi telur hancur , hehe
maklumlah !
orang tak pernah masuk dapur , masuk pun cari makan je
nasiblah mak aQu tak bising
huh , selamat gegendang telinga aQu neh

okey , tadi aQu ada cakap nak kongsi ilmukan
ni , | TEKAN SINI |
bolehlah untuk sesiapa nak belajar cara guna blogskin okey!
aQu punyer skin tak guna blogskin
sebab , malas nak edit ,
pakai kod semua
nak buh gambar pun pakai kod
payah tu
bukan kerja aQu nak menghadap skin kompurter anyhour
so aQu tukar pakai skin biasa

okeylah , semoga berjaya erk guna skin tu !
entry aQu setakat sini saja okey untuk hari ni\
jumpa lagi !,

Jumaat, 27 Januari 2012

terbaikk !

hye , semua !, hope sihat selalu okey
sayang korang
kiss sikit ! muahhh .
hehe , ayat tak tahan
gedikk meyh !
tapi aQu sebenar tak macam tu okey !
jangan salah paham ye ! semua
hah , firstly aQu nak ucap bebanyak  TAKZIAH
kepada kawan aQu sorang ni ,
nama dia "KU NADZIRAH BT. KU JAHE"
yang telah kehilangan ayah kesayangan
yang telah meninggal akibat kemalangan

berat mata melihat , berat lagi bahu menanggung kan?
memang aQu tak nafikan semua tu
harap dia sekeluarga tabah
sebab kita tak boleh lari
semua yang ada nyawa dan hidup kat dunia ni
pasti akan mati juga
bila ALLAH dah tetapkan tarikh hidupnya 
kat dunia ni dah tamat tempoh
macam aQu juga and semua benda yang hidup kat dunia ni
sebab dalam AL-QURAN pun ada tulis
HIDUP KITA KAT DUNIA NI UMPAMA PENGEMBARA
singgah kat dunia mencari bekalan akhirat
sebelum pulang menghadap pencipta semula
so kita banyak-banyaklah cari pahala kat dunia ni ya
sebab bila kita dah mati nanti hanya ada empat perkara je
yang boleh tolong kita
iaitu
--> DOA ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH
-->SEDEKAT YANG IKHLAS
-->ILMU YANG BERFAEDAH
-->AMAL YANG KITA LAKUKAN

okeylah !, yang pergi tu tetap akan pergi
dan tak akan kembali bersama dengan kita
so janganlah dikenangkan sangat
sebab semua tu akan buatkan dia tersiksa
so jangan lakukan itu ya !

hah , aQu ada lagi cerita nak cerita ni ,
tadi aQu ada tenguk cerita kat TV3
best jalan cerita dia
tetang kasih sayang antara ayah dan anak
sedih tau
rugi bagi korang yang tak tengok

okeylah , entry aQu sampai setakat sini sajalah
nak pergi siap-siap
nak balik kampung sebab minggu depan maksu aQu nak kawin
yeye !
tak sabar nak tenguk dia sanding hehe
bye , sayang korang semua
jaga diri elok-elok okey

Khamis, 26 Januari 2012

SABAR ! :P

hye , semua ! sihat tak ?
harap-harap sihat semua erk ?! hari ni aQu kurang sihat sikit
biasalah ada alahan pada makanan
silap makan sikit, huh merana berhari-hari
nasiblah badan ,
hari ni hidung keje berair je , habis tisu satu kotak mak aQu tu
mata pun bengkak-bengkak , nak tenguk dunia pun tak puas, hehe
huh , semalam satu hari aQu kena bahan dengan kawan and sepupu aQu
kurang asam betul , werrr
marah ni ! ,marah !
hehe
tapi biarlah
hari dowang , kalau hari aQu , siap dowang
hehe
aQu kucai-kucai sampai jadi lumat macam bubur lambuk tu
huhu , versi kejam sikit
tapi tak apa "DALAM HATI ADA TAMAN"
taman bunga erk ! bukan taman ular
hum , pejam celik ,pejam-pejam
celik-celik balik
dah hari jumaat , dah nak habis dah cuti seminggu sekolah
kerja sekolah aQu pun tak buat-buat lagi
biasalah budak terlebih rajin
orang buka buka
yang aQu neh , buka muka buku
apalah nak jadi ! dah la tahun ni exam penting SPM kowt!
hah , bila dah buka sekolah ,mulalah kena pergi sekolah
bangun awal ,iron baju ,  huh macam-macam lagilah
pastu bila dah kat sekolah tu 
mulalah nak terserempak dengan "MAKHLUK ASING"
yang sememang nyer buat aQu meluat sangat kat dia
harap-harap tak jumpalah ,
amin . amin
hehe
hah , dah buka sekolah ni , satu masalah lagi
sukan !!!!
wahhhhh !, aQu memang paling tak suka
tambah-tambah merentas desa
beruntunglah sesapa yang sekolah kat bandar tu
tak payah nak merentas desa
kan2? 
tapi tak taulah kut kena merentas kota
haha ,
pelik bebenor dengar nyer pun
tapi tak apalah , latihan je aQu kena lari
hari merentas desa betul-betul nanti 
aQu tunggu tengok orang lari je
tulah untung nyer jadi ahli "PBSM"
bertuah rasa,
hah , hari ni , aQu terjah satu blog then terbaca satu entry ni
nak baca tak? neh aQu kasi link nyer
TEKAN SINI
best story dalam blog tu ,
tapi yang paling sedih aQu baca
entry ni
tekan link ni okey
TEKAN SINI
tersentuh jiwa aQu baca
okeylah , entry aQu setakat sini saja okey
jap lagi kena marah pulak aQu
dari pagi tadi buka netbook tak tutup-tutup
sebelumkena marah baik aQu cabut dulu kan2?
hehe , okeylah ! aQu rindu korang semua
terutama untuk someone 
C*A*P*I*T*A*L  +A+
tata ! harap dipanjangkan umor boleh juga lagi di entry akan datang

KENAPA ??

