Rabu, 14 Ogos 2013

selamat hari raya

Assalamualaikum
Hai semua , itah di sini ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”
Maafkan itah andai terkasar bahasa , tuturkan dalam percakapan ataupun gurau senda
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk sememangnya datang dari itah sendiri

Lama rasanya tak menulis blog . apa khabar pembaca blog semua? Sihat?
Alhamdulillah . Allah masih beri kita nikmat lagi .
Okey itah nak cerita sikit pasal bulan Ramadhan yang lepas yang belum sempat itah story mory dengan pembaca semua
Haha , cerita lapok la katakan . Alhamdulillah satu permintaan yang itah buat masa bulan Ramadhan tu Allah dah makbulkan
Syukur sangat . buat pertama kali ataupun mungkin yang terakhir kalinya, itah dapat pergi Bazar Ramadhan dengan dia . seronok
Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna buat itah walaupun maybe tak bermakna lansung bagi dia .

Okey start dari peristiwa tu , itah dah lama tak jumpa dia . sibuk maybe, tak apa itah faham .
Just jumpa nak dekat-dekat raya , tu pun sekejap saja sebab nak ambik phone itah . dia bagi KFC then itah terus balik
Sampai raya pun tak sempat nak jumpa . sibuk kerja . okey itah faham lagi . maybe tak ada rezeki nak jumpakan . redha je lah .

Sometime tu itah rasa tak boleh nak faham dia . itah rasa dia tu manusia paling aneh dalam dunia ni . entahlah macam mana nak cakap
Susah nak digambarkan dengan kata-kata .
Itah mesej dia tak reply . okey maybe tak ada kredit maybe , tak apa itah call dia , mak aiii….. tak angkat lagi . tak apa faham lagi sibuk maybe .
Sedihkan … hum nasiblah badan
Start tu , itah sentiasa tunggu call dia tak pun mesej dia walaupun “HI, PLEASE CALL ME BACK”
Tapi sayang seribu kali sayang . acewah hehe berjiwang pulak ayat itah ni
Hum, dia tak pernah pun nak call or mesej
Itah sabar .
Satu petang tu , itah dapat “HI, PLEASE CALL ME BACK” daripada dia .
Itah senyum walaupun tu mesej bodoh dan tak berharga lansung kalau nak tunjuk kat orang pun orang gelak
Tapi bagi itah itu cukup bermakna . tak apa , itah call dia tapi ada satu ayat yang boleh buat itah sentap sangat
Dia cakap “AJMAL DATANG SINI PUN BUKAN NAK JUMPA ITAH, NAK JUMPA KHALIL JA”
Ya Allah, dia tak pernah fikir ke? Ataupun dia dah memang tak ada otak nak fikir. Itah rasa sedih sangat masa tu.
Dah kalau tak nak jumpa itah, apsal suruh itah call dia? Kenapa dengan dia ni? Entahlah, itah dah rasa semakin lama semakin itah dah tak
Boleh nak faham dia sangat-sangat. Rasa macam di perbodoh-bodoh je .

Start dari situ itah , nekat dalam hati itah yang itah tak mau contect dia lagi dan berharap yang dia akan contect itah tapi sama ja , tak ada lansung perubahan
Bila itah buka twitter dia boleh pulak bertwitt-twitt . ada masa pulak . tak faham betullah aku .
Tadi itah mesej dia , Tanya kerja ke tak sebab itah nak pergi kangar . dia takbalas . okey
Mesej batu nisan maybe itah ni.
Petang tadi masa itah lalu dekat KFC, itah Nampak dia and maybe dia tak perasan itah , dia boleh lagi senang-lenang isap rokok and sembang-sembang dengan
kawan dia . happy Nampak . okey fine .
maybe itah ni dah tak penting dalam hidup dia ataupun dah sememangnya tak wujud
boleh Nampak dari dulu lagi tapi itah ja , malas nak ambik port .
dulu dia puji kawan baik dia nama tikah depan-depan itah okey . faham lagi . sampai selalu sangat .
itah rasa macam , sayang sangatkan dia dengan tikah tu and penting sangat tikah tu dekat dia . rasa macam itah ni menganggu ja hidup dia
menyemak . sampai satu hari tu itah gaduh teruk dengan dia , dia memang dah tak boleh terima itah dah and tikah tu yang nasihat dia dan dia cakap
dia berbaik pun sebab tikah tu . okey faham . faham , faham dan memang terlalu faham .

pasal adik angkat dia dulu tu , kita gaduh jugak . sampai kawan itah cakap dekat itah “HANG GILA BAIK NA, BAGI PAKWE HANG BERADIK-RADIK ANGKAT NI, KALAU
AKU, AKU MEMANG TAK BAGI , MULA-MULA ADIK ANGKAT , LAMA-LAMA TERANGKAT LEPAS TU SIAP TANGKAP GAMBAR BERDUA PULAK TU”
Apa itah nak cakap masa tu , itah diam ja , itah senyum dan cakap “TAKPALAH, ADIK ANGKAT JA”
Tapi bila dia buat gambar FACEBOOK dengan TWITTER gambar berdua tu . itah rasa sakit hatilah , lagi-lagi dengan kawan-kawan duk perapi .
Dia marah itah balik . dia cakap “OH, PAYAH DENGAN ORANG KUAT CEMBURU NI” lagi itah tak ingatlah .
Dia boleh cakap itah kuat cemburu, sedangkan dia nak berkawan dengan perempuan mana-mana pun itah tak kisah .

And last itah tengok mesej dia yang terlekat dekat phone itah. Maybe dia mesej tikah tu kot . tak apalah , itah takkisah . itah sekarang ni

Taktau dah nak cakap apa dengan dia . kalau dia nak curang biarlah dia , tapi itah tak nak buat . kalau nak putus biar dia yang start fist tapi bukan itah yang mulakan

Khamis, 11 Julai 2013

rindu dia

Assalamualaikum dan salam RAMADHAN bagi seluruh umat islam
bersyukur kita kepada Allah kerana di panjangkan umur lagi untuk meraikan ramadhan kali ini
siapa tahu barangkali ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita
so manfaatkan sebaik mungkin ya.

Hum, hari ni dah masuk  3 RAMADHAN
jangan lupa before sleep pastikan niat puasa jangan lupa okey
kalau tak sia-sia saja, hah puasa-puasa jugak
solat jangan ditinggalkan ya
most inportant

disini saya juga nak titipkan ucapan khas saya buat seseorang yang selalu saya cintai
"selamat berpuasa sayang, kerja elok-elok okey, nanti ada masa kita jumpa lagi dan tolong jangan buat perangai anoyying awak tu sayang. dah besar panjang dah bukan kanak-kanak rebina lagi eh dan yang last sekali tolong jangan cepat terasa sangat okey, saya sayang awak sayang sangat-sangat. saya tak lebihkan orang lain macam yang awak rasa tu okey"
seriusly itah memang malas nak update blog sekarang ni, malam ni rajin update pun sebab rasa rindu kat dia ni sudah teramat jiwa dalam hati ni.
nak cakap dekat dia segan so cakap dengan blog ni lah. senangkan haha

kali terakhir jumpa dia masa 2 hari sebelum nak puasa. hum serius rindu dia sangat malam dia, hari lepas-lepas tak rindu sangat. kenapa ya? hum itah pun tak tahu.

awak nak tahu tak, masa last kita jumpa tu. hujan, saya redah jugak hujan sebab nak jumpa awak sangat-sangat. awak tahu tak badan saya mengeletar sangat bila angin tiup dengan keadaan basah kuyup dalam hujan tu tapi saya abaikan sebab awak.. sebab awak dan tu satu-satunya pengorbanan yang saya buat yang sebelum ni saya tak pernah buat dekat orang lain.
bila dapat tengok wajah awak, semua tu dah jadi macam pengubat untuk saya.
saya nak sayangkan awak tapi dalam masa yang sama
saya takut...takut untuk terluka lagi dan sebab tu saya tak nak tunjuk yang saya sayangkan awak
maafkan saya...:(

dekat sini saya nak luahkan sikit impian saya dalam bulan ramadhan ni
"kalau boleh saya teringin nak bukak puasa dengan awak tapi sememangnya impian yang tak mungkin saya kecapi tapi satu ja impian saya yang saya nak dah harapkan sangat, saya nak pergi bazar dengan awak sekali"
 hum, awak boleh tak saya nak buat permintaan dekat awak?
"saya tak nak awak keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati saya walaupun saya tak cakap dekat awak...tolong ya, saya ada hati juga dan kadang-kadang tu saya sedaya upaya turunkan ego saya ni demi awak demi nak jaga hati awak."
okeylah itah rasa cukup sampai sini entry itah kali ni, nak tidur awal, esok nak bangun sahur pulak
"SELAMAT MALAM"
 before itah ending kan entry ni, itah nak upload gambar someone tersayang itah, yang itah snap


comelkan dia? comel je haha, jangan perasan okey kalau awak baca and the last P/S from itah
"perempuan ni, dia nak jadi SATU-SATUnya perempuan dalam hidup awak dan bukan SALAH SATU perempuan dalam hidup awak"

Isnin, 24 Jun 2013

kenangan bersama

"Ya Allah seandainya dia ( Muhammad Ajmal bin Zamari) adalah JODOH buatku maka tanamkanlah rasa CINTA ini terus mekar didalam hati kami dan jadikanlah cinta kami kerana Mu ya Allah dan seandainya perkara sebaliknya yang engkau telah tetapkan maka DAMAIkanlah hati kami untuk menerima TAKDIR MU"
Amin....

