Rabu, 30 Januari 2013

QalamBand


assalamualaikum

moshi-moshi
koninchiwa
Irasshaimase

watashi nashitah nes'

haha,bajet cakap bahasa jepun jap
btw boleh sikit-sikit je
okey

kyou, itah nak masukkan entry tentang kumpulan QalamBand
siapa kenal ? angkat tangan . . haha buat macam boleh nampak
tapi kebanyakkan masih belum kenal lagi QalamBand
okey , never mind
so dekat entry ni itah nak kenalkan siapa itu QalamBand
kalau berminat boleh teruskan membaca eh
kalau tak berminat, tak ada apa-apa yang boleh nak kata
takkan nak paksa kut
" eh, kalau kau tak baca entry aku, aku baling kau dengan penyapu tak kawin sampai ketua nanti "
haha , itah tak kejamlah sampai macam tu
sorry-sorry merapu pulak

now kita teruskan cerita pasal QalamBand ni
tapi sebelum tu itah nak kasi tau dulu, itah pun baru kenal je QalamBand ni
so kalau tersalah apa-apa pasal QalamBand harap maaf tau !!
itah mula boleh kenal QalamBand ni masa tengok tv9(dekat di hati)
masa tu rancangan nasi lemak kopi o'
first tengok dorang menyanyi
ouh, sedap suaranya
orangnya pun comel-comel berlaka but minat suara je okey
kebanyakkan itah tengok dekat QalamBand fanpages banyak golongan perawan-perawan
meminati QalamBand tapi tak hairanlahkan
okey, promot sikit link dorang punya fanpages " https://www.facebook.com/QalamBand?fref=ts "
kalau berminat boleh seach dan tekan button "LIKE"
a'ah mudah je kan?

okey, itah ada baca juga sikit-sikit tentang QalamBand punya intro
walaupun masih muda tapi dorang masih berjiwa jiwang
mengketengahkan lagu-lagu lama
esh-esh, susahkan nak cari budak-budak muda zaman sekarang menyanyi lagu lama-lama
kebanyakkan lagu rep
aduhai, sakit telinga mendengar
tapi baru-baru ni, ada itah dengar tak silap masa maulidur rasul kut
a'aah, selawat nabi pun dorang dah buat rep
nauzubillah. . ohoiii

okey-okey, dah habis cerita
sambung balik pasal QalamBand ye
untungkan !! umur masih jagung tapi dah boleh buat duit sendiri
bukan tu saja, malah dah jadi terkenal
ouhs, rezeki-rezeki
okey , yang itah tahu tentang dorang sikit-sikit eh
umur dorang semua dalam lingkungan 17-19
kalau tak silaplah
kalau silap tolong perbetulkan ye!!
dekat sini itah difahamkan
dorang ni semua satu sekolah
tapikan ada satu soalan yang masih belum terjawab dekat kotak fikiran ni
hum , macam mana dorang boleh kenal satu sama lain then tubuhkan group sings ni?
tolong jawab eh ,if siapa tau boleh talk-talk dengan itah dekat " https://www.facebook.com/itah.citah "
facebook owner this blog punyer
haha

okeylah , dah agak panjang dah kot entry kali ni pasal QalamBand
semoga korang sudi membaca and opps kalau blog tak lawa btw itah edit sendiri tahun lepas
tahun ni belum up grade lagi skin blog ni
payah memcari kode html
babye semua
semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang

eh, wait-wait please support me to get 'A' in result SPM next month
doa-doakan ye !!
terima kasih
sayang semua
kat sini itah letakkan gambar QalamBand bagi yang tak kenal tu bolehlah tengok
rupa bebudak QalamBand ni
bagi yang kenal tu , tak apa (^_^)v peace







terima kasih kerana sudi terjah entry ni


Isnin, 28 Januari 2013

maafkan saya

hye, assalamualaikum semua
dan selamat petang
lama tak up date blog ni . . rindunya
now i'm back !!
tapi tak segembira hari-hari lain
i'm hurt my beloved boy
sekarang dia dah tak berapa nak kisah dengan itah
sedihkan? hati mana tak terasa kalau orang yang kita sayang tetiba lain dengan kita