hye , semua !
hari ni aQu nak kongsikan sedikit cerita dengan korang
aQu tak tahulah , kenapa  aQu rasa berdebar-debar
lepas aQu baca blog seseorang
aQu mintak maaf sangat-sangat kat korang sebab aQu tak boleh nak nyatakan
link blog tu dekat sini
kali ni biarlah aQu sorang je yang tahu okey .
huh !, cuti seminggu ni memang bestlah
sebab boleh bangun lewat , hehe
sampai solot subuh pun tak sedar !,
hampeh , punyer orang hehe
tadi pun dah kena bising dengan mak aQu  sebab bangun lewat hehe

okeylah , aQu nak sambung cerita ni dengan korang,
just sebagai peringatan je untuk semua perawan-perawan okey
jagalah kehormatan yang telah ALLAH berikan tu okey
jangan sewenang-wenang je bagi kat orang yang bukan sah milik kita
aQu tulis ni bukan nak pesan kat korang je but peringatan buat aQu juga

cuba korang fikir balik !, muhasabah diri , apa yang korang dapat
kalau bagi kat balak korang
ee, malulah sikit
sedar tu balak bukan suami ye sayang
akibatnya, semua kita yang tanggung tau
bukan dowang,
nak malu mak ayah kita juga
so sedarlah sebelum terlambat okey,
aQu tulis ni , bukannya nak kata aQu ni baik sangatlah
aQu mengaku , aQu bukan baik sangat pun
but aQu jaga kehormatan diri aQu okey !

sebelum korang nak buat sesuatu tu fikirkan mak ayah korang
tambah-tambah lagi mak korang
dia yang penat lelah kandungkan korang sepuluh bulan sembilan hari tau
bukan senang , tambah bagi mak-mak yang ada alahan tu
lagi teruk
tu dah satu bab
masa nak melahirkan korang
dia terpaksa bergelumang dengan maut
sebab tulah ,
"SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU"
jangan biarkan mak korang mengalirkan air matanya dengan dosa yang korang dah buat
jangan biarkan dia tanggung segala luka dihati sebab apa yang korang dah lakukan
dan jangan pernah hancurkan harapan mak korang
"HARGAILAH MAK KITA SELAGI DIA MASIH HIDUP"
sebab kita kat dunia ni hanya ada seorang ibu saja
kalau tiada dia , tiadalah kita juga

okeylah , entry aQu setakat sini saja, harap korang jaga diri korang elok-elok okey
jangan biarkan "CINTA BUTAKAN MATA DAN TULIKAN HATI"

Selasa, 24 Januari 2012

harapan

hye , semua !, hari ni
aQu ada sikit story yang nak kongsikan dengan korang semua ni
huh !, penat 
kebanyakkan sekolah dah buka
tapi sekolah kotowang tak buka lagi
cuti seminggu kowt
huhu , ni yang syok ni

hah, okeylah !
aQu sambung balik cerita aQu tadi
aQu tak taulah masuk dengan tajuk aQu pun tak
entry ni?
pening sudah !

6/2/12
huh , tarikh penting buat maksu aQu and paksu baru aQu
hehe,
aQu harap dowang kekal sampai matilah
tak sabar rasa nyer nak tengok dowang bersanding
then lepas ni aQu nak stay kat area simpang empat lagi
ataupun nak pindah pergi area arau padang siding
hari tu aQu adalah terdengar dowang cakap
SHUTT !!
jangan bagitau dowang tau
hehe , nanti kena marah
tak mau, tak mau

okey aQu cerita, apa yang dowang bincangkan okey
makteh aQu cakap , nak suruh kami pindah
duduk kat rumah tu, lagi pun tak ada sape yang nak duduk kat rumah tu
sebab lepas je maksu aQu kawin
makteh aQu nak pergi duduk dengan anak dia
kat kelantan
so sekarang makteh aQu suruh ayah aQu pikir
ayah aQu cakap
kalau pindah sana susah pulak nak buat kerja
sebab ayah aQu kerja baiki motor sendiri je
tapi cakap ayah aQu tu ada betul nyer jugalah
tapi btw aQu tak tau and tak mau ambik kisah
sebab tu hal orang-orang tua
kalau dapat pindah pun
aQu dengan adik beradik aQu terpaksa tukar sekolah baru ke
SMK TENGKU BUDRIAH
memanglah kalau boleh aQu nak sangat pindah sekolah
tapi kat sekolah lama kawan-kawan dah ramai aQu kenal
dah rasa serasi
kalau jadi pindah , sayanglah
nak tinggal
tapi apa-apa pun biarlah

okeylah entry aQu setakat sini je okey !,
kalau ada masa , aQu update story yang lebih menarik lagi !,,
untuk tatapan korang! yang sudi baca blog aQu jelah
yang tak sudi tu tak harap pun 

"MAAF" , harap diterima

hye !,hah cantik tak skin blog aQu ni? tak cantik kata p lah cantik sebab aQu edit sendiri tau,
penat ,, lelah sendiri
hah, hari ni aQu nak buat pengakuan pemohonan maaf
kepada insan-insan yang aQu rasa aQu ada buat salah kat dowang
sebelum tu nak cerita pasal hari ni 
tadi aQu ikut mak aQu pergi beli barang
waduh !, lepas kuar dari kereta tu 
tetiba je kena marah
mak aQu cakap
"hang pakai apa baju macam budak laki , baju banyak tak mau pakai, nasib aQu tak nampak hang pakai baju macam tu , kalau tak aQu tak bagi ikut dah"
huhu !,, aQu senyum je !,,
pastu aQu  suhlah mak aQu diam ,
alahai lagilah dia bising
maaakkk aii !,,
tapi apa-apa pun aQu sayang sangat mak aQu tu
sebab mak tak ada dua atau banyak
just ada satu je
SAYANG MAK SAMPAI MATI
-->INSYAALLAH<--

okeylah , berbalik pada cerita aQu tadi
firstly aQu nak mohon maaf ye !,
tapi kalau korang tak nak maafkan tak apa
tu hak korang
yang penting aQu dah mintak maaf
aQu tulis entry ni bukan nak mintak simpati dari sesapa
or nak tunjuk bajet hot
tak ye !,,
sebab aQu bukan jenis orang macam tu
so bagi korang yang baca entry blog ni
jangan salah paham okey !,
-->SAYANG HAMPAA MEYH<--

okey !, kepada -->BUKHARI<--
aQu mintak maaf jujur ni !, and ni last
aQu momention nama hang dalam blog aQu ni
aQu harap hang maafkan aQu ,
semua salah aQu buat ye !
sama ada aQu sedar atau pun tidak sedar
senaja ataupun tak senaja
then aQu harap hang jangan duk ungkit lagi pasal salah aQu ye
apa yang aQu buat salah kat hang
hal lalu tu biarkan je lepas okey
mulakan yang baru
then aQu harap hang bahagia dengan fatin
be the bestlah