Assalamualaikum...
hai semua , apa khabar? sihat .. hum , Alhamdulillah
baguslah kalau macam tu. bersyukurlah Allah dah bagi kita nikmat kesihatkan?

okey hari ni itah nak cerita kisah "KAMI" . tahu tak kami tu siapa? haha , tak lain tak bukan, kisah itah dengan Encik Hubby lah.
hah meh itah nak cerita , rugi kalau tak baca

23 jun 2013
kenangan yang itah tak dapat lupakan.. maaf ye sebab terpaksa tulis "TARIKH" sebab otak itah ni cepat lupa dengan benda alah seperti number-number ni. payahkan jadi macam ni. never mind ... who care?
okey-okey, malas nak mengarut , itah sambung balik cerita sweet muit tu.
petang kelmarin sebelum Ajmal pergi kerja. Oppss lupa pulak nak beritahu Ajmal kerja apa.. jeng-jeng nak tahu.. okey itah bagitahu "KFC" haha , now itah panggil Ajmal dengan gelaran baru iaitu "ABANG KFC" haha. Dia marah okey , marah tapi seronok tengok Ajmal marah lagi-lagi dia merajuk. oush comelnya
dia datang jumpa itah sekejap then dia bagi itah sesuatu, nak tahu apadia... kejap nak upload gambarnya


hah ,, itu dia . RANTAI
cantik tak? cantik. siap ada ukir nama lagi

"terima kasih sayang sebab sudi bagi rantai tu walaupun itah sendiri tak pernah mintak"

then dia pakaikan untuk itah, hehe .. sweet tak? rasa macam dalam adegan drama lagi tu. sempat jumpa dia sekejap saja lepas tu itah terus balik rumah, nak pergi pasaraya beli barang nak masak tengah hari. masa balik tu terjumpa dia dekat jalan. dia panggil and sempat lagi dia pesan.
bawak motor elok-elok sayang, Ajmal dah nak gerak pergi kerja ni. then itah salam dia. lepas tu dia terus gerak.

petang tu itah pergi hospital. angan-angan nak tengok kawan nak bersalin tapi ada problem sikit so cancellah then tunggu adik, lepas tu nampak mak dengan ayah lalu , terus je ikut dorang. adik kena masuk wad. hum kesian dia demam berlarutan. malam tu itah kgantikan mak itah sekejap sebab mak nak balik ambik barang adik, pergi tadi tak prepair apa-apa pun. tak jangkakan nak kena masuk wad. so itah tolong jagakan. itah mesejlah dia bagitahu kot kalau-kalau dia nak datang lepas balik kerja. sebab dia balik pukul 8 lebih

dia buat call me back sebab tak ada kredit so itah call lah dia, dia cakap dalam 15minit lagi dia sampai.
dia dah sampai depan pintu pagar wad kanak-kanak tu so itah jemputlah dia dekat situ masuk tengok adik
masuk tengok adik kejap, itah cakap dekat adik duduk elok-elok sebab itah nak keluar jap. nasib adik tak banyak songeh , dia ikut je cakap itah. so itah turun lah saing dengan Ajmal. teman Ajmal makan, hum kesian tengok dia makan. dia cakap tak makan dari tadi.

lepas tu naik tengok adik jap , hum adik dah tidur so turun balik then pergi jalan-jalan dekat sekeliling hospital tu. sembang-sembang, hum ada ke pulak dia cakap dekat itah buat apa hot dalam facebook tapi kat luar tak kenal kawan-kawan facebook.. haiyaa abang oi masukke situ pulak
hah sembang punya sembang tetiba dia cakap satu hal ni, hal apa? hal "MATREALISTIK"
hum, dia cakap mak jang dia kata dekat dia dan dia memang terasa sangat dengan ayat tu. mak jang dia cakap macam ni
hang ada awek, awek hang takmau dekat hanglah kalau tak ada duit
pedas kot ayat tu , kesian-kesian. lepas tu dia cakap dekat itah, itah tak akan jadi macam tu kan? itah cakaplah, itah bukan perempuan macam tu lah. lepas tu dia cakap, sekarang ni memanglah tak lagi nanti bila dah kahwin, dah usaha , tawakal tapi Allah tak beri rezeki mesti sayang tinggalkan Ajmal. Apalah, orang tak macam tu. Allah tu tak kejamlah sampai macam tu. itah cakap dekat dia balik

lepas tu jalan-jalan lagi sebab duduk situ nyamuk banyak sangat. dia pegang tangan itah, hehe
lepas tu dia pergi beli air kejap so itah duduklah sorang-sorang dekat taman tu. nasib ada orang banyak haha tapi dia ni memang style tak malu, depan-depan publik panggil itah "SAYANG"

dah habis tu , kitorang jalan balik dekat wad tadi. dah dekat pukul 10 lebih dah, itah suruhlah dia balik tapi dia degil then dia cakap, Ajmal takpa dekat BINTONG je lagipun Ajmal laki bukan perempuan. perempuan orang boleh buat macam-macam . bahaya. take care sungguh dia dekat itah. itah cakaplah balik dekat dia, Ajmal baliklah dulu. alih-alih dia merajuk pulak. itah pujuk lepas tu dia buat tak heran. then jalan terus tinggal itah. Ya Allah, itah tak pandailah bab-bab nak pujuk ni. itah ikut dia jugak , try pujuk . akhirnya berjaya jugak. dia kena cair dengan awek kesayangan dia ni. hehe

okey dah, then sembang-sembang dengan dia balik lama jugak, dah dekat pukul 11 malam. itah cakap dekat dia, dah lewat ni , boleh balik kot. itah bukan apa. itah takut kalau dia  balik malam-malam tetiba jadi apa-apa dekat dia. susah. itah bukak lah suiz moto dia, dia cakap kalau naik lampu "HIJAU" dekat N tu siaplah itah dengan dia. itah buat tak tahu ja. dia ugut kalau bukak jugak, dia nak peluk itah. oh no...taknak lah

hum last tu,dia pun nak balik dah . itah cakap dekat dia take care . dia cakap itah naik tangga dulu lepas tu baru dia gerak. itah pun ikutlah cakap, dia
okey setakat situ ja mampu tulis. itah dah mengantuk sangat dah ni. bye selamat malam

Selasa, 18 Jun 2013

sayang awak

"Ya Allah , kenapa jadi macam ni? kenapa? aku dah usaha , aku dah berdoa dan aku dah serah segalanya padaMu tapi kenapa semuanya gagal. Ujian apakah ini yang Engkau mahu aku jalani Ya Allah. Aku cuba taknak kecewa bila lihat semua pemohonan aku gagal. Aku kuatkan hati aku agar jangan pernah menyerah dengan rezeki Mu tapi sampai sekarang... Ya Allah aku mohon padaMu bagilah aku sedikit rezekiMu padaku kali ni Ya Allah.... tolonglah hambaMu ini  terlalu berharap....Ya Allah"
 Assalamualaikum.....
hai semua hensem/cantik . how about you all? sihat alhamdulillah kalau tak sihat makan ubat ek bagi cepat sihat. today itah nak update blog. dah lama bebenor itah tak update. someone pun dah merungut nak baca entry baru blog itah. mengadanya budak tu. haha

okey today nak cerita kisah someone yang mengada-ngada tu haha. tapi first itah nak cakap itah memang sangat sangat sangat "TERHARU" dengan dia. before this anyone yang itah sayang tak pernah pun buat macam tu. bukan setakat kata-kata saja tapi perbuatan tu yang penting kan? dia sanggup lakukan apa-apa perkara yang tak pernah terlintas difikiran ini. so amazing boy.
"sayang bersyukur sangat sebab Allah pertemukan Ajmal selepas dia buat itah menderita. Maaflah sebab lambat nak mendalami hati Ajmal lebih dekat lagi sebelum ni tapi sayang ada sebab tersendiri kenapa buat macam tu"
 semalam itah dah start kerja. best sangat , kawan dekat situ tak lokek dengan senyuman dan budi bahasa tapikan one thing kena berdiri terpacak selama 12 jam. Ya Allah bertapa sakitnya kaki ni. balik tu jalan terjengket-jengket because before this tak pernah berdiri lama tu. nak duduk pun tak boleh. haha . start kerja pukul 9.30 pagi tapi 9.15 dah kena ada dekat kedai. lambat seminit pun kena tolak rm5 "WHAT THE.... lah . balik tu mandi terus, makan-makan then pergi dekat mak, buat "LOQAT" sikit. suruh mak picitkan kaki. fuhh sedap. dah rasa lega sikit. bagi tahu dekat mak nak pergi tidur rumah mak sedara sebelah rumah tu. dah sampai rumah mak sedara, sembang-sembang dengan dia sekejap lepas tuterus terlelap. baru rasa tidur sekejap tetiba kena kejut pulak. malasnya nak bangun dengan badan sakit-sakit ni. tidur balik, lepas tu kena kejut lagi. itah bangunlah tanya dah kenapa kejutkan? dah makcik sakit ke? lepas tu mak sedara cakap "Ajmal datang". cakaplah dekat mak sedara tipu. gila nak percaya, dah dekat pukul 2 pagi kot. jauh pulak dia nak datang dari kangar sampai simpang empat ni. bangunlah jugak pergi tengok, dengan rambut serabai tak kira dah.

tengok-tengok betul. haha senyum melebarlah. apa lagi, rindu kot dah seminggu lebih tak jumpa. mula-mula sekali dah kena tegur dengan dia. pakai seluar pendek macam laki. eh, nak tidur kot, takkan nak pakai lawa-lawa macam nak pergi berjalan. apalah dia ni, buat lawak tak kena tempat.. ha..ha..ha.. then sembang-sembang dengan dia. cakap dekat dia rajin ah datang sini pagi-pagi buta. dia cakap sebab rindu dia sanggup datang. orang bimbang kat dia, boleh dia buat saja ja. ishhhh...macam tak ada hari esok nak datang. tapi memang tak sangkalah dia boleh buat sampai macam tu sekali. rasa macam itah ni macam disayangi sangat. terima kasih Ajmal always make me smile even not same dengan couple2 sekarang ni. selalu mesej , selalu call tapi dia ada cara dia yang tersendiri so itah akan sedaya upaya belajar memahami sikap dia.

