Jumaat, 14 September 2012

memories child

hye
assalamualaikum dan selamat tengah hari
hehe . . tengah-tengah hari jadi kerja update status
mesti orang cakap permalas erk? eh taklah sebenarnya
awal-awal lagi itah dah buat kerja okey
so ada free time sekejap updatelah
eh . . tetiba teringat pulak zaman kanak-kanak dulu
almaklumlah sekarang ni dah tua dah

so jun ikuti kisah itah masa kecik-kecik dulu
so bored but kalau nak baca silalah ye
itah ni bukan nak kisah sangat
masa kecik-kecik dulu best je
naik basikal saing-saing balik dari sekolah
gadoh-gadoh pastu berbaik semula tapi sekarang ni dorang semua dah
ada kehidupan sendiri
kawan baik itah masa kecik-kecik dulu ada tiga orang
shikin, zainab and still with me now azira tapi sekarang dah tambah bestie hafizah
zainab sekarang dah ada kehidupan sendiri with her beloved husband and two son
ouh , bahagia dia walaupun tak dimulakan dengan yang baik btw buat iktibar untuk semua
then shikin sekarang stay with her stepmother ,ouh kesian itah tenguk dia
betul orang cakap mak tiri ni jahatkan? aku benci mak tiri
sekarang ni mak tiri dia dah konker hidup dia then dia tak boleh nak ada kebebasan macam
remaja lain
now azira tetap stay friend with itah but her busy with her boy
ouh , never mind . itu hidup dia
tapi sekarang itah ada satu lagi kawan baru yang rapat
mula kenal masa form 1 ,dah rapat sangat lepas tu itah dapat awesome result so dapatlah naik kelas atas
start tu lah kita terpisah then dah 3 tahun terpisah ,tetiba tahun ni boleh rapat
hope kekallah walaupun kekadang tu bergaduh juga . almaklumlah manusia tak selalu dijangkakan

tapi dekat my bestie shikin
i will never to forget her because dialah satu-satunya kawan itah dari kecik
dia soranglah satu-satunya kawan yang paling faham itah
teringat lagi masa birthday itah yang ke-14
dia sanggup keluarkan duit dia semata-mata nak sambut birthday itah
masa tu terharu sangat
dia belikan kek , belanja kfc then hadiah lagi
masa tu itah rasa sangat macam dihargai seorang kawan tapi sekarang dah tak dapat jumpa dia lagi
tapi syukur sangat , secondday raya aidilfitri dapat jumpa dia walaupun sekejap
dia still cantik dan semakin cantik sekarang, maklumlah anak kacukan katakan
kami kenal dari kecik lagi masa mak kandung dia masih hidup lagi
tapi masa dia umur 5 tahun mak dia dah pergi selamanya tinggalkan dia
kesian dia kehilangan kasih sayang diumur mentah sedangkan orang lain perfect dengan kasih sayang
dari mak dorang
masa mak dia masih hidup, mak dia memang baik
selalu bawak dia datang rumah itah main sama-sama
tapi nak buat macam manakan? tadir Allah
masa kitorang darjah 2
masa tu hari guru
dia tak ada duit nak belikan hadiah untuk cikgu
lepas tu mak itah cakaplah sharelah hadiah dengan itah tapi
keesokanharinya dia bawak juga hadiah then sampai sekarang itah tak tahu apa isi
hadiah tu
satu hari masa dia datang rumah itah pagi-pagi ajak itah pergi sekolah
tapi penyakit asma itah datang
kesian sangat dekat dia, itah masa tu rasa macam nak pergi juga dengan dia
tapi itah sakit
dia puntak pergi sekolah juga
then bila dah masuk darjah 3, dia pindah sekolah sebab nak stay dengan makcik dia
so kami terpisah dan jarang jumpa
selepas 5tahun terpisah then masa pertengahan form2 dia balik nak stay sini
ouh masa tu rasa happy sangat tau
kawan yang selama ni kita tunggukan
masa kat sekolah menengah baru-baru masuk ramai orang kejar dia
maklumlah orang lawa bukan nak kata jeles erk
tak ada okey
start dari situlah kami rapat balik macam dulu
dia masa tu pandai make up , bergaya tapi itah ni orang cakap blurr bodo lagi
dialah yang tolong make upkan itah, huh , rasa rimas giler tahu
tak pernah-pernah pakai make up and sampai sekarang tak minat pakai make up
dia ajar itah bergaya
macam-macamlah dia ajar itah pasal nak bergaya ni
hehe
tapi bila dah masuk form 3 dia berhenti sekolah
ouh , sayangnya
then start habis trial pmr dia pindah then stay dengan stepmother dia sampai sekarang
tapi kadang-kadang tu dia ada mengadu juga
pasal mak tiri dia
dia menangis tapi apa itah boleh buat
mak tiri dia tu garang itah pun takut
tapi itah hope sangat dia boleh bahagia sekarang

okeylah dah agak panjang entry itah tulis ni erk
bye nak pergi main hujan kat luar kejap tenguk macam best je

Tiada ulasan:

Catat Ulasan