to -->FATIN<--
aQu pun nak mintak maaf kat hang jugak ye !,
pasal hari tu ,,
kalau hang terasa aQu peli hang ke ?
maaf ye !,
aQu tau hang sayang balak hang , then tu memang hak hang
balak hang ,! never mind ! aQu tak kisah
tapi bila aQu baca entry blog hang tu 
SAKIT HATI 
jugak !,
" KLIK SINI "
btw !,, aQu tak ambik hati pun
tu blog hang , hak hang nak tulis apa pun kan?
tapi kat sini , aQu nak jujur dengan hang
aQu tak pernah rasa nak bajet hot okey !
sebab tu bukan sifat aQu
okeylah , apa yang hang tak puas hati
boleh bagitau aQu terus
" IM KAT BLOG AQU/FACEBOOK or W2W "
okey !,, aQu tak marah ! 
aQu harap hampaa stay forever okey,, 
last aQu nak mintak maaf kat hang,,
jujur okey !,,

to -->ADEK KHAIROZ<--
sorry erk adek , akak tak boleh nak join group tekto adek tu
btw akak sayang adek then akak doakan adek tubuhkan group tu
dapat sambutan hangat okey

untuk -->GENG_GENG PORT<--
sayang hampaa semua meyh !,,
but im sorry terpaksa quit dari group tu
than thank ye ,, "KLIP VIDEO GAMBAR"
yang korang buat tu ,, nice !,,
like meyh
bertuah aQu dapat kenal hampaa
kat hampaa pun , aQu nak mintak maaf kalau aQu ada buat salah okey
harap hampaa maafkan aQu

to si manis ni -->NUR AFIQAH<--
KLIK SINI
sayang adik meyh !,, 
akak miss adik, 
then untuk "MY BFF" 
KLIK SINI
yang paling istimewa dalam hidup aQu
nak pesan ni
senyum-senyum selalu tau !,, jangan sedih-sedih
jadilah macam gula-gula
sentiasa je manis
kecuali gula-gula yang masam tu sajalah
hehe
yang sentiasa masam

okeylah !,, entry aQu setakat sini sajalah !,,
tak kuasa rasa nyer nak tulis panjang-panjang
malas , kerja sekolah pun banyak
lansung tak buat
rasa nyer buka sekolah ni kena denda pulak
adoi !,,

"KALAU ADA JODOH JUMPA LAGI"

Isnin, 23 Januari 2012

sakit hati

hye ,, hari ni aQu nak kongsikan sedikit cerita dengan korang
hari ni , aQu ada terbaca blog "FATIN" tu ,,
huhu panas kowt ayat dia kata kat aQu ,
http://love-cadbery.blogspot.com/
nasiblah aQu tak kenal dia
and aQu tak maulah kenal dia
meluat !
bukan nak iri hati ke apa

aQu tahulah balak dia ,
aQu tak ada nak inginlah 
yang lalu tu biarlah
aQu dah mulakan hidup yang baru dah
sekarang hidup aQu dah rasa bahagia
aQu dah rasa tak perlukan dia dalam hidup aQu lagi
kalau tidak selalu jumpa dia , ada rasa lain sikit dalam hati aQu
getar satu badan
tapi sekarang dah rasa biasa
aQu dah anggap dia macam tak penting dah dalam hidup aQu
hidup aQu pun dah rasa macam biasa balik
kawan-kawan pun cukuplah
bagi aQu
tak perlu ada istimewa lagi

but im stay waitting someone
yang sememangnya aQu tak perlu tuliskan dekat sini
biar aQu sorang je tahu,
aQu akan tunggu selagi dia anggap aQu penting dalam hidup dia
kalau tak penting dah
anggaplah ianya sebagai kenangan
sebab aQu dah tak sanggup nak berharap dah
aQu dah tak mau hati aQu terluka
sebab terlalu perih
aQu suka pendam , sebab aQu tak tahu nak cerita dengan orang
kalau boleh , aQu nak dia sentiasa ada dalam hidup aQu
aQu tak nak dia pergi dari hidup aQu
dia penting untuk aQu
selamanya
"until i dead!"

then aQu tak tahu , lama mana aQu boleh hidup kat dunia ni
kalau boleh nak selamanya
tapi aQu siapalah nak tentukan hidup sendiri
tambah hidup orang lain lagilah.
aQu harap sakit aQu ni tak ada effect !,
aQu tak tahulah kenapa  aQu selalu sakit kepala
kadang-kadang tu
sakit sangat-sangat
tapi abaikan jelah
selagi aQu sihat, aQu syukur

tahun ni SPM !,, (PENTING)
aQu tak nak ada apa-apa yang menganggu otak aQu ni
kalau boleh aQu nak fokus
insyaallah
aQu tak tahu lagi arah tuju , masa depan aQu
kalau  boleh aQu nak sangat
gapai cita-cita aQu
sebagai seorang -->GURU<--
amin , mudah-mudah bolehlah
kadang-kadang tu dorang selalu tanya
kau tak ada boyfriend ke?
tak nak ke cari lain?
aQu selalu cakap SPM weh !
lagi pun aQu dah malas nak pikir bab-bab ni
aQu just nak tunggu seseorang je 
tapi aQu pun takpasti
tapi haraplah akan ada kepastian
suatu saat nanti

okeylah , aQu dah tulis entry panjang hektar dah ni
lain kali aQu update lagi ye !,, insyaallah 
semoga jumpa lagi
--->MISS SOMEONE<---

Sabtu, 21 Januari 2012

ceritaku

hye , hari ni aQu nak kongsikan sikit cerita dengan korang
takk best pun , tenguk tajuk blog dah tahukan?,, hehe
tapi aQu tak kisah, aQu nak cerita juga
tadi aQu pergi kangar
sesaje jalan-jalan hehe , penat eh
pastu macam mana entah tertarik nak buat kicen hanset
lawalah juga , tapi aQu tak boleh nak upload gambar kat sini
warna pink
"I <3 A"

aQu pilih tiga huruf tu je ,, tu pun dah tujuh ringgit
tapi cantiklah , aQu nak bagi kat dia satu
tapi dia duk jauh , nak kena post pulak , huh
banyak kerja
so tak jadilah, aQu buat untuk aQu je
gantung dekat hanset baru !,,
lawa , warna pink pulak tu
adoi !, sejak bilalah aQu minat pink ni
aQu pun tak taw
hehe ,,
screen depan hanset tu
aQu taruk gambar aQu dengan dia 
masa kami gambar dua
sebelum dia balik tu 
nice !,, 

okeylah , aQu sempat tulis sikit je entry untuk hari ni ,
busy sekarang , bye , semua 