dah sembang-sembang tetiba dia keluar part "BUKHARI" . ish dia ni. jeleslah tu. auwm haha. ada orang jeles yeye... dia cakap ingatkan nak wish dulu masa birthday itah alih-alih bukhari yang wish dulu. pelik-pelik then itah cakaplah nak pelik apanya...kawan ja. bagi itah yang dah lepas biarlah lepas tak payah nak hidupkan kembali semua kenangan tu. dah tak ada makna dah kan?.
tapi part sedih , masa dia cakap macam taknak balik ja . nak duduk dengan sayang. rindu sangat. hum kalau boleh itah pun nak macam tu tapi you're not my own Ajmal. then dia letak kepala dia kat riba itah.dia cakap nak rehat sekejap. lepas tu tetiba phone dia bunyi. hum masa dia dah panggil nak balik rumah. lepas tu dia bangun berdiri depan itah then sua tangan dia. itah cakap apa. dia cakap salam. itah salamlah tangan dia. dia senyum. masa depan pintu keluar tu, itah pesan kat dia lagi...hati-hati, balik elok-elok. entah kali ke berapa itah pesan macam tu dekat dia. dah balik tu takpelah, itah masuk bilik balik nak sambung tidur. lepas tu dia hantar mesej suruh call dia

itah call lah. dia cakap dia jatuh dekat simpang tiga jalan nak masuk tu. luka sikit tapi seluar koyak. haiyaa...dah pesan banyak kali bawak moto tu elok-elok sebab dah malam sangat tu. see apa yang di risaukan dah berlaku , nasib luka sikit je pun.

petang tadi teman dia beli seluar slek yang dah terkoyak tu haha... lawak ah dia ni... then terserempak dengan kawan. apa lagi berdehem-dehemlah kawan tu. biasalah kalau tak kena sakatkan? abaikan
dah lepas teman dia beli seluar , ajak dia teman itah pergi ambik lesen P kejap and terus pergi kangar sebab dia nak pergi tempat kerja dia, itah pulak nak pergi beli roti dekat GARDEN. tunggu dia lambat sangat. itah tengoklah cermin sisi moto tu. betul-betulkan tudung yang herot-petot sebab kena tiup angin. lepas tu ada sorang budak laki tu tegur. "dah cantik dah", itah pusing tengok budak laki tu, dia senyum then itah gelak (nak cover malu sebenarnya).

dia teman itah beli roti dekat situ then masa nak makan roti tu itah cakap itah dahaga nak pergi beli air dulu baru nak makan roti. dia temankan lagi. bagusnya dia kan?. then minum dekat kedai bawah the store tu. dia makanlah roti. lepas tu dia gedik-gedik pulak nak suapkan itah roti tu. eh2, sweet depan publik kot. malunya
makan jugaklah dah dia suapkan. bukan selalu hehe. lepas tu dia paksa itah habiskan roti tu pulak. esh, kejam giler siap main ugut-ugut lagi tu. itah makan lah, tak sedar yang krim tu terkena pipi sendiri. hehe
dia tegur, "nak simpan dekat Ajmal ke?" lepas tu dia lap pipi itah. hehe masa tu dah rasa macam dalam filem pulak . haha perasan jap okey. jangan marah erk

then masa nak pergi dekat moto tu. itah cakap dekat dia. bye "Abang KFC" . dia buat usha garang pulak . haha tak takut pun . wekkk :P
tak larat nak tarik moto , berat sangat lepas tu panggil dia. paksa dia tarikkan moto dekat itah hehe. then kitorang pun baliklah. setakat tu je ceritanya. esok dia dah start keja balik. i will miss you dear walaupun dapat keluar sekejap tapi dah cukup bermakna buat itah. bye selamat malam semua

"saya selalu berdoa pada Allah dalam setiap sujud-sujud saya, jika awak adalah benar ADAM untuk saya, maka saya harap Allah akan tanamkan rasa cinta ini dalam hati kita dan jika bukan damaikanlah hati kita dengan takdir Allah. kita hanya merancang bukan perancan yang hebatkan"

Selasa, 11 Jun 2013

pelanduk serupa

ASSALAMUALAIKUM

hai semua . apa khabar? sihat? alhamdulillah
terima kasih ye yang dah penat-penat wish birthday itah 5 jun lepas.
terharu sangat itah.

okey , now you all can see new skin of my blogger. pink gitu haha
never mind but maaflah skin ni ada problem sikit. para FOLLOWER dekat blog itah
tak boleh nak dipaparkan. takpa-takpa nanti itah edit lain.

hah. now jom lah baca entry itah ni.baca tau jangan masuk saja. terima kasih bagi yang sudi baca tu.
itah nak mula cerita ni. 1,2,3 sedia dengar dan baca then hayati okey.
hum tadi masa itah dekat pejabat pendaftaran. hah buat apa itah kat sana, nak cari kerja ke?
nope.. itah nak buat ic barulah. maklumlah dah genap 18 tahun. haha dah tua tapi masih awek muda tau
kalau orang mana-mana tak kenal itah mesti dorang tanya. "eh, adik ni 'DARJAH' berapa?" what the fish. 'DARJAH' dorang sentai bagi. hah keluar dah ayat baku perlis.

itah tunggulah giliran then dah sampai giliran, itah pergilah dekat kaunter tu. eh, abang tu boleh duk buat
sembang rambong btw takpa. baguslah ada sikap macam tu kan. banyak orang senang. then bayar RM10.00 ... hah, part bayar pakai duit sendiri ni yang kedekut sikit btw terpaksalah sebab tak pergi dengan parent tapi pergi dengan mak sedara je. balik nanti dalam otak duk pikir nak klim balik duit yang rugi tadi. hum hampeh sampai sekarang tak dapat lagi. sabar.. sabar kan?

okeylah. then itah pergilah pulak dekat bahagian gambar. fuh banyaknya orang nak buat ic baru. okey dah lama penat menunggu tetiba terpandang someone. eh, masa tu rasa macam itah ni dah tak betul je. boleh nampak orang dah tak ada. takpa itah buat tak tahu je, mungkin khayalan itah saja. tapi rupa-rupanya itah tak salah tengok bila makcik itah yang diam sebelah kerusi itah tanya. "kamu perasan tak apa yang makcik nampak?" itah cakaplah "nampak apa?" then makcik itah cakap "nampak tak budak laki tadi gaya dia macam..." , "macam mat arifkan?" itah menyampuk. a'ah dah lama sangat nak cakap. makcik itah angguk-angguk then dia nangis. hah sudah. itah pun dah rasa sebak tapi tak sempat layan feeling lagi tetiba kakak tu dah panggil nama itah. semua dah siap so boleh baliklah waktu nak balik tu kebetulan budak laki tadi berjalan belakang itah dengan ayah dia. mula-mula itah tak perasan then pusing belakang tetiba nampak budak tu. wajah dia memang mirip arwah mat arif. wajah dah satu hal, gaya dia dengan tinggi dia. semua sama just dia besar sikit je pada mat arif. oh, rindunya kat mat arif.

budak laki tadi dah jalan depan itah dah. masa dia dengan ayah dia jalan pergi tempat letak kereta, itah curi-curi pandang budak laki tu. tak dapat tengok arwah buat kali terakhir dapat tengok "KLON" arwah cukuplah kan?. terubat jugak rindu ni. hum anak orang berada jugak budak tu. lama kitorang tunggu dalam kereta, tenangkan fikiran makcik itah. dia menangis tapi itah hanya mampu tersenyum saja sebab itah dah redha. sayang-sayang kita pada seseorang tu, sayang lagi Allah pada dia kan?hum :( . terimakasih Ya Allah kerana engkau telah kabulkan doa hambaMu ini.

itah harap sangat yang itah akan dapat jumpa "KLON" mat arif tu lagi. amin
okeylah cerita itah setakat ni saja. semoga berjumpa lagi di lain entry okey.

Ya Allah, aku mohon padaMu .. peliharalah dia disana dan jangan engaku sakiti dia dengan siksa-siksaan Mu sesungguhnya dia seorang kawan yang baik untukku. Amin

Sabtu, 1 Jun 2013

impian saya

Assalamualaikum

hai semua pembaca blog itah . apa khabar korang semua?
sihat . alhamdulillah

sebelum tu itah nak korang tadah tangan dan niatkan dalam hati
yang al-fatihah korang baca ni untuk arif othman , kawan itah
sedar tak sedar , dah pun masuk "8" hari dah dia pergi.

arif , hang sentiasa dalam doa aku walaupun hang dah tak ada dekat sini . insyaAllah aku akan selalu doakan untuk hang sebab hang kawan yang terbaik antara yang terbaik pernah Allah hadirkan dalam hidup aku walaupun sekejap tapi cukup bermakna .

okeylah pembaca sekalian . itah nak sambung entry macam tajuk dekat atas tu. setiap orang dalam dunia ni pasti mempunyai impiankan? walaupun berbeza-beza. macam itah ,  itah juga ada impian sendiri dan itah cuba untuk kecapi tapi mungkin itah tak mampu . sedihkan ? :'(

impian itah masa kecik-kecik dulu nak sangat kaji bintang dan sampai sekarang pun itah minat lagi bab-bab nak kaji bintang ni tapi mungkin tak ada rezeki dan hanya akn jadi impian itah untuk seumur hidup itah tapi kadang-kadang tu itah harap sangat yang semua impian itah akan tercapai dan jadi kenyataan.

