Selasa, 31 Julai 2012

smile always jum

hye
assalamualaikum for muslim
and say hello for not muslim
hari ni dah masuk 10hari umat islam seluruh di pelusuk dunia
berpuasa
hope dalam keadaan baik-baik mereka walaupun dimana dorang berada
dan tarikh yang paling ditunggu-tunggu bagi seluruh bebudak PMR dan SPM yang berda dekat
area PERLIS ni pun semakin hampir
go-go korang
do the best for this exam
walaupun hanya trial

hari ni memang hari senyum untuk owner this blog
hehe
nak tahu kenapa?
sebab "waktu nak balik tadi cikgu ada bagi tahu yang dia ada buat target untuk tiga orang pelajar ni ,untuk lulus cemerlang bagi matapelajaran PENDIDIKAN SENI VISUAL and itah adalah salah seorang dari tiga orang pelajar tu"
ouhssss,, bila dengar ayat cikgu tadi tu
rasa macam nak lompat-lompat katak dekat situ saja
tapi tahulah apa pulak kata cikgu tu dekat itah ni
dah lah dekat sekolah itah budak paling baik kowt rasa
hehe perasan sikit
sebab selalu duduk sensorang and kurang bercakap sikit
hehe
tapi dekat luar and dekat rumah lain erk
ada la jugak banyak cakap
huhu
love it
cikgu tu janji nak naikkan lagi markah untuk folio seni
oushhhh , lagi happy
sebab nanti senanglah nak mintak UITM
huhu
nak tahu kenapa itah suka sangat cikgu tu cakap macam tu
sebab itah memang-memang minat sangat seni
dulu masa sekolah rendah
orang tak pandang pun itah ni
tulah sebabnya, bayangkan rasa terkilan mana
mentang-mentanglah masa kecik-kecik dulu blur lagi
so cikgu pilih yang comel-comel jela
sedih-sedih

start dari perkara tu itah dah tak minat seni
rasa macam tak ada keyakinan
dah tinggal semua lukisan-lukisan
tapi bila dah masuk sekolah menengah
kawan-kawan dah tenguk itah punya lukisan
"nak kata cantik tu ,tak lah sangat
tapi boleh lah bajet-bajet nak hidup"
dorang mula bagi itah sokongan
and hari ni bila cikgu cakap macam tu
apalagi, macam tak percaya ja sebab sebelum ni mana ada orang kisah pun
itah ni pandai lukis ke tak
btw "YA ALLAH ! AKU BERSYUKUR PADA MU"
and semua yang sokong itah
sayang korang
and tak lupa juga untuk orang yang tersayang nun jauh dimata
my capital"A"
thank sangat rajin call sampai lama-lama macam tu
nanti bila itah ada kredit itah call ajmal lagi-lagi lama pada tu
insyaAllah kalau ada rezeki lebih
btw I LOVE YOU sayang
no one can be like your
budak yang suka cakap banyak

Jumaat, 27 Julai 2012

RAMADHAN sad mode

hye
Assalamualaikum
selamat menjalani ibadah puasa ya
sabar je, tinggal 3 minggu je lagi nak berlapar dahaga okey
so jangan putus asa
ramadhan bukan datang selalu, setahun sekali je pun
so janglah biarkan ianya berlalu macamtu saja ye
sesungguhnya rugi bagi sesiapa yang tak ambil peluang yang ada sekarang ni

huh, hari ni itah memang sedih sangat-sangat dengan sikap
kawan-kawan
cakap kawan baik konon
bila ada problem sikit dah mengata-ngata dari dari belakang
macam tu ke kawan yang baik? kawan akrab?
itah memang tak boleh tahan dengan sikap dowang tadi
mengutuk bermacam-macam hala tapi buat-buat tak tahu je
tahan marah sampai mengalir air mata
sebelum ni, tak pernah rasa sakit hati macam tu dengan kawan-kawan
kes kecik nak perbesar-besar
okeylah , kalau dowang dah rasa terlalu sempurna ,terlalu baik
ceritalah semua tu
"AQU PASRAH JE WEH"
mulut dowang bukan boleh tutup pun
janji tinggal janji
hari ni "hampaa buat dekat aQu hari lain insyaAllah orang lain pulak akan buat dekat hampaa"
itah sayang dowang tapi dowang anggap itah ni apa bagi dowang?