Khamis, 19 Januari 2012

"AL-FATIHAH"

hye , semua ! lama dah tak update blog
bukan sebab apa , busy sikit kerja sekolah banyak sekarang ni
maklumlah dah student SPM tahun ni (2012)
bulan 5 ni dah start mula tusyen kat sekolah
aQu segan nak ambil tusyen kat luar
bukan nak belajar sangat, macam tahun lepas keja sembang je
hari ni pun aQu kurang ada mood baik
start dari semalam ,kena beleter
ni adik aQu punyer pasallah mengada-ngada betul
ish ! geram ni
dah makan nasi tu sudahlah
pastu mak aQu balik ngadu lapar nasi lagi
dia tu bukan kecik lagi
benci betulah
pastu pagi ni pun kena marah juga
awal-awal nak pergi sekolah tu
pastu pergi sekolah pun terlupa bawa duit
dah dengan mood tak baik ni , aQu p kat kawan aQu
dia duk buat cakap "ada aQu kenal hang ka?"
werh !,, mau aQu tak terasa
aQu tak cakap dengan dia sehari untuk hari ni
entah masa pagi masuk kelas tu dia nak cerita apalah 
biar jelah
aQu malas nak ambil kisah
tapi nasiblah , cuti seminggu
wahh ,, dapatlah juga relex-relex otak ni
tu pun kerja sekolah banyak

hah , okey aQu nak pergi kepada topik aQu tadi ye
tolong sedekahkan "AL-FATIHAH" untuk aQu punyer "TOKDAK TIMAH"
dia meninggal petang semalam
sakit tua
mula-mula tu dia dah sesak nafas
hantar pergi hospital
balik tu dah okey
then dia stay dengan anak dia
dekat "FELDA RIMBA MAS"
dah lama aQu tak dengar cerita pasal dia
pastu tetiba je dengar dia dah meninggal
sedih !
last aQu jumpa dia , tahun lepas
masa bulan 12 , tu pun sat je
satu yang aQu tak boleh lupa tentang dia
dia suka panggil aQu dengan nama "SITI NAJWA"
aQu tak tau sebab apa dia panggil aQu dengan nama tu
tapi mak aQu citer, sebab aQu suka menangis
masa kecik-kecik dulu
hehe,
aQu rindu sangat dia
last aQu dengar dia panggil aQu "HAWA"
masa bulan 3 tahun lepas (2011)
masa tu dia datang rumah aQu
aQu senyum saja bila dia panggil aQu dengan nama tu
aQu tenguk dia masa tu pun dah kurus sangat
aQu harap "ALLAH" tempatkan dia dengan orang yang solehah
dia meninggal "hari khamis malam jumaat"
orang cakap kalau mati hari tu
terlepas azab kubur
"subahanallah"
semalam pun hujan turun tak henti-henti dengan lebat
petang tadi masa aQu p latihan merentas desa
cuaca elok je , panas lagi ada la
tetiba malam tu hujun turun lebat sangat
tapi sayangnya !
aQu tak sempat nak pergi tengok perkebumian dia
untuk kali yang terakhir
tapi mungkin ada hikmat 
insyaallah
tapi aQu tak tau apa hikmah sebalik tu
sekali lagi aQu nak ucapkan salam takziah dah sekalung doa "AL-FATIHAH"
untuk arwah

okeylah , entry aQu setakat sini sajalah

Rabu, 18 Januari 2012

CATAN HATI

hye ,, hari ni aQu nak coretkan sikit kat blog aQu ni
apa yang tersirat dalam hati aQu ni
sebab ni lah aQu
tajukkan ENTRY hari ni dengan tajuk"CATAN HATI"
mungkin tak best
then aQu percaya, korang tak akan baca punyerlah kan?

okeylah
aQu mulakan dengan sikit pemgenalan
"CINTA TAK HARUS MILIKI IA"
ayat ni memang ada maksud
tapi aQu tak boleh nak jelaskan dekat sini
sebab ianya adalah "RASIA HATI AQU"

"SECRET MOMENT"
satu perkara yang menjadi rasia hidup aQu
waktu yang lepas, sekarang dan akan datang
aQu akan tunggu!
tapi aQu tak pasti
sampai bila?
saat detik yang paling bahagia untuk aQu

"HURT HEART"
aQu harap tak akan ada lagi
PERKATAAN TU DALAM KAMUS HIDUP AQU
KINI DAN AKAN DATANG
sakit sangat untuk hidup aQu
kalau boleh tak nak ada lagi untuk itu

"MENUNGGU SESEORANG YANG TAK PASTI"
ayat ni selalu berada dalam hati aQu
tak pernah miss walau sesaat pun
"I love him
but I'm not sure whether he love me
he talk like my verse I
"Love you"
but notwithstanding
I follow my intuition
to always wait for him
"aQu akan tunggu dia tapi aQu tak tahu selama mana atau mungkin sampai aQu mati"

Selasa, 17 Januari 2012

PERCAYA SIHIR?

hye ,, hari ni aQu nak kongsikan cerita aQu dengan korang
cerita yang aQu tulis ni bukan main-main tau
kalau nak main-main aQu tak nak ceritalah
sebab cerita ni bahaya ,"SENSETIF"
so korang paham-pahamlah ye

aQu nak citer pasal yang jadi kat "FAMILY SENDIRI"
"TRUE STORY"
aQu tak taulah siapa yang kenakan family aQu
tapi yang paling kesian mak aQulah
setiap malam bila tidur jekan?
ni mak aQu yang cerita sendiri
aQu pun menjadi pendengar yang setialah
hee,,
okey aQu sambung balik ye ,,
cerita tadi
masa mak aQu tidurkan ,, ada macam benda duk hisap ibu jari kaki
pastu tetiba je angin dalam badan naik
ganggu tak boleh nak tidur
naik seluru badan,,
yang boleh cakap macam ni sebab dah pergi doktor
tapi doktor cakap tak ada apa-apa pun
then dah pergi banyak bomoh (perubatan tradisional)
tapi tetap tak ada kesan juga
tetap sama
semakin hari pun semakin teruk
kadang-kadang tu kesian juga
sekarang  dah semakin teruk sangat
mak aQu dah mula batuk-batuk