"JEPUN dan SAKURA di MUSIM BUNGA" satu lagi impian itah yang itah harap-harap sangat Allah makbulkan jadi kenyataan walaupun itah tak pasti sama ada impian tu akan tetap jadi impian juga . :(
tahu tak kenapa itah nak sangat tengok sakura? sebab itah nak rasa sendiri macam mana rasanya duduk dibawah pokok sakura dan melihat pokok berwarna merah jambu, kelopak-kelopak bunga yang jatuh menghiasi tanah apabila ditiup angin. Ya Allah , teringin sangat.

impian yang terakhir dan impian yang sememangnya orang akan gelakkan itah kalau itah cakap. tapi apa itah kisah sebabnya itu impian itahkkan? :)
impian itah yang terakhir ni kecik saja tapi tak tahulah boleh dicapai atau juga akan jadi impiam sampai itah menutup mata. itah nak rasa macam mana duduk dekat KL. nak rasa sangat suasana tu , nak rasa duduk apartmen yang tinggi2 tu, nak rasa waktu malam dekat situ. sebab tu kadang-kadang itah berdoa dekat Allah itah kalau boleh nak sambung belajar dekat sana . now itah rasa dah taknak sambung belajar dekat sana sebab itah taknak jauh dari keluarga tapi bukan anak manja sebabnya itah punya prinsip sendiri ye . itah harap suatu hari nanti itah akan stay sana, insyaAllah kalau ada jodoh dengan orang sanakan?hehe

okeylah , cerita itah setakat ini saja sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang. harap Allah panjangkan umur kita bersama . terima kasih :)

Jumaat, 24 Mei 2013

AL-FATIHAH buat ARIF OTHMAN

ASSALAMUALAIKUM

itah mulakan entry hari ni dengan lafaz BISMILLAHHIRAHMANIRAHHIM
syukur pada Allah masih memberikan kita peluang sekali lagi menghirup udaraNya.
jadi jangan sia-siakan perluang yang Allah beri pada kita ni.

mari .. itah nak mulakan entry
pertama kali itah nak korang yang beragama ISLAM terutamanya
tadah tangan korang dan niat dalam hati yang korang baca Al-Fatihah ni untuk Arif bin othman
amin... semoga Allah merahmati korang semua yang sudi sedekahkan Al-Fatihah kepada kawan saya
yang lebih di kenali sebagai mat arip.

mula-mula orang bagitahu dekat itah yang arif dah tak ada , itah tak percaya
serius itah lansung tak percaya
ingatkan main-main ja tapi rupa-rupanya betul
Ya Allah , masa tu macam tak boleh nak terima kenyataan ja yang dia sememangnya betul-betul dah tak ada
dia dah meninggal.
itah cuba tahan sebak dekat dada ni tapi itah tak kuat
last-last itah menangis jugak
itah teringin sangat nak tengok wajah dia buat kali terakhir tapi mungkin tak ada rezeki

orang cakap muka dia teruk sangat. lebam-lebam
kesian. dia mati sebab jatuh dalam sungai then moto yang dia naik tu hempap atas dia.
betul-betul kena dada dia , muka dia
mesti sakitkan dia masa nak meninggal tu. hanya tuhan saja yang tahu macam mana.

tadi last itah stalk FB dia sebelum didelete , maybe kawan-kawan dia or adik beradik dia yang delete FB dia. Alhamdulillah.
baru itah perasan yang status dia semua pasal mati
sebelum ni itah tak pernah pun perasan. kenapa ya? mungkin sebab itah manusia biasa yang tak mampu nak jangka sesuatu yang bakal berlaku ke depan. ya , betul tu .

last itah dapat jumpa dia pun. masa dekat kilang surubber dekat jejawi perlis. masa moto sepupu itah kena sabotaj someone. masa tu tengok dia sembang rancak sangat dengan makcik itah. maybe tak perasan itah. bila makcik itah cakap yang itah ada sekali. dia terus diam. mungkin malu. masa tu nak tergelak pun ada. arif-arif... dalam facebook punya rancak dia chat dengan itah. macam kenal lama, padahal baru tahun lepas kenal. tapi dia baik, mungkin sebab tu buat itah rasa terkilan sangat dengan kematian dia tu. dua tiga minggu ni, dia rajin sangat suruh orang kirim salam dia buat itah. naik malu pun ada. nak tahu sebab apa. sebab orang yang sampaikan salam dia tu selalu sakat-sakat. cakap mungkin dia suka dekat itah tapi itah keras-keras nafikan. itah cakap, dia saja-saja tu kirim salam. kawan-kawankan. apa salahnya.

ARIF... tadi aku p kubur hang. kali PERTAMA dalam seumur hidup aku, aku masuk situ 'TANAH PERKUBURAN' sebelum ni tak pernah. aku tak berani nak masuk, aku takut tapi kali ni sebab hang baik dengan aku, aku kuatkan semangat akau masuk situ. hang dengarkan aku bacakan Al-Fatihah untuk hang?. itu ja yang aku mampu bagi, aku janji dengan hang yang aku akan selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk hang sebab hang kawan terbaik aku. ARIF aku tau hang dah tak dapat baca ni semua, tapi ni semua luahan hati aku. walaupun hang dah tak ada, aku tetap akan selalu ingat hang walaupun hang malu dengan aku. kenapa hang pergi cepat sangat ARIF? aku ada banyak soalan sangat yang nak tanya dekat hang, SALAM-SALAM hang pun aku masih belum jawab lagi, sekarang aku jawab semua salam yang hang kirim dekat aku ya ARIF. wasalam.... maafkan aku sebab gaduh dengan hang pasai politik kemudian cakap hang bakal pemimpin calon 'PARTI BOTOI KICAP' maafkan aku. aku sayang hang, aku dah anggap hang macam adik aku dah. tadi masa aku p kubur hang, aku sedih sangat. orang-orang tu tanam hang..dalam tanah, mesti hang takutkan? kawan yang dulu periang sekarang dah tak ada, bila aku on facebook, aku teringat hang, kalau aku buat status hang mesti tak miss like status aku, bila aku upload gambaq hang mesti tak miss letak komen 'COMEL'... aku akan rindu semua tu. mungkin aku dah tak akan dapat lagi perkataan 'COMEL' tu dari hang lagi. aku harap hang tenang. selamat tinggal ARIF. tadi aku menangis sebab hang, maaflah. aku dah cuba kuat tapi tak boleh sebab aku sayang hang.

selamat malam semua. itah akhiri entry kali ni dengan wasalam. dah tak mampu lagi.



Sabtu, 11 Mei 2013

selamat hari ibu

ASSALAMUALAIKUM ....

ehem... ehem ... mulakan dengan BASMALAH dulu okey
baru berkat
kitakan umat islam
apa-apa nak buat wajib mulakan dengan nama ALLAH dulu kan?

okey , hari ini itah nak tulis blog tentang apa? hah , tengok tajuk tau , tengok
esok hari AHAD ,  12 MEI 2013
hari yang paling bermakna untuk semua golongan wanita yang bergelar IBU
oushhh ... beruntungnya

pertama sekali itah nak ucap dekat mak itah iaitu " KHALIJAH BINTI HAMID "
"SELAMAT HARI IBU ... mak , shitah sayang mak sangat-sangat walaupun kadang-kadang tu ada menyakitkan hati mak , maaf ya ... tak senaja"

haish , sedihnya tahun ni itah tak cukup bajet nak belikan hadiah untuk mak
korang beli apa ha hadiah untuk mak korang esok?
mesti mak korang banggakan dapat anak macam korang , tak sia-sia dia mengandung dan melahirkan korang

dalam facebook malam ni tak banyak orang update status tulis "SELAMAT HARI IBU" , kebanyakkan pasal BF/GF je , sayu hati
macam mak korang lansung tak berharga
ingat ya ... IBU,MAMA,MAK,UMMI atau apa-apa saja panggilan yang korang panggil dekat mak korang
dia adalah satu-satunya insan yang sanggup berkorban untuk kita
korang patut hargai dia , yes memang hari ibu perlu sambut tiap-tiap hari bukannya setahun sekali
tapi pernah ke korang update hari-hari status tentang mak korang ? memang tak adalah , yang banyak pun pasal cinta
apa salahnya , hari ni ... kita ramai-ramai saling memperingati hari yang sangat sangat bermakna untuk seorang insan yang bergelar ibu ...

bila kita susah , sedih .. siapa yang kita cari? siapa ? mesti ibu kan?
kalau kita senang .. kenapa tak nak kongsi dengan ibu? kita lebih rela kongsi dengan kawan-kawan , BF/GF kan? kenapa , kenapa? tak perlu jawab dekat itah ... just bagi ruang dekat hati korang untuk renungkan ya

ibu tak akan pernah ada peganti , carilah seluruh pelusuk dunia Allah ni , nescaya korang tak akan bertemu dengan wanita yang sehebat ibu korang ....
so hargailah dia , walau siapa pun dia , macam mana pun dia ,dia tetap ibu kita , ibu yang melahirkan kita dekat dunia ni ... dia sanggup korban kan nyawa dia demi kita ...

okeylah malas nak tulis panjang-panjang , so itah , nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar status IBU dekat MALAYSIA ni .... semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki aminnnnn... :)

Selasa, 7 Mei 2013

al-fatihah

assalamualaikum ..
hari ni itah bawa cerita sedih
ya Allah memang tak ada mood lansung hari ni
mungkin rasa tertampar sama dengan penderitaan sahabat itah
ekin ....
baru lapan bulan kawin dah kehilangan untuk selamanya

kadang-kadang tu itah terfikir , bila waktu Allah nak bagi dia kebahagiaan yang abadi untuk diri dia dekat dunia ni? ya Allah aku mohon engkau berilah dia kebahagiaan lepas ni . aku dah tak sanggup nak tengok dia merana . pedih sangat hati ni bila tengok airmata dia . kenapa perlu uji dia sebegitu? . dari kecik sampai besar , dia dah tak ada kasih sayang dan baru nak dapat semula kasih sayang , kenapa tiba-tiba diragut ? kenapa ? ... tak layakkah dia untuk merasa bahagia macam orang lain rasa ?

