Isnin, 25 Mac 2013

keputusan spm?

hye. . assalamualaikum
dan selamat malam semua
miss you all sangat-sangat. . miss itah tak korang?
apa?  tak rindu kita erk? hum sedihnya !!hehe
okeylah kalau korang dah tak rindu itah
itah nak terus sambung entry itah dekat tajuk kat atas tu

hye kepada batch 95 tu macam mana result korang macam mana?
adakah okey ataupun sebaliknya
hum. . usah difikirkan sangat
korang dapat tuai hasil yang korang sendiri usaha okey
yang result tak elok tu jangan sedih-sedih maybe tak ada rezeki walaupun korang dah berusaha
ingat tau . . jangan sesekali putus asa ye sayang !!
rezeki Allah tu ada untuk setiap hambaNya . . insyaAllah
bagi yang tak ada perluang dalam akedemik tu bolehlah aply bahagian kemahiran
antara nak dengan taknak je

result itah . . alhamdulillah okeylah jugak walaupun tak berapa cemerlang seperti yang diharapkan
berpatutanlah dengan apa yang itah buat. . itah bukan usaha sungguh-sungguh pun
heee. . leka dengan laman sosial dan kawan-kawan hehe
teruknya itah
now. . itah harap sangat dapatlah tawaran dekat upm bahagian pertanian yang itah mintak tu
harap-harap dapatlah. .  amin
doakan itah ye korang. .

okeylah selamat maju jaya korang then yang dah malas semua perkara
bolehlah tunggu "STP" haha
what means "STP" ? nak tahu ke? okey itah bagi tahu means is " SIAP TUNGGU PEMINANGAN " tu bagi yang perempuanlah bagi yang silelakinya itah tak tahulah kalau korang malas jugak
ingat ye . . parents korang bukan selamanya nak hidup then tolong tongkatkan langit untuk korang
so jangan malas-malas okey

and the last . . for my hubby . . wou !! itah dah ada hubby sekarang hehe
okey nak pesan dekat hubby itah ni . . walaupun apa yang dia buat , yang dia pilih dan jauh mana pun dia berada dari itah . . itah selalu doakan untuk dia sebab dialah insan yang boleh buat itah sayangkan dia after capital "B". . sebut pasal capital b. . ni itah nak cerita sikit . . dah dua hari berturut-turut itah mimpi dia. . agaknya dah kenapa erk? anyone boleh bagi itah jawapan tak? kalau boleh mention itah dekat twitter okey @nashitah95 . . terima kasih

okeylah setakat ni saja entry itah kali ini . . bye semua muah untuk korang yang sudi baca entry kali ni

Ahad, 10 Mac 2013

sunday story

hye semua !!
assalamualaikum . .
apa khabar korang kat sana tu ? itah kat sini sihat walafiat saja
syukurlah Allah dah berikan kita nikmat kesihatan dan nikmat tu kebanyakkan manusia
tak pernah sedar tapi bila dah jatuh sakit barulah nak sedar nikmat Allah yang satu tu kan?
jangan jadi manusia yang macam tu okey
if korang islam