aQu pun pernah kena tapi sekarang dah okey
teruk juga tau ,,
nak cerita pun susah
aQu tak nak perkara tu ulang lagi
hah ,, nak cerita pasal tu payah
aQu cerita pasal aQu kena "HISTERIA"
korang pernah dengarkan?
mesti punyer
citer ni berlaku masa aQu form 3
dah dekat dengan PMR , cikgu suruhlah duduk asrama nak buat
ulangkaji senang,,
malam first tu okey lagi
malam yang last kut ,,
masa aQu pergi surau nak tunaikan solat isyak 
aQu jalan berdua je dengan kawan aQu
pastu sampai je dekat "BLOCK KBSM"
tetiba je pokok yang kami lalu tu bergoyang , angin pun rasa kuat
sejuk sangat rasa,, pastu aQu pandang atas
cam mana entah , tetiba aQu terpandang atas 
aQu ternampak bebayang putih
pastu aQu buatlah tak nampak
okey pastu dah habis solat kitowang pun baliklah dorm asrama tu
pastu budak dorm atas kut guna cas telefon
sebelum tu cikgu dah pesan jangan cas sebarang alatan
pastu dowang tak dengar cakap
apa lagi ,, gelap satu asrama aspurilah
cikgu tak mau buka balik lampu tu
pastu lampu kecemasan pun makin gelap
aQu tetiba je rasa susah hati
masa tu aQu duduk katil atas sorang-sorang 
dowang semua kuumpul kat bawah
tetiba aQu rasa angin macam tadi
aQu pun dah rasa tak sedap hati
aQu turun katil tu
pastu ! ,, ades aQu cepatkan ceritalah
masa kena rasuk tu aQu dah tak ingat apa-apa
just aQu dengar dowang cakap
"mengucap weh !,, lawan balik ,, jangan lemah ,jangan biar benda tu kuasa badan hang"

okeylah entry aQu setakat sini sajalah !,
nanti aQu update lain okey !,, bye !,,

Isnin, 16 Januari 2012

ADIK SAYANG (4 adik2 agkat aQu)

hye ,, hari ni aQu nak tulis entry pasal "ADIK-ADIK ANGKAT AQU"
"aQu sayang korang meyh"

okeylah fistly aQu nak kenalkan korang dengan adik-adik angkat aQu ni
yang pertama 
nama dia "AZZALIKA"
umor dia 16 tahun (2012)
sekolah syed saffi, satu sekolah dengan aQulah hehe,,
so selalulah jumpa
sekarang dia dah masuk kelas sains
pandai dia
ni aQu kasi korang tenguk gambar dia
hee ,, comel tak?


yang kedua,,
meyh aQu kenalkan ye !,,
nama dia "juliana" ,,16 tahun
satu sekolah dengan aQu juga
budak ni peramah sikit , waduh kepoh sungguh
yang paling dia suka panggil aQu "KAKAK KECIK"
tak boleh sungguhlah budak ni sowang
ni aQu kasi gambar korang tengok comel ,, likelikelike

uke ni aQu kenalkan lagi adik angkat aQu
nama dia "HIDAYAH"
dia sorang yang HAPPY ,,
suka kongsi story dia dengan aQu
sayang dia meyh ,umor dia 16 tahun juga ,,
dia boleh masuk kelas akaun ,, huh bangga
pandai ,, tapi dia tak satu sekolah dengan aQulah
dia sekolah dekat KEDAH
ni aQu kasi tenguk gambar dia

ni adik angkat aQu yang keempat
nama dia ,, "AKMAL"
16 tahun juga ,, senang buat kawan
hehe ,, peramah ,, tapi dia suka mengata kat aQu
werhh ,, tak suka ,, tapi yang tak tahan dengan dia
suka MELATAH,, dia sekolah SMK SANGLANG
ni aQu kasi tenguk gambar dia ,, hensem kowt ,,hehe

ni adik angkat aQu yang kelima
meyh aQu kenalkan erk
cute orang nyer ,, nama dia "JULIANA"
umor 16 tahun ,, sekolah SMK PERLIS ,,
baik ,, sayang dia meyh ,, dia suka kongsi masalah dengan aQu
ni aQu kasi korang tenguk gambar dia

okey ni aQu nak kenalkan adik angkat aQu ,,
sayang dia ,, peramah ,, baik
dia suka mintak pendapat aQu
nama dia "AHMAD FAEZ"
umor dia 15 tahun
dia sekolah SMK DATO ALI ,,
ni aQu kasi korang tenguk gambar dia

ni adik angkat aQu yang last ,,
so sweet dia senyum ,, sweet macam gula-gula tu ,,
sayang dia meyh,,
okey aQu kenalkan dia dengan korang erk,,
nama dia "AFIQAH"
umor 14 tahun ,, sekolah SMK KERAMAT ,,
dia suka kongsi cerita dengan aQu ,,
happy sangat tenguk dia senyum ,, sejuk hati
dia pun peramah orang nyer 
okey ni aQu kasi korang tenguk gambar dia
so sweet ,, comel sangat 

comel-comelkan dowang ,,
aQu sayang sangat dowang
kalau boleh aQu tak kehilangan dowang

okeylah entry aQu setakat sini saja okey ,,
nanti jumpa lagi untuk entry lain okey
sayang korang







Sabtu, 14 Januari 2012

ada apa dengan CINTA??


hye ,, hari ni ,, aQu ada sedikit cerita nak kongsikan dengan korang semua ni
pasal "CINTA" , "COUPLE" , "SAYANG"
kalau bab ni mesti korang dah terbiasa bukan?
tentu sajakan

okeylah , hari ni 
aQu nak bincang topik tu dengan korang
korang pasti pernah bercouplekan?
tentu pernah
kalau cakap tak pernah tu
aQu tak akan percayalah
hehe ,,
tapi kebanyakkan tu memang pernahkan
apa yang korang rasa bila korang bercouple dengan seseorang tu?
mesti rasa sayangkan?
betul tak?
sayang tulah yang menyebabkan korang nak selalu habiskan masa bersama
dengan couple korang tukan?
hehe ,,
agak-agak aQu betulah tu

kalau sehari tak dengar suara couple korang
atau mesej tentu duduk tak senangkan?
hehe 
maklumlah ada orang sayang
bertuahkan korang
tapi kalau sayang tu
aQu nak pesan
janganlah gadai segala yang kita miliki ye

bagi aQu sekarang couple-couple ni tak penting lansung
aQu lebih suka kawan je
sebab kawan tak pernah nak buat hati kita kecewakan
sebab kawan akan selalu ada dengan kita
kongsi suka duka
hah , da citer pasal kawan ni
aQu ada cerita nak kongsikan dengan korang
pasal kawan baik aQu
nama dia "NURHAFIZAH"
dia memang satu kepala dengan aQu
best sangat tau kalau ada kawan satu kepala ni
dia boleh paham aQu
and aQu boleh paham dia
simple and easykan?
aQu mula kenal dia masa aQu form 1
masa tu dia satu kelas dengan aQu
pastu terpisah 2 tahun sebab aQu naik kelas
then masuk form 4 tu ,, jumpa balik
masa tulah kami mula rapat balik
tapi sekarang lagi rapat
hehe