masa dia umur 4 tahun , Allah dah ambik balik orang yang paling dia sayang ... mak dia , lepas tu dia hidup menumpang dengan orang lain , ayah dia kawin lain ... kesian sangat itah tengok hidup dia .. maklumlah duduk dengan orang , selalu kena marah

dia datang balik duduk dekat dengan itah , 2 tahun lebih .. lepas tu dia mintak nak duduk dengan mak tiri dia ... dia ingat mak tiri dia akan layan dengan baik tapi salah , mak tiri dia buat dia macam orang gaji , habis semua kerja dia kena buat . bila mak tiri dia paksa dia kawin dengan usia muda dia terima ,dia cakap mungkin boleh lari dari mak tiri dia , mungkin dia boleh senang .. ya memang dia senang dan bahagia , suami dia layan dia dengan elok , jaga dia .. itah pun selalu pergi jenguk dia dengan suami dia kalau ada masa lapang , suami dia cukup baik .. walaupun tengah kerja , sanggup balik kejap sembang-sembang adik beradik datang rumah .. bahagia sangat itah tengok dia dah senyum gembira dan itah selalu berdoa dalam hati biarlah kebahagiaan dia sekarang akan kekal selamanya .. tapi Allah tak makbulkan doa tu . tapi itah yakin , mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk dia
aminnnn ... harap-harap macam tu lah

petang kelmarin terkejut jugak masa dia mesej kata suami dia tak ada dah ... ya Allah , masa tu tetiba jiwa itah rasa sebak sangat , sebak sebab mengenangkan kehidupan dia lepas ni , apa yang akan jadi dekat dia dan anak dalam perut dia tu .. anak tu dah tak lama nak keluar , mesti dia sedih kan? tak sempat nak tengok rupa ayah dia macam mana . " aku tau hang penat fikir semua tu , aku tak ambik hati sikit pun , aku paham keadaan hang semalam ,dengan anak dalam perut tu lagi , apa-apa pun aku harap mak dengan adik ,kakak tiri hang tu akan jaga hang dengan elok walaupun sebelum ni depa banyak buat hang menderita , tau tak weh semalam aku penat tengok depa semua berlakon prihatin dekat hang , aku letih tengok air mata palsu mak tiri hang yang dah terlebih over daripada orang lain tu , dalam sedih-sedih boleh lagi aku tengok depa tanya hang pasal harta benda , ikhlas kah depa nak jaga hang weh? atau sebab harta benda yang laki hang tinggalkan dekat hang ? aku tengok semua kelaku depa weh , aku nampak semua "

Ekin , aku harap hang kuat , kuat hadapi semua ni .. insyaAllah aku tak akan berhenti berdoa dekat Allah untuk berikan hang bahagia , bukan bahagia yang seketika tapi bahagia untuk selamanya . dan aku nak tengok setakat mana permainan depa dekat hang .

wahai pembaca blog itah sekalian , jika anda semua beragama islam mari ,niatkan dalam hati yang AL-FATIHAH ni untuk ZAHARI suami kepada kawan itah iaitu NOR ASYIKIN HARIS , tadahkan tangan dan baca AL-FATIHAH . walaupun kita tak mampu nak selami hidup dia , nak rasai sedih dia , perih yang dia tanggung tapi sekurang-kurangnya kita dapat bantu dengan hadiah AL-FATIHAH . aminnnnnn...
semoga roh suaminya diletakkan dikalangan orang yang beriman disisi Allah ,

jenazah dah selamat sampai ke terengganu pagi tadi , atas permintaan mak kepada suami kawan itah .. mungkin dah selesai dikebumikan ,

wasalam .. itah undur diri dulu ,jadikan kisah kawan itah ini sebagai tatapan untuk anda semua
kalau kisah ni tak mampu nak bantu untuk lembutkan hati anda , cuba bayangkan pula , jika anda berada di tempat kawan itah .. kehilangan satu persatu orang-orang yang menyayangi diri kita dan yang kita sayangi . mampukah anda untuk terus terseyum dan bahagia?


Isnin, 6 Mei 2013

rindu

ASSALAMUALAIKUM ...

hye , selamat petang semua
esok pendaftaran form six .. good luck korang yang nak masuk tu erk
itah tak masuk kot , sebab berat sangat hati ni nak masuk.. haha
so sementara tunggu keputusan UPU keluar dalam pertengahan bulan 5 ni , enjoylah dulu
haha kolot betul ayat .. never mind

okey nak sembang sikit pasal PRU13 ni bolehkan? jangan marah erk
Alhamdulillah , so far BN menang jugak
haha .. tapi seronok ouhs usik BF sebab dia sokong PAS , katanya PAS for all .. yelah tu .. never mind .. tapi dia memang tak puas hati haha .. lawaklah BF ni , dia cakap mengundi pulak dia nak ambik calon then nak paksa itah undi dia dengan PAS .. sayang, sayang .. peliklah perangai , tahulah kuat PAS then di besarkan dengan PAS , maklumlah duduk selangor , gerrr .. maaf erk itah selamanya dengan BN ... sebab dah memang di latih dengan BN oleh mak ayah .. BN pun bukan seteruk PAS katakan tu , okey je dorang

ya Allah , bila BF nak datang perlis ni .. cakap nak datang hari ni tapi tak jadi pulak .. hampeh betullah 
dia tak tahu yang kita ni tengah rindu dia setengah nyawa , erk setengah nyawa ke ? eh tak lah , separuh jiwa ja .. haha
itah seronok sangat dapat webcam dengan BF, perangai memang tak berubah .. kelakar, dia yang mintak sangat nak webcam boleh-boleh , kalau ikutkan itah , memang malas
dah kesian terpaksa ikut je lah , nanti merajuk kang susah pulak .. dah la itah ni jenis tak pandai nak memujuk , a'ah , siapa ada tips nak memujuk? share dengan itah .. jangan malu-malu hehe
itah ni friendly je okey 

BF cakap balik ni dia nak ajak pergi tengok wayang .. dia cakap tu sebagai hadiah birthday itah 5 jun nanti 
itah cakap dekat dia , taknak , itah nak hadiah je
lepas tu dia cakap ada .. ingatkan betul-betul
dia cakap kejap eh , lepas tu .. dia datang bawak bear kecik
nampak macam kenal je bear tu
memang kenal pun tu hadiah itah bagi dekat dia tahun lepas #LOL

dia cakap itah ni 'NAGA KECIK' , sebab masa otp selalu tidur lepas tu berdengkur banyak angin hehe malunya :') ... kejam BF ni panggil kite naga . then itah apa lagi , panggil dia 'TIKUS' haha . macam budak-budak betul kitorang tapi tak apa , dah selesa macam tu , terima jelah
kitorang pun relay dah masuk dua tahun , tu pun dia yang ingatkan
maklumlah itah ni , orangnya rajin pelupa .. tu belum tua lagi
lepas tu kitorang tangkap gambar pulak masa webcam .. haha comel tau muka dia
nak tengok .. kejap eh



haha .. ini dia gambar BF itah , maaflah tak nampak sangat muka sebab gelap...

okeylah itah ada hal , dah tak boleh lama ni nanti takut tak sempat 

harap berjumpa di lain entry ya
sayang korang semua . muah sikit

bye
-wasalam-

NEW header 2013

assalamualaikum ... hye tutorial first bagi tahu 2013
nak ambiklah ... terima kasih





Selasa, 30 April 2013

my 'hubby'

hye , assalamualaikum dan selamat malam semua
malam ni itah nak cerita pasal hubby itah a.k.a bf itah
cakap hubby macam ter'overlah pulakkan?
okey , harap sudi-sudilah baca erk

itah nak tulis ni pun sebab itah rindu sangat-sangat dekat dia
tapi bila dia tanya.... kata tak pun hehe
malu sebenarnya

okey , itah introkan dekat korang semua pasal bf itah erk

nama penuh : muhammad Ajmal bin zamari
nick name : ajmal
umur : 18 tahun ( 2013 ) tapi belum cukup lagi

hah , sikit-sikit intro pasal itah punya bf,
okey , mari sini itah nak cerita sikit , dia seorang yang peramah a.k.a mulut murai dan terkenal dengan
hobinya yang suka bercakap. itah mula-mula tu rasa rimas jugak sebab itah ni seorang yang pendiam tapi
lama-lama rasa seronoklah pulak , dengar dia bercerita, mereka cerita and macam-macam lagilah
tapi ada satu cerita ni , yang dia selalu cerita dekat itah ... cerita mengenai someone
korang nak tahu siapa
okey itah cerita , dia seorang perempuan ...itah ulang ni P.E.R.E.M.P.U.A.N   bukan lelaki mahupun pondan
hehe , seorang gadis yang comel , mempunyai dua lesung pipit yang agak dalam di pipinya , haha takkan di kaki pulak
seorang yang berkulit cerah, yang penting dia memang perfectlah untuk mana-mana lelaki
mesti korang nak tahu siapa nama budak perempuan yang itah maksudkan ni kan? hum , nama dia sama canti jugak dengan orangnya tapi itah cuma kenal nama dalam facebook dia saja, terlupa nak tanya bf siapa nama sebenar budak perempuan tu a.k.a    kawan baik bf
okey , nama dia A.T.I.Q.A.H
cantikkan nama dia?
okey , bf selalu cerita pasal budak perempuan tu , puji-puji dia.... eh , depan-depan kita pulak tu tapi chill lah
takkan hal kecik macam tu nak mengamuk kot , first tu memang tak lansung jeles tapi dah memuji then selalu sangat banding-banding banyak kali , bohonglah kalau itah cakap itah ni tak lansung jeles
okey itah mengaku .... itah jeles , then sampai satu hari tu itah fikir
patutkah itah dengan bf sedangkan dia dah nampak macam angau semacam dengan budak perempuan tu
hum , itah ni jenis tak mau paksa-paksa
kalau dah tak suka clash terus haha , macam tak ada perasaan saja kan
tapi bf yang tak nak dia cakap , tu kawan baik saja
kalau dia nak takle budak perempuan tu mesti dari dulu lagi
okey , fine
itah cuba faham bf

bf ni memang banyak peminat , fuhhh .... masalah betul kalau orang jenis peramah ni
tapi tak kisah , tu hak dia
pernah dia tanya tak jeles ke? haha
buat lawaklah bf ni .... tak ada maknanya nak jeles
tapi kalau lebih-lebih sangat memang ada yang kena makan bahasa-bahasa lawa dari itahlah
bf ni memang seorang yang bosan tapi itah cuba paham dia , mana tak bosannya
bukan tau nak mesej lansung macam orang lain
lepas tu call ....ish sekali-sekala saja
sabar je lah
dia duduk jauh mana itah nak tahu dia curang ke tak tapi biarlah
dia nak curang ke apa ke , asalkan itah tak tahu sudah
tahu siap engkau bf

hobi bf satu lagi , dia bila call kalau tak menyanyi , tak sah
dia suruh dengar lagu nasyid , al-maklumlah orang bekas sekolah agama katakan
tapi serius itah cakap , cuba korang dengar lagu nasyid ... tenang saja dengar daripada lagu-lagu biasa ni
tak percaya... dengan apa yang itah cakap ni.... try lah buat
haha , sakit telinga kadang-kadang dengar dia menyanyi tu tapi bak kata orang kerana sayang ku biarkan diri ini merana asalkan kau bahagia haha ... what the fish
cukup-cukuplah itah merana kerana kecewa , cinta dikhianati
sekarang ni itah dah taknak lagi air mata ni jatuh sia-sia sebab cinta manusia
bukan cinta Allah
itah memang kalau boleh itah nak berubah sepenuhnya
dan sekarang ni itah tengah cuba untuk berubah... cukup Allah dah bagi peluang itah hidup kat dunia ni lagi
lepas apa yang dah jadi pada itah ,itah syukur sangat , lama mana itah menanggung sakit
start tu , itah nekad nak berubah , itah mula pakai tudung nak ke mana-mana , dah tak ada free-free hair ni
dan syukur itah dah boleh buat , itah sekarang ni tengah muhasabah diri nak tukar cara pakaian dan insyaAllah suatu hari nanti itah nak pakai macam mana perempuan muslimah pakai , sejuk je mata tengokan?
bf sekarang ni pun , alhamdulillah selalu jugak ingatkan itah tentang solat
bersyukur sangat

okeylah itah out dulu , selamat malam semua

Jumaat, 26 April 2013

hidup :)

hye semua , apa-apa pun kita mulakan dengan BISMILAH dulu , baru berkat semua kerja kita nak
buat nanti kan? :)