itah taulah yang itah salah, itah tak sepatutnya cakap macam tu dengan ajmal
tapi takkan sampai nak menjauh kot
semalam cakap telefon ingatkan dah elok tapi dalam mesej tadi masih lagi macam tu
teruk sangatkah? dah benci sangatkah dengan itah ?
tapi kenapa kalau benci cakap dah maafkan
kenapa?
tolonglah jangan buat macam ni
macam nak menjauhkan diri ja
kalau dah benci cakap ja
itah tak akan ganggu hidup ajmal lagi
kalau ajmal buat macam ni tau tak sakit nak tanggung
kalau dah rasa tak boleh nak maafkan dan terima itah macam dulu
baik , itah pergi dari hidup ajmal
tapi dalam hati itah, itah tak sanggup tinggal ajmal
itah dah boleh sayang ajmal dan semakin sayang
walaupun orang cakap dia memang hensome tapi itah memang tak boleh nak nampak
sebab itah sayangkan ajmal bukan sebab rupa
sememangnya itah ikhlas sayangkan ajmal walaupun hakikatnya
ikhlas tu hanya Allah yang tau

walaupun ajmal buat macam tu
itah tetap sedapkan hati sendiri dan cakap " mungkin ajmal perlukan waktu "
tapi kadang-kadang perasaan wasangka ni datang jugak
" cakap ajmal dah ada orang lain dan mungkin nak lupakan itah "
okey semalam masa ajmal call then puji kawan ajmal tu
itah rasa something tapi itah tak kisah tu hak ajmal nak puji siapa pun
nak suka siapa
tapi tolonglah, itah janji itah tak akan ulang lagi salah tu
itah janji itah akan berubah dah ubah perangai itah tu
sebab itah tak sanggup kehilangan ajmal dan kalau ajmal pergi dari itah
itah dah janji dengan hati itah "tak akan ada orang lain lagi yang akan hadir dalam hidup itah"
tapi takpa itah tunggu ajmal
mungkin ambik masa yang panjang kan untuk ajmal nak maafkan itah
okeylah, wasalam


Selasa, 1 Januari 2013

welcome 2013


assalamualaikum . .
hai semua
apa khabar? harap sihat-sihat semuanya
now dah masuk tahun baru dah
so mulakan azam yang baru eh
yang 2012 tu biarkan ianya menjadi kenangan abadi kita
walaupun dah lepas tapi tetap segar di ingatan

hah, musim cuti pun dah tamat and now adik-adik semua dah mula bersekolah
ni tahun pertama itah bergelar sebagai budak biasa dan bukan budak sekolah dah
wah tetiba rindu pulak zaman sekolah
betullah macam cakap cikgu
kita akan rindukan zaman sekolah bila ianya dah berlalu
dekat sekolah ada cikgu yang selalu marah, beri kerja sekolah , dan macam-macam lagilah
sememangnya itah rindu semua tu
rindu kawan-kawan
kalau bukak sekolah je , mesti jumpa sembang sampai balik sekolah
al-maklumlah cuti-cuti tak dapat jumpa kawan-kawan
ada yang kerja, balik kampunglah macam-macam lagi

bagi itah tahun 2012 cukup banyak kenangan
dan banyak juga mengubah hidup itah
tapi itah harap tahun 2013 ni akan menjadi tahun yang lebih kenangan yang manis lagi
insyaAllah . .

kadang-kadang tu bila duk sensorang itah teringat semua kenangan kat sekolah
tapi yang paling itah tak boleh lupa
kenangan dengan cikgu shafini
"cikgu saya rindu cikgu"
itah pernah merajuk dekat cikgu tu sebab dia ajar itah macam tak bersungguh-sungguh ja macam dia ajar orang lain
masa tu itah rasa sedih sangat
itah ni tak pandai matematik
dia boleh buat ajar macam tu ja
lepas tu waktu balik dia tanya itah "paham ke?"
dia buat tak tahu ja then dia panggil nama itah banyak kali
itah tahu jugak
then masa last tu itah balik terus
tak cakap apa pun dengan dia and tak salam pun dia
bukan bermaksud nak kurang ajar tapi itah memang taak boleh kawal diri kalau marah
tapi masa nak jawab paper matematik SPM dia datang belakang itah then peluk itah
dia cakap "semoga berjaya , jawab elok-elok !"
tak sangka itah dia boleh buat macam tu
ya Allah masa tu terharu sangat
memang paper 1 matematik tu susah tepi dengan perlakuan cikgu tu buatkan itah bersemangat sangat nak jawb
"cikgu maafkan saya !,saya sayang cikgu!"

okeylah , now tengah cari kerja
but tak jumpa lagi
adoi duit pun dah kering sangat ni
susah hati betul
nak beli apa pun susah
dah agak panjang kut itah bercerita ni
maaflah ye ! pembaca yang cute sekalian
selamat menyambut tahun baru and for all yang masih bergelar school student
selamat bersekolah
belajar rajin-rajin tahu !! semoga kejayaan milik anda