kat sini aQu nak ambik kesempatan nak citer  pasal
"THE END LOVE STORY" 
aQu
sedihlah kut bagi aQu
but never mind
yang lepas tu biarlah and kita jadikan pengajaran
aQu dah kenal dia masa aQu form 1
satu kelas , tapi masa tu aQu memang menyampah sangat kat dia
sebab dia suka kata kat aQu
then aQu pun naik kelas
masa tulah aQu dah lama tak nampak dia
and aQu pun tak pernah ambik tau
lagi pasal dia
tapi masa tahun lepas kut
aQu komenlah dekat wall sorang budak perempuan ni
nama dia nadia, dulu sama kelas dengan aQu sampai form2
tapi dia naik kelas A and stay sampai sekarang
pandai giler kut 
hehe
masa tulah aQu mula kenal dia
dia add aQu
aQu pun approflah
mula-mula tu chat biasa je
pastu hari apa entah masa tu chat dengan dia
dia cakap dia suka aQu masa form 1 lagi
aQu katalah, aQu tak pernah kenal dia
macam mana dia boleh suka aQu
tak apalah , masa tu aQu buat tak kisah lagi
tak ambik perduli sangat dengan cakap dia tu
aQu just anggap dia kawan aQu je
pastu aQu duk jumpalah dia kat sekolah (selisih saja)
bukan face to face erk ,,
aQu peliklah apasal dia malu-malu dengan aQu
pastu kawan aQu kata
dia macam suka kat aQu ja
aQu cakap baliklah jangan duk merapu sangatlah
tapi memang betul kata kawan aQu tu
dia mintak couple dengan aQu
mula-mula tu aQu teragak-agak nak terima
tapi dah sebab kesian aQu terima sajalah
dah lama-lama tu
kesian aQu bertukar jadi sayang kat dia
dia peramah orangnya
senang nak masuk
yang aQu ingat masa aQu couple dengan dia bulan tujuh kut 2011
staylah sampai lima bulan
pastu masa tulah rasa hubungan kami dah tak berapa okey
then kami pun breaklah
masa tu memang aQu sedih sangat
dah sayang-sayang pastu tetiba je break
tak apalah kawan aQu pun tolong ejas kami balik
then okeylah balik
pastu sampai suatu masa tu aQu dah rasa dia lain macam dah dengan aQu
password fecebook dia pun dia dah tukar tak bagi tau aQu
mesej pun dah tak kecauli aQu hantar dulu
tu pun dia dah buat layan tak layan
pastu dia mintak break dengan aQu
mula-mula tu aQu tak nak
tapi dia dah desak
aQu apa nak kata
nak kata tak nak
dah orang tak sudi dengan kita dah
nak kata ya
hati aQu tak sanggup lepaskan dia
then dia dah desak sangat-sangat breaklah
masa tu aQu tak apa lagi
aQu terima je
entah macam mana malam tu hati aQu terdetik nak tengok wall fecebook dia
bila aQu tenguk ada kawan budak perempuan tu post dekat facebook dia
"taniah ye ! jaga kawan aQu elok-elok tau"
masa tulah hati aQu rasa hancur sangat
aQu tak  boleh nak tahan air mata
aQu menangis depan makcik aQu dengan sepupu-sepupu aQu
sebelum ni , aQu tak pernah nak menangis depan orang lain
pastu keesokan harinya
aQu buka pulak fecebook
aQu tenguk wall budak perempuan tu
dia tulis post , buat hati aQu sedih sangat
masa tu aQu ambik keputusan block dowang dari fecebook aQu
then lepas hati aQu reda, aQu bukalah block tu
nasib baiklah masa tu ada kawan aQu yang selalu beri aQu semangat
nama dia "MUHAMMAD AJMAL"
dia selalu beri aQu semangat
dengan dia ada, aQu rasa tak sunyi , hilang semua sedi aQu
start tulah, aQu belajar untuk melupakan dia

okeylah setakat sini sajalah entry aQu 
jumpa lagi ye


for someone


entry ni ,, aQu tulis untuk seseorang and aQu hope dia akan baca
firstly aQu nak mintak maaf sangat-sangat kat dia
kalau aQu ada buat dia tersinggung
atau buat dia marah

aQu tak bermasud nak buat semua tu
then aQu tau aQu salah menyibuk hal dia
aQu tau dia tak suka
tapi aQu pun tak nak dia menipu aQu
selama ni aQu percaya sangat-sangat kat dia
aQu anggap dia terlalu istimewa
untuk hidup aQu
seseorang yang selalu ada dalam hidp aQu
sebab tu aQu rasa sedih sangat bila dapat tau
dia tipu aQu
kalau dia cakap jujur apa salahnya
maaf sebab aQu terpaksa cakap jujur
aQu sedih sangat dia tipu aQu



seseorang yang selalu baik
yang selalu ada untuk orang lain
tapi dah berubah !,,
why?,,

sumpah aQu tak tipu
selama ni aQu anggap dia terlalu baik orangnya
tapi aQu silap
mungkin aQu tuhan nak aQu belajar dari kesilapan ni
untuk tak terlalu anggap seseorang tu
dan tak akan percaya sangat pada seseorang
yang mungkin nampak baik
tapi kita tak boleh nak baca isi hati orang
apa yang orang lain rasa tak sama apa yang kita rasakan?

okeylah aQu rasa setakat sini sajalah
entry yang aQu mampu tulis untuk hari ni ,,
hope dipanjangkan umor

Jumaat, 13 Januari 2012

kesempurnaan

hye!semua hari ni aQu nak kongsikan sedikit cerita dengan korang ni
tapi tak berapa menariklah
tentang "SEMPURNA"
kita tentu sudah tahu yang manusia tak pernah ada yang sempurna
dari kaya mahupun miskinkan?
tapi kadang-kadang tu ada setengah manusia yang meerasakan diri mereka terlalu sempurna
wahal sama sahaja
dan ada juga setengah manusia yang nak selalu orang nampak dia sempurna
gunakan cara berbohong
cara tu salah
lambat laun orang akan tahu juga
apasalahnya kalau manusia bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa yang dia ada
sekarang

sifat tu lebih cantik bukan?
okeylah entry aQu setakat sini saja
dihari yang lain kita jumpa lagi erk
ada banyak story yang aQu belum kongsikan dengan korang