Assalamualaikum ......

dah lama rasanya itah tak up date blogkan? hum , rindu itak tak? cakaplah rindu erk?
hehe , sayang korang semua
okey , wait-wait before that itah nak tanya yang batch 95 , korang nak masuk form 6 tak? dah check nama
korang tak? kalau dah baguslah
itah dapat , alhamdulillah but rasa was-waslah nak masuk sebab ada yang kata susah and ada yang kata senang
yang mana satu betul pun tak tahu ni tapi bila ingat ayat ni ' belum cuba belum tahu' rasa macam nak try masuk dulu , tadi dah discuss dengan mak ayah , dorang okey je tapi dorang cakap kalau nak masuk tu janji belajar sungguh-sungguh jangan main-main
ya Allah , apa yang perlu itah buat. nak tunggu upu punya keputusan bukan penyebab nak tolak tawaran tingkatan 6
ya Allah bantulah hambaMu yang kudus ini aminnnnnnn......

okey , sambung cerita lain pulak , lama dah tak cerita pasal my hubby. rasa nak ceritalah pulak pasal dia, bolehkan? korang sudi baca tak? please.... baca erk
sayang korang ketat-ketat ( poyo gila ayat ni )
hah , dah lama itah tak jumpa dia , agak dah masuk sebulan lebih dah, nak tahu sebab apa
sebabnya dia stay jauhlah....susah nak jumpa tapi tu bukan penghalang kitorang 
dah dua tahun relay ni .... hum dan itah tak tahu endnya nanti macam mana :(
walaupun sekuat mana cinta dan sayang itah pada dia tapi kalau Allah takdirkan dia bukan untuk itah
so apa hak itah , nak meraung menyiksa diri......pahit pun terpaksa telan jugaklah , bukan tak pernah hati ni dilukai, so chill lah , maybe akan adayang terbaik untuk itah seandainya dia bukan untuk itah kan?
insyaAllah , harap2 lah

hah , malas nak cerita pepanjang , sakit kepala ni ,,, so terima kasih bagiyang sudi baca ..... muah sekali dekat pipi kanan korang :) .....
selamat pagi bye

Isnin, 8 April 2013

masa depan

hye assalamualaikum semua pembaca blog itah
now im come back
lama tak update entry blog , nak kata bussy tu tak pun tapi
malas nak berblogging now sebab blog sekarang ni tak macam dulu lagi
kalau dulu hari-hari rasa nak update entry blog

okeylah itah nak sambung cerita itah . hye korang batch95 . lepas ni korang nak apply mana erk?
kolej , universiti , maktab and more?
okey , apa-apa jelah erk. asalkan tak menyesal dimasa depan ye
sekarang bukan masa kita untuk enjoy-enjoy lagi dah
now masa nak pilih jalan menuju masa depan, semua tu sekarang dah terletak ditangan kita sendiri bukan
orang lain
kena ingat tu semua.
kalau tak boleh pergi dalam bidang akedemik korang boleh apply dekat koley komuniti , IKM , IKBN ,ILP , POLITEKNIK dan lain-lain yang korang rasa ada menawarkan kemahiran.
kalau yang boleh pergi dalam bidang akedemik tu dan dapat result yang cemerlang , sudah tetntu pilih masuk universitikan?
ataupun kalau korang anak orang kaya , bolehlah apply masuk kolej
itah memang dah tak boleh masuk kolej sebab pendapatan keluarga cukup-cukup je
sememangnya itah bukan datang dari keluarga yang kaya okey sebab tu itah paham tahap mana kedudukan kewangan mak ayah itah .
itah dah taknak bebankan dorang lagi semata-mata nak belajar sedangkan result pun lintang pukang hasilnya.
tapi tu semua bukan pelemah semangat itah , itah nak usaha lagi kalau ada peluang . insyaAllah ada sebab itah percaya Allah tu ada dan sentiasa mendengar doa hambNya.

kadang-kadang semak kepala pikir pasal masa depan ni . kusut sangat
kalau boleh rasa macam nak jadi pokok ja

okeylah itah dah mengantuk dah ni . selamat malam semua

Isnin, 25 Mac 2013

keputusan spm?

hye. . assalamualaikum
dan selamat malam semua
miss you all sangat-sangat. . miss itah tak korang?
apa?  tak rindu kita erk? hum sedihnya !!hehe
okeylah kalau korang dah tak rindu itah
itah nak terus sambung entry itah dekat tajuk kat atas tu

hye kepada batch 95 tu macam mana result korang macam mana?
adakah okey ataupun sebaliknya
hum. . usah difikirkan sangat
korang dapat tuai hasil yang korang sendiri usaha okey
yang result tak elok tu jangan sedih-sedih maybe tak ada rezeki walaupun korang dah berusaha
ingat tau . . jangan sesekali putus asa ye sayang !!
rezeki Allah tu ada untuk setiap hambaNya . . insyaAllah
bagi yang tak ada perluang dalam akedemik tu bolehlah aply bahagian kemahiran
antara nak dengan taknak je

result itah . . alhamdulillah okeylah jugak walaupun tak berapa cemerlang seperti yang diharapkan
berpatutanlah dengan apa yang itah buat. . itah bukan usaha sungguh-sungguh pun
heee. . leka dengan laman sosial dan kawan-kawan hehe
teruknya itah
now. . itah harap sangat dapatlah tawaran dekat upm bahagian pertanian yang itah mintak tu
harap-harap dapatlah. .  amin
doakan itah ye korang. .

okeylah selamat maju jaya korang then yang dah malas semua perkara
bolehlah tunggu "STP" haha
what means "STP" ? nak tahu ke? okey itah bagi tahu means is " SIAP TUNGGU PEMINANGAN " tu bagi yang perempuanlah bagi yang silelakinya itah tak tahulah kalau korang malas jugak
ingat ye . . parents korang bukan selamanya nak hidup then tolong tongkatkan langit untuk korang
so jangan malas-malas okey

and the last . . for my hubby . . wou !! itah dah ada hubby sekarang hehe
okey nak pesan dekat hubby itah ni . . walaupun apa yang dia buat , yang dia pilih dan jauh mana pun dia berada dari itah . . itah selalu doakan untuk dia sebab dialah insan yang boleh buat itah sayangkan dia after capital "B". . sebut pasal capital b. . ni itah nak cerita sikit . . dah dua hari berturut-turut itah mimpi dia. . agaknya dah kenapa erk? anyone boleh bagi itah jawapan tak? kalau boleh mention itah dekat twitter okey @nashitah95 . . terima kasih

okeylah setakat ni saja entry itah kali ini . . bye semua muah untuk korang yang sudi baca entry kali ni

Ahad, 10 Mac 2013

sunday story

hye semua !!
assalamualaikum . .
apa khabar korang kat sana tu ? itah kat sini sihat walafiat saja
syukurlah Allah dah berikan kita nikmat kesihatan dan nikmat tu kebanyakkan manusia
tak pernah sedar tapi bila dah jatuh sakit barulah nak sedar nikmat Allah yang satu tu kan?
jangan jadi manusia yang macam tu okey
if korang islam

okey now itah nak mulakan cerita itah
sudi dengar tak ? eh . . eh  .
silap . . maaf
baca . .
kalau sudi baca . . teruskan ikuti cerita yang panjang dekat blog itah yang tak seberapa ni ye
aaaarggghhhh. . tetiba rasa nak menjerit pulak hehe
lepaskan tension sekejap
bagi yang sudi pinjam telinga jap nak bagi korang dengar
okey . . itah mulakan
yeahh . .  alhamdulillah semalam pergi test dah dapat lesen "L"
seronoknya
almaklumlah orang baru nak ambik lesen
korang tak apalah dah ada lesen dah
beruntunglahkan?
oush . satu hari dekat kangar semalam
eh . . penat sangat tau
lepas tu balik petang sempat rehat sekejap je
then terus siap-siap pergi hantar sepupu pergi stesen bas dekat alor star pulak
beruntung dia jadi orang pandai  . . belajar tinggi-tinggi
now kejayaan dah bakal jadi milik dia
sekarang dia tengah praktikal dekat hospital segamat
wow jauh tapi tak apalah tu tempat kelahiran dia . . taklah rasa kekok sangat
then . lepas hantar dia
kitorang pergi ronda satu pekan alor star tu
ouhs . . best sangat
penat tadi terasa . . hilang terus
hehe . . macam mak itah cakaplah " mau bab berjalan yang dalam sakit-sakit sihat terus"
hehe . . macam-macamlah mak ni
okey lepas tu kitorang berhenti kejap dekat tempat apa tah namanya? lupa pulak itah hehe
tapi cantik tau!! cara dorang hias tempat tu . letak pokok-pokok lampu
subahanallah . . cantik yang amat tapi satu ja tak cantik kat tempat tu
banyak sangat pasangan belangkas darat yang bermadu asmara dekat situ
macam-macamlah dorang tu
ah !! lantaklah dorang
malas nak ambik kisah hal dorang jap lagi kata kita menyibuk jaga tepi kain dorang pulak
dorang tak tahu yang tu dosa
bila tengur mesti ada ayat pedas kena bidas
"ah !! macam kau tu tak pernah buat dosa"
now lantak doranglah
lepas singgah kejap kat situ
kitorang terus pergi dekat menara alor star yang sememangnya cantik
tapikan yang lawaknya
cari jalan nak masuk kat situ tak jumpa-jumpa
dua tiga kali pusing dekat tempat tu
silap jalanlah . .  terlepas jalanlah
macamm-macam
last-last . . alhamdulillah
jumpa jugak
kitorang lepak-lepak dekat situ lama jugak
makan-makan