buat masa sekarang ni itah memang tak boleh nak maafkan dowang
sebab tak pernah kawan lain buat macam ni
hanya ALLAH ja yang tau macam mana rasa sakitnya hati bila
dikhianat
maaflah kalau hampaa ( kawan yang terlalu baik ) baca entry ni
"aQu nak hampaa sedar yang aQu bukan kawan yang kutuk kawan-kawan lain dari belakang"
btw aQu nak ucapkan "TERIMAKASIH BANYAK-BANYAK dan YANG TERLALU BANYAK"
sebab dapat buat aQu menangis sebab perangai hampaa bulan-bulan puasa ni

okeylah, mau realise tension untuk hari ni
TRIAL SPM perlis pun dah dekat
tinggal seminggu je lagi
insyaAllah itah akan usaha yang terbaik
kalau orang lain boleh jadi lebih baik tak akan aQu tak bolehkan
dalam dunia ni tak ada apa yang mustahil kalau kita rajinkan?
usaha-doa-tawakal
insyaAllah , Allah akan bagi juga walaupun tak banyak atas apa yang kita lakukan
sebab sifat Allah tak pernah kejam dengan hambanya
so do the best
BUDAK PERLIS
never say gave up

hah , lupa pulak nak tanya
siapa yang dapat pergi PLKN tahun depan erk?
itah tak dapat la
sedih mana, tak tahu la kalau my capital A dapat pergi
jeles ni
okeylah
nite semua
wasalamm

Khamis, 19 Julai 2012

RAMADHAN datang lagi

hye
Assalamulaikum dan SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA
kepada umat islam seluruh dunia
semperna ramadhan ni
berebut-rebutlah lakukan amalan ye
kalau tak rebut sayanglah sebab ramadhan datang setahun sekali je
tak ada dua atau tiga
tahun ni mungkin kita boleh sambut ramadhan lagi
akan datang tak tahukan?
kita tak tahu kita akan terus bernafas dekat dunia ni selama mana
so masa yang ada sekarang ni
tolong jangan bazirkan

ramadhan banyak datangkan keseronokan yang kita tak pernah rasa
di bulan-bulan biasa
betul tak??? kalau tak percaya jum itah cerita
hehe
keseronokan yang paling ketara sekali pada waktu berbuka puasa
masa tu yang paling semua orang tunggu
sebelum nak makan tu punyerlah selera tu tinggi bila dah bukak tu
alaa, air segelas pun dah cukup memadai
so janganlah menbazir sebab tu bedasarkan pengalaman itah sendiri
bukan nak cerita bohong ke mitos ke tapi cerita sebenar okey
banyak keseronokanya lagi sebagai contoh waktu bersahur,waktu sebelum berbuka,selepas berbuka
semua tu, ada faedah tersendiri
kalau sebelum ni kita makan asing-asing walaupun hidup berkeluarga, buat ibadat asing-asing
tapi bila tibanya ramadhan
semua buat sama-sama
nak makan pun tunggu, masak juadah berbuka bersama-sama
macam-macam lagi
semua tu dapat merapatkan silaturahim antara kita bersama
betulkan

okey, sebelum nak tamatkan cerita ramadhan ni
itah ada satu cerita sikit nak kongsikan dengan pembaca semua
tapi bagi yang terasa maaflah ye
tapi ni cerita benar dan itah cuba ringkaskan cerita ni sependek mungkin
okey
jum membaca
pernah tak korang sebagai anak pikir perasaan mak ayah korang?
pernah tak korang rasa korang pernah lukai mak ayah korang?
pernah tak korang dengar sendiri keluhan mak ayah korang?
pernah tak korang rasakan penderitaan mak ayah korang?
pernah tak? kalau tak pernah
sedarlah weh !! bangun dan keluar dari dunia ilusi korang tu
sebelum mak ayah korang tinggalkan korang dekat dunia ni dan tolong jangan menangis jika mak ayah korang
dah tak ada dekat dunia ni sebab korang tak pernah nak hargai mereka sebagai mak ayah korang
sebaliknya kawan-kawan korang tu lebih penting dari segala-galanya dekat dunia ni
tak pernahkah korang pikir yang tanpa mak ayah korang
korang tak akan wujud dekat dunia ni
korang tak akan pernah kenal erti hidup
tak dapat rasa macam apa yang korang rasa sekarang ni
so sayanglah mak ayah korang
jangan biarkan mereka menangis kerana korang kerana mereka terlalu uzur untuk semua tu
sebaliknya koranglah yang perlu menangis untuk kedua-dua mereka
ingat dosa dengan orang lain ALLAH ampunkan tetapi dosa dengan ibu bapa
hanya dengan keampunan mereka sendiri saja yang ALLAH akan ampunkan
sayangilah mereka

okeylah selamat malam semua
insyaAllah kalau ada umur yang panjang jumpa lagi
dan doakan itah untuk trial SPM yang tinggal 2 minggu lebih je lagi ni
terima kasih
doa anda amatlah itah harapkan