Khamis, 12 Januari 2012

harapan

hye! assalamualaikum ,,
hari ni aQu kisah sikit nak kongsikan
mungkin tak bermakna bagi korang but
"terlalu bermakna sangat-sangat bagi aQu"
kalau aQu pikir balik memang nak jatuh sangat air mata ni
harapan seorang insan yang terlalu aQu sayang dalam hidup aQu
tanpa dia , aQu tak akan pernah ada kat dunia ni
aQu tak dapat bayangkan kalau hidup aQu tanpa dia
aQu terlalu sayangkan dia
kalau boleh nyawa aQu sendiri untuk gantikan hidup dia
tanpa dia siapa aQu nak panggil gelaran seorang "ibu" 


aQu sedar, aQu terlalu banyak sangat kesalahan yang aQu buat kat dia
tak dengar cakap, membantah then macam-macam lagi la
yang aQu buat secara sedar ataupun tak
menyinggung perasaan dia
aQu tengok seorang ibu terlalu tabah untuk anak-nak dia
sebab tu aQu tak sanggup nak hampakan harapan dia
tapi aQu sekarang terlalu dengan sifat malas nak majukan diri sendiri
aQu tak tahu sampai bila aQu nak bersikap macam ni

kalau boleh aQu nak sangat kotakan harapan mak aQu tu
aQu nak sangat tenguk hayat dia bahagia
aQu dah tak sanggup tenguk dia sedih
aQu tahu selama ni dia banyak sangat terluka
tapi dia tak pernah nak gambarkan semua tu
demi anak-anak dia sanggup berkorban
aQu sayang sangat dia ,,
dia hidup aQu

mungkin entry aQu setakat sini saja
lain hari jumpa lagi , insyaallah ada umor yang panjang

Rabu, 11 Januari 2012

senyuman bahagia

hye , assalamualaikum
tak jawab dosa ,, erk?
hehe ,,

lama tak update blog ni
habuk-habuk entry yang lama-lama tu
hehe,, silap topik dah
nak jadi macam "cikgu sejarah yang mengajar
kat kelas aQu pulak , nak tau sebab apa aQu kata macam tu
sebab nyer , kalau dia ajar sikit ,mulalah dia nak masukan cerita
macam-macam, aduhai !parah juga dapat cikgu macam tu"


hah , uke kita start balik topik tadi
hari ni aQu nak kongkin cerita "tentang senyuman"
nak tau sebab apa aQu nak masukkan cerita macam ni
sebab hari ni
waktu balik sekolah,
aQu terjumpa dengan sorang "student india girls"
nak kata comel tu taklah sangat
tapi bila dia senyum manis sangat tau
walaupun kulit dia gelap ,,
pastu aQu pun senyumlah balik kat dia
rasa sangat perbezaan tu
entah kenapa tetiba saja perasaan aQu rasa tenang saja
bila dapat senyum kat orang
aneh sangat bagi aQu, sebab sebelum ni tak pernah aQu rasa macam tu pun
mungkin sebab senyum sebelum ni tak ikhlas kut,,

bagi pendapat aQu baik student ukan seagama okey lagi
sebabkan satu hari tu
aQu jumpa sorang kakak form six ni
memang comellah dia tu
tapi kecik , hehe
aQu senyum kat ,
werh !,, nak tau dia buat apa
dia jeling nyer balik kat aQu ,,
aduhai . ingatkan rupa elok pangai eloklah pada hal
pelik nak mampos ,,
sejak tu aQu tak berapa nak senyum sangat kat orang
biar orang senyum dulu kat aQu,,
aQu ni bukan nak kata aQu ni baik sangat
ada juga jahat nyer ,,

tapi senyuman sememangnya membawa bahagia,,
serius aQu cakap
so senyum-senyumlah selalu okey
mungkin hidup anda akan terasa bahang bahagia

baiklah , aQu rasa setakat sini sajalah entry aQu
untuk hari ni
tunggu tau , kalau ada umor yang panjang
aQu akan update lagi entry !.

Selasa, 10 Januari 2012

mood :(

hye . assalamualaikum
huh  hari ni tetiba je  aQu jadi tak ada mood
entah kenapa?
nak cakap dengan orang pun aQu rasa tak suka
mungkin sebab phone kut .!
sunyi tau tak ada phone
miss sangat-sangat kat phone aQu
sedih rasa , tak boleh nak mesej , nak call sesapa
aQu tak tahu lah lama mana
aQu boleh hidup tanpa phone
aQu harap sangat ada phone
tapi aQu tak tahu bila? .
dah banyak bersabar dah
nasib-nasib
okeylah !. aQu dah tak ada mood nak tulis entry panjang-panjang
wasalam

Sabtu, 7 Januari 2012

sedih :'(

hum . hari ni aQu nak kongsikan ceritta sedih aQu sikit
kali ni bukan sedih sebab putus cinta ke patah hati ke!.
but "story about my phone" !.
waa . tension kut .
phone aQu rosak . mula-mula elok lagi pastu jatuh
salah aQu jugak . cuai !
arghh . nak tuunggu  ayah aQu belikan phone baru lambat lagi la
dua atau tiga minggu lagi la.
lambat nyer !

sedih tahu !.
kali ni tak ada lagi nak dengar bunyi deringan telefon dari seseorang
tu satu bab buat aQu sedih .
selalu degar suara dia . tapi telefon dah rosak ni
mesti rindu .

aQu dah try on banyak kali dah
tapi tak boleh-boleh juga on
aQu dah buntu . tak tahu apa nak buat dah.
lepas satu-satu rosak .
errr !.

telefon-telefon .
sedih aQu . kau dah tak boleh nak kejutkan aQu bangun sekolah lagi
terpaksalah aQu guna jam pulak kali ni
tapi jam mana erk?
hah !. bantai jam ayah aQu sajalah . hehe
aQu kesian sangat kat kau telefon dah tua kut
tak mampu nak berkhidmat untuk tuan kau ni
sekarang dah tak boleh nak call or mesej sesape dah .
mak aii !. bosan nyer .
kalau tak ada juga orang duk call or mesej aQu
walaupun tak ada "teman istimewa" 
tapi hal tu aQu tak kisah dah
sebab aQu ada kawan-kawan yang terlalu istimewa untuk hidup aQu

okeylah . tak rajin nak merapu banyak-banyak dah ni .
setakat sini saja kut entry aQu untuk hari ini !.