then lepas penat lepak dekat situ
kitorang terus otw balik perlis semula
ouhs dah sampai rumah dekat pukul 12 tengah malam dah
tetiba mak sedara itah teringat nak call anak dia sebab masa kitorang sampai tu
anak lelaki dia masih belum balik rumah lagi
call banyak kali tapi tak dapat
kemudian teringat nak call kawan dia pulak
dapat then dorang bagitau berita buruk yang haikal excident
haikal azry
tu link facebook dia kalau korang nak tengok face dia boleh lah klik-klik situ okey
orangnya comel . .  manis-manis gitu

ingatkan dah sampai rumah bolehlah rehat dan tidur tapi lepas dapat berita tu terus naik kereta
otw pergi kangar terus
sampai dekat hospital tu
itah tak sempat pergi jenguk dia sebab dia tengah buat rawatan
luka teruk jugak katanya patah tangan
innalillah . .  semuanya ketentuan Allah
moto yang dia bawak tu remuk
kesian . .
lepas tu dah lama duduk dalam
yaAllah sejuknya badan itah ni
then ajak baliklah
dah sampai balik tu
dorang sembang kuat pulak alahai
dah bagi tahu yang itah ni sakit kepala tapi cakap kuat-kuat tu apa pasal
then letak-letak kepala yang terlalu sakit tu
terus mata ni terlelap maybe penat sangat kot
hehe . .  okeylah setakat tu jelah cerita itah kali ni ..
bye

Isnin, 4 Mac 2013

Al- fatihah

assalamualaikum dan selamat petang semua
hye . korang apa khabar? harap semuanya sihat berlaka
a'ah , nampak tak tajuk kat atas tu? al-fatihah kan
what for ? okey  al-fatihah tu untuk semua ahli polis yang terkorban
dalam serangan penceroboh di sabah.

marilah sedekahkan al-fatihah kepada arwah2 yang terkorban
besar sungguh pengorbanan mereka
sanggup korbankan nyawa mereka demi negara tercinta dan juga untuk semua rakyat malaysia
dan juga untuk keamanan negara

bayangkan kalau korang berada di tempat mereka , sanggup ke korang buat seperti
yang mereka lakukan?
sanggupkah? fikir-fikirlah!!.
mereka buat tu dengan ikhlas dan bukan buat-buat
tolong jangan libatkan politik dalam hal ni okey

cuba korang bayangkan mereka tu ayah korang or ahli keluarga korang
yang korang tunggu-tunggu sangat kepulangannya tetiba pulang sebagai mayat
apa perasaan korang ? hati mana yang tak terkilan
kalau tak terasa juga memang korang ni tak ada hati or hati dah mati sebab terlalu banyak sangat buat dosa
sampai Allah pun dah matikan hati korang tu
memang orang cakap senangkan tapi hati ahli keluarga mereka macam mana?
dahlah kehilangan orang tersayang lepastu orang tuduh buat-buat pulak
ingat nyawa ada ganti ke? tak adalah weh
so jangan lontarkan andaian korang yang tak munasabah tu
tolong hormat mereka
jasa mereka terlalu tinggi nilainya kalau nak dibandingkan hal politik ni
"SYAHID" !!
mereka sanggup korban nikmat dunia semata demi mempertahankan keamanan sejagat dan juga agama islam.
bukan senang manusia sekarang nak lepaskan semua nikmat kat dunia ni
dunia sekarang terlalu asyik dengan keseronokkan sehingga terlupa
siapa diri kita dan untuk apa kita disini

berkuasanya kita , sedarlah
ada lagi yang lebih berkuasa
okeylah , cukup setakat ni entry itah untuk kali ni
maaflah jika ada isi entry  ni menguris hati korang
sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang cacat dan cela itu datang dari itah sendiri
dan pesanan itah untuk budak SPM 2012 yang bakal dapat result

"good luck korang termasuk saya yang tulis ni jugak , hehe . banyak-banyakkanlah buat solat hajat, mintak kat ALLAH semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dilimpahkan rezekiNya. sesungguhnya tiada tempat lain untukkita meminta selain ALLAH dan kepada yang bukan islam , lakukanlah cara agama korang syorkan"

okeylah , selamat tinggal dan jazakallah bagi yang selalu support blog itah ni dan selalu melawat
sayang korang .harap dipanjangkan umur sehingga bertemu di entry yang lain okey

Rabu, 13 Februari 2013

MUHAMMAD AJMAL BIN ZAMARI - i love you sayang

hye
assalamualaikum dan selamat malam
hah , sekarang ni nak update entry sebulan 2, 3 kali pun dah malas
hadoi , penyakit malas dah menyerang
ayoyo

tapikan hari ni , itah rajin sikit nak tulis entry untuk blog ni
okey , kisah pasal " LOVE - love " haha
galak !!

itah nak mulakan cerita ni
sudikan membaca eh , bolehkan?
bagus kalau boleh
okey , tak sangka pejam celik-celik then pejam celik balik
dah masuk "DUA TAHUN" dah hubungan kami
alhamdulillah kekal sampai sekarang
moga-moga Allah izinkan hubungan kami berkekalan sehingga ke akhir hanyat
amin . .

sayang , saya nak awak tahu sekarang awak dah tak perlu ragu dengan saya sebab saya dah boleh terima awak sepenuhnya dalam hati saya walaupun kadang-kadang tu saya masih ada baki sisa ingatan dekat dia tapi percayalah saya hanya sayangkan awak sorang saja 

 selama dua tahun tu, dah macam-macam dugaan kami tempuh
ada yang teruk dan macam-macam lagi
tapikan ada satu perkara yang buatkan kami bergaduh panjang
ya Allah masa tu rasa sedih sangat
salah tu memang berpunca daripada itah
itah memang tak boleh nak kawal diri kalau marah
okey itu perangai itah dan itah akan cuba perbaiki demi hubungan kita
start pada kes tu, dia dah macam tak nak layan itah je lagi
rasa macam dia nak buang itah saja dari hidup dia
tambah-tambah itah tahu masa tu dia ada contect dengan sorang girls ni
tapi dia cakap kawan baik dia
tak tahulahkan macam mana dalam hati dia tu
kita ni manusia mana boleh nak tahu semua isi hati orang kalau orang tu sendiri tak terus terang kat kita
okey-okey stop eh
nampak sangat kat situ jelesnya hehe
then seminggu kita orang tak contect then itah start contect dulu tapi dia macam layan tak layan ja
sikit-sikit nak marah itah , hakikat kat situ memang itah terkilan betul dengan sikap dia kat itah tapi kerana sayang itah tak kisah and last itah dah tak tahan sangat
itah mesej dia then cakap " kalau nak marah sangat , marahlah. . orang bagi dia masa sebulan nak pikirkan dan tenangkan, and start now you're single person till one month, dalam masa sebulan tu jangan mesej atau call "
hah, sebenarnya tak sanggup itah nak tulis perkataan single tu tapi dah terpaksa dari biar hati terus luka bernanah
lepas ja hantar mesej tu , tetiba dia terus ja mesej
tahu pulak nak mesej, ingatkan dah benci sangat dekat kita ni
okey dah lepas kes tu lama-kelamaan kita orang dah okey
but timbul pulak satu masalah
banyak sungguh dugaan , dahlah setahun tunggu nak jumpa dia , " SETAHUN" bukan senang tau
kalau orang lain dah lama cari penganti tapi itah tetap juga sabar tunggu dia

malam tu "OTP" dengan dia
dia cakap pasal kawan baik dia tu , siap puji2 lagi
eh tak kisah pun memang budak perempuan tu lawa pada itah
itah ni biasa ja tak lawa langsung, haha
naif ayat , okey then dia cakap kawan dia banyak peminat dan dia cakap nasib baik awek kita hitam manis tak ada orang nak minat , haha dia tak tahu yang ada orang siap kirim salam kat itah , tapi malas nak bising-bising pasal kes tak berfaedah ni
okey , itah just gelak-gelak jelah
hah , pastu keesokkan hari ni , adik itah masuk hospital dan hari keduanya mak suruh itah ganti
jaga adik kejap sebab mak nak balik rumah
itah pergilah jaga , pergi dengan dia sekali sebab dia nak ikut jugak
haha , taklah bosan sangat sebab ada temankan? haha
then terjumpa sorang budak laki ni
werr , masa ni yang tak suka ni
budak tu duk buat cakap cintan pulak, siap berhai-hai lagi
malas nak layan itah buat tak tahu saja then dia teman itah dah macam "PA" itah pulak
haha , jeles ke? wahaha ( gelak besar sebab seronok )
masa petang tu dalam pukul 4 lebih-lebih dia pergi tengok pakteh dia then dia pesan jangan layan budak tu, buat tak tahu ja
pastu masa aku nak balik , dia jumpa itah and itah ceritalah pasal budak tu, cakap budak tu bagi surat tapi itah tak ambil , dia marah pastu sempat bagi amaran kat itah , dia cakap " kalau orang tahu dia ambil surat dari budak tu siaplah " , haish seram dengar

haish panjang sangat nak cerita ni , okey itah pendekkan
lepas kes tu , dia marah itah , cakap itah ni degil. .
dia cakap lagi kalau terus macam ni dia nak putus
itah cakap okey , sekarang pun tak apa , masa tu memang geram betul dengan dia
dia cakap melawak jelah , itah cakap sekali lagi cakap memang kira putus betul-betullah , sebab dah masuk tiga kali dia cakap macam tu

dah selesai kes tu , kita orang dah berbaik semula dan dia cadang nak beli baju sama tapi tak cukup duit lagi, itah memang nak utarakan hasrat tu tapi tak berani dan biarlah dia yang cakap sendiri suatu hari nanti , then betul-betul jadi , alhamdulillah

sayang itah ada pesan sikit nak titipkan untuk sayang
walaupun sayang tak baca entry ni tapi itah akan tulis jugak
pejam celik dah nak tiba masa kita untuk berpisah , tau tak itah sedih sangat bila teringat saat yang bakal tiba tu, tau tak penat sangat itah tunggu nak jumpa ajmal , "SETAHUN" bukan senang tau, then dah rapat-rapat tetiba dah nak berpisah pulak dan lepas ni tak tau bila pulak boleh jumpa, tapi itah harap sangat yang Allah akan pertemukan kita suatu hari nanti , insyaAllah, sekarang ni itah serahkan segala-galanya pasal kita pada Allah , mungkin akan ada jalan terbaik untuk kita ,itah tetap sayangkan ajmal . . amin