Sabtu, 7 Julai 2012

orang tersayang

hye
assalamualaikum dan selamat malam
ouhss malam ni sungguh membosankan sekali
sebab tak ada kawan nak sembang-sembang
kalau duduk dekat rumah boleh jugak
sembang-sembang kosong dengan adik-adik
but sekarang dekat hospital teman mak sedara sakit
hope dia cepat sembuh
amin !!!
tolong doakan ya

okeylah kita sambung entry untuk hari ini
maaflah pasal entry yang lepas tu
sepatutnya itah tak boleh nak tulis entry tu sebab ianya terlalu peribadi
hum, sekarang semua dah kembali normal
biasalah adat bercintakan memang macam tu
btw itah sayang dia

kita bila dengar nama orang yang kita sayang mesti senyum dekat bibir tu
melebar punyalahkan?
betul ke tak? of couselah betulkan
hehe
kalau boleh nak sangatkan kekal selamanya dengan orang yang kita sayang tu
macam nak selalu dia berada disisi kita saja tambahan lagi waktu kita sedang bersedih
waktu macam tulah kita perlukan seseorang untuk sulurkan kekuatan pada kita
jika seseorang tu benar-benar mencintai kita dengan seikhlas hati dia
dia pasti akan lakukan yang terbaik untuk kita
walau apa cara sekali pun

okeylah jumpa lagi dientry yang akan datang ye
dan tolong doakan itah untuk trail 7 ogos ni
tolong ye
doa anda amatlah diharap-harapkan

Jumaat, 6 Julai 2012

mampukah bertahan?

hye
assalamualaikum dan selamat malam
untuk semua yang sudi visit blog ni
terima kasih ye sebab selalu support
sayang korang

okey malam ni ada sikit entry nak sharekan
pernah tak korang rasa takut sangat?
itah pun sebelum ni tak pernah rasa
tapi semalam entah kenapa itah rasa takut sangat
takut bila dah tidur tak boleh nak bangun dah untuk esok harinya
memang tak boleh nak nafikan yang semua benda bernyawa pasti akan mati juga
tapi rasa macam belum bersedia lagi untuk menghadap sakaratul maut tu
belum cukup lagi kumpul bekalan

sebelum nak pejamkan mata untuk selamanya
satu perkara yang nak sangat itah hajatkan
nak bantu my parents
nak bagi mereka kebahagian dalam hidup mereka
sebab tanpa mereka ,, siapalah itah?
tanpa mereka juga kita tak akan pernah kenal apa itu erti kehidupan

okeylah malas nak berceloteh pepanjang dengan tangan sakit-sakit ni
trial SPM pun dah dekat tinggal berapa hari saja lagi
so nak kena  pulun-pulunla banyak sekarang
kalau orang lain boleh dapat top10 rangkin takkan nak tenguk saja
so kena dapatkan jugalah
jadikan kejayaan orang lain sebagai inpirasi kita untuk bangun maju kehadapan bukan
untuk melubukkan kolah-kolah dengki
tk bawak kemana pun perasaan tu okey
so wasalam

Rabu, 4 Julai 2012

cerita sedih

hye assalamualaikum
dan selamat membuka lembaran baru bagi semua umat islam
seluruh dunia
disini itah ingin memohon maaf bagi semua yang itah pernah buat salah
okey harap di maafkan dan nama-nama dibawah tu
itah harap maafkan kalau pernah terkasar bahasa atau guriskan hati korang okey
btw sayang korang

♥ NOR ASYIKIN BINTI HARIS
♥ NOOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH
♥ NOR HAFIZAH BINTI AZMI
♥ NOR AZIRA AZUA BINTI OSMAN


okey, then kita berbalik pada cerita dan tajuk entry untuk hari ini ye
cerita sedih
memang masuk dengan tajuk pun
itah memang sedih sesangat
entah kenapa? mungkin terasa dengan sikap someone sekarang ni
rasa macam diri ni tak wujud dalam hidup dia
tapi itah tetap bertahan lagi
itah tanak menangis dan setiap kali itah rasa tak kuat itah
try untuk buat hard study
dan alhamdulillah berjaya
so tips untuk yang still study lagi
try buat macam tu ye
insyaallah boleh
jangan bazirkan air mata kita untuk orang yang tak pernah nak hargai
kehadiran kita dalam hidup mereka dan biarkan mereka terus dengan dunia mereka
jika suatu hari nanti mereka sedar bertapa beharganya kehadiran kita
bersyukurlah

sedihkan kalau orang yang kita tunggu-tunggu sangat
tetiba boleh buat semacam je dengan kita
memang hati ni rasa macam kena siat-siat je
tapi nak buat macam manakan? nasiblah badan
kadang-kadang tu rasa macam tak payah ada couple pun tak apa
kalau buat macam tak kisah je
bukan nak mintak perhatian setiap masa just hargailah sikit
ni tidak
kalau dah jemu !! tak suka
just bagi tahu saja
itah terima sebab tu lumrah hidup

okeylah, dah tak ada mood nak tulis pepanjang
btw terima kasih kalau baca
dan dekat sini ada sedikit pesanan dekat someone tu
if tak suka just tell me
and if you still teringatkan someone special for you
just go on , itah tak marah sebab hati tak boleh paksakan
kalau dah aggap kawan lebih penting
ikut sukalah, dah jemu dan penat dengan semua rentak dia