~NASHITAH~  :'(

Jumaat, 6 Januari 2012

satu hari

hye . assalamualaikum guys .
hope be happy okey .
dont be sadness .
nanti tak manis tau !
"sweet-sweetkan selalu wajah anda seprti gula-gula , manis je!"
hehe .

hari ni aQunak cerita pasal aQu sajalah
tadi petang , aQu dengan parent aQu pergilah kedai
"cermin mata dan kanta sentuh"
mula-mula sebelum pergi tu semua dah setuju bagi aQu "lampu hijau" nak buat contec lens
pastu bila dah masuk kedai tu
kakak-kakak yang kerja kat situ bagi penerang tentang contec lens tetiba parent aQu berubah hati
pulak tak bagi buat . suruh buat spek mata
huh aQu apa lagi tarik muka sejutalah
haha
tapi dengan terpaksa aQu pilih jugalah buat spek
huh dahlah kena bayar guna duit aQu pulak tu
werhh kacau sudah
huhu , tapi apa-apa pun
aQu tak sabar nak pakai spek baru tu
okeylah entry aQu setakat sini sajalah
dah tak ada ap cerita menarik yang aQu nak kongikan lagi
selamat malam semua
buat kerja sekolah yang cikgu bagi tau !. jangan tak buat nanti kena denda
hehe.
aQu pun sama . malas

Khamis, 5 Januari 2012

"entry istimewa"

hye !. entry ni untuk seseorang
yang aQu senaja tak nak nyatakan "nama" dia kat sini
bukan malu ye
tapi biarlah rasia
hehe
kalau dia baca , dia mesti tahulah entry ni untuk dia
kalau tak tahu . tak nak cakap apa-apalah

sebelum aQu nak cerita lebih lagi
baik aQu perkenalkan diri dia dulu
perwatakan dia , apa yang dia suka then banyak lagilah
kalau nak sebut satu persatu esok pun tak habiskan?
okeylah aQu cerita sekarang
dia seorang yang sememangnya hapening-pening . haha
pandai ambik hati orang .
yang paling "best" dia suka "senyum"
cute face giler ! hehe
puji melebihlah pulak !.
dia memang kawan aQu yang "terbaikkkk!"


dia buat aQu tak pernah lupakan dia dalam ingtan dan hati aQu
kalau boleh aQu nak dia selamanya jadi kawan aQu
tapi kalau dia . tak tahulah aQu
tapi bagi aQu .memang aQu harap sangat selamanya dia
dan aQu harap tak akan ada apa halangan untuk aQu tetap letak dia "dalam hati aQu selamanya"
























kalau dia tahu ,
aQu sanggup tunggu dia walau selama mana sekali pun
menanti sejauh mana pun
mengharap setinggi gunung sekali pun
sekiranya "ALLAH" mengizinkan
aQu untuk selalu buat macam tu

manusia selalu berharapkan?
terlalu banyak permintaan
menggunung sesebuah harapan
tapi kenyataan hanya angan-angan

okeylah "entry" aQu sampai sini sajalah
dah tak boleh nak cerita banyak-banyak
harap dipanjangkan umur ye !. semoga berjumpa lagi
"insyaallah"

satu kisah

hye !. assalamualaikum .
hah . sebelum ni dua tiga hari baru aQu nak update blog
tapi hari ni . hari-hari
hehe .

hari ni aQu nak cerita pasal apa erk?
pikir-pikir jap!
hah !. aQu citer pasal aQu kat sekolah
okeylah tu!.
hah. semalam tak ada tempat kena duduk sebelah bidak laki
tapi hari ni kena duduk belakang terus
makk aii !
dahlah mata aQu ni. tau-tau sajalah
tak puas hati ni
cikgu yang mengajar tahun ni pun
lansung tak best
bosan nyer !
tapi tak apalah sabar saja

hehe !. hari ni saja
kerja sekolah banyak giler kut
aduhai !. tak tau nak buat yang mana satu
tapi tak apalah
tahun last katakan
lepas  ni dah tak sekolah dah
huhu .

okeylah
entry aQu setakat sini sajalah
bye . jumpa lagi
sayang koraang semua

Rabu, 4 Januari 2012

hari pertama sekolah

hye !. assamualaikum
huh , dah dua tiga hari tak update blog !
rindu kau blog . muah sayang
hehe , jadi otak tak betul sat !

hari ni aQu ada cerita sikit nak dikongsikan
tapi tak menarik pun untuk dibaca
tapi tak apalah . ni just bahan story blog saya saja erk !.

korang mesti dah tahukan
yang musim sekolah sudah bermula
semua dah jadi pelajar dan nak mula sibuk dahkan?
haha !. macam aQu juga
first start sekolah pun dah belajar
cikgu pun dah bagi "HOMEWORK"
aduhai . lemah semangat .dahlah semangat cuti tak hilang-hilang lagi ni
wake up ! SPM waiting you NASHITAH
arghh !. sabar !!!!!!!!!
hehe . awat yang aQu over sangat ni?
entahlah mungkin tak makan ubat kut !.

argh . aQu first masuk kelas (kelas baru)
carilah tempat . dah dapat tempat "strategik" punyer
pastu tetiba saja cikgu tu suruh tukar tempat lain sebab nak bagi "STUDENT LAKI" duduk
werh . hangat mana
tak pasal-pasal aQu kena cari meja lain pulak
tapi last-last terpaksa duduk sebalah budak laki juga
masalah-masalah . tapi tak apalah syukur juga aQu
boleh duduk (ada tempat) jagakan dari duduk atas lantai .haha

hah . yang sedih nyer ,tahun ni banyak cikgu tukar
ni mesti kes tahun lepas
kelas kitowang memang banyak buat kes
terutama kelas "MATEMATIK dan BAHASA INGERIS"
wuuuu !. nasiblah badan

huh . then  aQu syukur sangat-sangat tau !
bukan sebab apa
just smal matel only
kelas aQu tak diletakan berdekatan kelas ..
im just say capitah "B" only
huhu !. kelas kami blok lain thn kelas dia blog KBSM
yahoo ! syok nyer .
hehe . maaflah erk . over terlebih kut hari ni !.
dah tak boleh nak nampak dia dah . so start sekarang aQu boleh lupakan dia
then terus kejar masa depan dengan belajar bersungguh-sungguh !.

serius aQu cakap ni
start sekolah ,tetiba saja aQu rindu sangat kat "ajmal"
entahlah . aQu tak tahu apa sebab nyer !.
but hidup memang selalu macam tu
teruskan walaupun banyak badai yang melanda
ajmal sekarang dah masuk kelas "AKAUN"
huh . pandai diakan? aQu dulu angan sangat nak masuk kelas tu
tapi tak apalah . tak ad rezeki
pasrah sajalah
aQu harap dia berjaya

okeylah setakaat sini sajalah entry aQu kali ni ! untuk hari yang lain . aQu akan ceritakan lebih banyak
lagi kisah-kisah menarik yang berlaku sepanjang hidup aQu.
selamat bersekolah ye !. jangan malas-malas tau .