Rabu, 30 Januari 2013

QalamBand


assalamualaikum

moshi-moshi
koninchiwa
Irasshaimase

watashi nashitah nes'

haha,bajet cakap bahasa jepun jap
btw boleh sikit-sikit je
okey

kyou, itah nak masukkan entry tentang kumpulan QalamBand
siapa kenal ? angkat tangan . . haha buat macam boleh nampak
tapi kebanyakkan masih belum kenal lagi QalamBand
okey , never mind
so dekat entry ni itah nak kenalkan siapa itu QalamBand
kalau berminat boleh teruskan membaca eh
kalau tak berminat, tak ada apa-apa yang boleh nak kata
takkan nak paksa kut
" eh, kalau kau tak baca entry aku, aku baling kau dengan penyapu tak kawin sampai ketua nanti "
haha , itah tak kejamlah sampai macam tu
sorry-sorry merapu pulak

now kita teruskan cerita pasal QalamBand ni
tapi sebelum tu itah nak kasi tau dulu, itah pun baru kenal je QalamBand ni
so kalau tersalah apa-apa pasal QalamBand harap maaf tau !!
itah mula boleh kenal QalamBand ni masa tengok tv9(dekat di hati)
masa tu rancangan nasi lemak kopi o'
first tengok dorang menyanyi
ouh, sedap suaranya
orangnya pun comel-comel berlaka but minat suara je okey
kebanyakkan itah tengok dekat QalamBand fanpages banyak golongan perawan-perawan
meminati QalamBand tapi tak hairanlahkan
okey, promot sikit link dorang punya fanpages " https://www.facebook.com/QalamBand?fref=ts "
kalau berminat boleh seach dan tekan button "LIKE"
a'ah mudah je kan?

okey, itah ada baca juga sikit-sikit tentang QalamBand punya intro
walaupun masih muda tapi dorang masih berjiwa jiwang
mengketengahkan lagu-lagu lama
esh-esh, susahkan nak cari budak-budak muda zaman sekarang menyanyi lagu lama-lama
kebanyakkan lagu rep
aduhai, sakit telinga mendengar
tapi baru-baru ni, ada itah dengar tak silap masa maulidur rasul kut
a'aah, selawat nabi pun dorang dah buat rep
nauzubillah. . ohoiii

okey-okey, dah habis cerita
sambung balik pasal QalamBand ye
untungkan !! umur masih jagung tapi dah boleh buat duit sendiri
bukan tu saja, malah dah jadi terkenal
ouhs, rezeki-rezeki
okey , yang itah tahu tentang dorang sikit-sikit eh
umur dorang semua dalam lingkungan 17-19
kalau tak silaplah
kalau silap tolong perbetulkan ye!!
dekat sini itah difahamkan
dorang ni semua satu sekolah
tapikan ada satu soalan yang masih belum terjawab dekat kotak fikiran ni
hum , macam mana dorang boleh kenal satu sama lain then tubuhkan group sings ni?
tolong jawab eh ,if siapa tau boleh talk-talk dengan itah dekat " https://www.facebook.com/itah.citah "
facebook owner this blog punyer
haha

okeylah , dah agak panjang dah kot entry kali ni pasal QalamBand
semoga korang sudi membaca and opps kalau blog tak lawa btw itah edit sendiri tahun lepas
tahun ni belum up grade lagi skin blog ni
payah memcari kode html
babye semua
semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang

eh, wait-wait please support me to get 'A' in result SPM next month
doa-doakan ye !!
terima kasih
sayang semua
kat sini itah letakkan gambar QalamBand bagi yang tak kenal tu bolehlah tengok
rupa bebudak QalamBand ni
bagi yang kenal tu , tak apa (^_^)v peace







terima kasih kerana sudi terjah entry ni


Isnin, 28 Januari 2013

maafkan saya

hye, assalamualaikum semua
dan selamat petang
lama tak up date blog ni . . rindunya
now i'm back !!
tapi tak segembira hari-hari lain
i'm hurt my beloved boy
sekarang dia dah tak berapa nak kisah dengan itah
sedihkan? hati mana tak terasa kalau orang yang kita sayang tetiba lain dengan kita

itah taulah yang itah salah, itah tak sepatutnya cakap macam tu dengan ajmal
tapi takkan sampai nak menjauh kot
semalam cakap telefon ingatkan dah elok tapi dalam mesej tadi masih lagi macam tu
teruk sangatkah? dah benci sangatkah dengan itah ?
tapi kenapa kalau benci cakap dah maafkan
kenapa?
tolonglah jangan buat macam ni
macam nak menjauhkan diri ja
kalau dah benci cakap ja
itah tak akan ganggu hidup ajmal lagi
kalau ajmal buat macam ni tau tak sakit nak tanggung
kalau dah rasa tak boleh nak maafkan dan terima itah macam dulu
baik , itah pergi dari hidup ajmal
tapi dalam hati itah, itah tak sanggup tinggal ajmal
itah dah boleh sayang ajmal dan semakin sayang
walaupun orang cakap dia memang hensome tapi itah memang tak boleh nak nampak
sebab itah sayangkan ajmal bukan sebab rupa
sememangnya itah ikhlas sayangkan ajmal walaupun hakikatnya
ikhlas tu hanya Allah yang tau

walaupun ajmal buat macam tu
itah tetap sedapkan hati sendiri dan cakap " mungkin ajmal perlukan waktu "
tapi kadang-kadang perasaan wasangka ni datang jugak
" cakap ajmal dah ada orang lain dan mungkin nak lupakan itah "
okey semalam masa ajmal call then puji kawan ajmal tu
itah rasa something tapi itah tak kisah tu hak ajmal nak puji siapa pun
nak suka siapa
tapi tolonglah, itah janji itah tak akan ulang lagi salah tu
itah janji itah akan berubah dah ubah perangai itah tu
sebab itah tak sanggup kehilangan ajmal dan kalau ajmal pergi dari itah
itah dah janji dengan hati itah "tak akan ada orang lain lagi yang akan hadir dalam hidup itah"
tapi takpa itah tunggu ajmal
mungkin ambik masa yang panjang kan untuk ajmal nak maafkan itah
okeylah, wasalam


Selasa, 1 Januari 2013

welcome 2013


assalamualaikum . .
hai semua
apa khabar? harap sihat-sihat semuanya
now dah masuk tahun baru dah
so mulakan azam yang baru eh
yang 2012 tu biarkan ianya menjadi kenangan abadi kita
walaupun dah lepas tapi tetap segar di ingatan

hah, musim cuti pun dah tamat and now adik-adik semua dah mula bersekolah
ni tahun pertama itah bergelar sebagai budak biasa dan bukan budak sekolah dah
wah tetiba rindu pulak zaman sekolah
betullah macam cakap cikgu
kita akan rindukan zaman sekolah bila ianya dah berlalu
dekat sekolah ada cikgu yang selalu marah, beri kerja sekolah , dan macam-macam lagilah
sememangnya itah rindu semua tu
rindu kawan-kawan
kalau bukak sekolah je , mesti jumpa sembang sampai balik sekolah
al-maklumlah cuti-cuti tak dapat jumpa kawan-kawan
ada yang kerja, balik kampunglah macam-macam lagi

bagi itah tahun 2012 cukup banyak kenangan
dan banyak juga mengubah hidup itah
tapi itah harap tahun 2013 ni akan menjadi tahun yang lebih kenangan yang manis lagi
insyaAllah . .

kadang-kadang tu bila duk sensorang itah teringat semua kenangan kat sekolah
tapi yang paling itah tak boleh lupa
kenangan dengan cikgu shafini
"cikgu saya rindu cikgu"
itah pernah merajuk dekat cikgu tu sebab dia ajar itah macam tak bersungguh-sungguh ja macam dia ajar orang lain
masa tu itah rasa sedih sangat
itah ni tak pandai matematik
dia boleh buat ajar macam tu ja
lepas tu waktu balik dia tanya itah "paham ke?"
dia buat tak tahu ja then dia panggil nama itah banyak kali
itah tahu jugak
then masa last tu itah balik terus
tak cakap apa pun dengan dia and tak salam pun dia
bukan bermaksud nak kurang ajar tapi itah memang taak boleh kawal diri kalau marah
tapi masa nak jawab paper matematik SPM dia datang belakang itah then peluk itah
dia cakap "semoga berjaya , jawab elok-elok !"
tak sangka itah dia boleh buat macam tu
ya Allah masa tu terharu sangat
memang paper 1 matematik tu susah tepi dengan perlakuan cikgu tu buatkan itah bersemangat sangat nak jawb
"cikgu maafkan saya !,saya sayang cikgu!"

okeylah , now tengah cari kerja
but tak jumpa lagi
adoi duit pun dah kering sangat ni
susah hati betul
nak beli apa pun susah
dah agak panjang kut itah bercerita ni
maaflah ye ! pembaca yang cute sekalian
selamat menyambut tahun baru and for all yang masih bergelar school student
selamat bersekolah
belajar rajin-rajin tahu !! semoga kejayaan milik anda