okey now itah nak mulakan cerita itah
sudi dengar tak ? eh . . eh  .
silap . . maaf
baca . .
kalau sudi baca . . teruskan ikuti cerita yang panjang dekat blog itah yang tak seberapa ni ye
aaaarggghhhh. . tetiba rasa nak menjerit pulak hehe
lepaskan tension sekejap
bagi yang sudi pinjam telinga jap nak bagi korang dengar
okey . . itah mulakan
yeahh . .  alhamdulillah semalam pergi test dah dapat lesen "L"
seronoknya
almaklumlah orang baru nak ambik lesen
korang tak apalah dah ada lesen dah
beruntunglahkan?
oush . satu hari dekat kangar semalam
eh . . penat sangat tau
lepas tu balik petang sempat rehat sekejap je
then terus siap-siap pergi hantar sepupu pergi stesen bas dekat alor star pulak
beruntung dia jadi orang pandai  . . belajar tinggi-tinggi
now kejayaan dah bakal jadi milik dia
sekarang dia tengah praktikal dekat hospital segamat
wow jauh tapi tak apalah tu tempat kelahiran dia . . taklah rasa kekok sangat
then . lepas hantar dia
kitorang pergi ronda satu pekan alor star tu
ouhs . . best sangat
penat tadi terasa . . hilang terus
hehe . . macam mak itah cakaplah " mau bab berjalan yang dalam sakit-sakit sihat terus"
hehe . . macam-macamlah mak ni
okey lepas tu kitorang berhenti kejap dekat tempat apa tah namanya? lupa pulak itah hehe
tapi cantik tau!! cara dorang hias tempat tu . letak pokok-pokok lampu
subahanallah . . cantik yang amat tapi satu ja tak cantik kat tempat tu
banyak sangat pasangan belangkas darat yang bermadu asmara dekat situ
macam-macamlah dorang tu
ah !! lantaklah dorang
malas nak ambik kisah hal dorang jap lagi kata kita menyibuk jaga tepi kain dorang pulak
dorang tak tahu yang tu dosa
bila tengur mesti ada ayat pedas kena bidas
"ah !! macam kau tu tak pernah buat dosa"
now lantak doranglah
lepas singgah kejap kat situ
kitorang terus pergi dekat menara alor star yang sememangnya cantik
tapikan yang lawaknya
cari jalan nak masuk kat situ tak jumpa-jumpa
dua tiga kali pusing dekat tempat tu
silap jalanlah . .  terlepas jalanlah
macamm-macam
last-last . . alhamdulillah
jumpa jugak
kitorang lepak-lepak dekat situ lama jugak
makan-makan

then lepas penat lepak dekat situ
kitorang terus otw balik perlis semula
ouhs dah sampai rumah dekat pukul 12 tengah malam dah
tetiba mak sedara itah teringat nak call anak dia sebab masa kitorang sampai tu
anak lelaki dia masih belum balik rumah lagi
call banyak kali tapi tak dapat
kemudian teringat nak call kawan dia pulak
dapat then dorang bagitau berita buruk yang haikal excident
haikal azry
tu link facebook dia kalau korang nak tengok face dia boleh lah klik-klik situ okey
orangnya comel . .  manis-manis gitu

ingatkan dah sampai rumah bolehlah rehat dan tidur tapi lepas dapat berita tu terus naik kereta
otw pergi kangar terus
sampai dekat hospital tu
itah tak sempat pergi jenguk dia sebab dia tengah buat rawatan
luka teruk jugak katanya patah tangan
innalillah . .  semuanya ketentuan Allah
moto yang dia bawak tu remuk
kesian . .
lepas tu dah lama duduk dalam
yaAllah sejuknya badan itah ni
then ajak baliklah
dah sampai balik tu
dorang sembang kuat pulak alahai
dah bagi tahu yang itah ni sakit kepala tapi cakap kuat-kuat tu apa pasal
then letak-letak kepala yang terlalu sakit tu
terus mata ni terlelap maybe penat sangat kot
hehe . .  okeylah setakat tu jelah cerita itah kali ni ..
bye

Isnin, 4 Mac 2013

Al- fatihah

assalamualaikum dan selamat petang semua
hye . korang apa khabar? harap semuanya sihat berlaka
a'ah , nampak tak tajuk kat atas tu? al-fatihah kan
what for ? okey  al-fatihah tu untuk semua ahli polis yang terkorban
dalam serangan penceroboh di sabah.

marilah sedekahkan al-fatihah kepada arwah2 yang terkorban
besar sungguh pengorbanan mereka
sanggup korbankan nyawa mereka demi negara tercinta dan juga untuk semua rakyat malaysia
dan juga untuk keamanan negara

bayangkan kalau korang berada di tempat mereka , sanggup ke korang buat seperti
yang mereka lakukan?
sanggupkah? fikir-fikirlah!!.
mereka buat tu dengan ikhlas dan bukan buat-buat
tolong jangan libatkan politik dalam hal ni okey

cuba korang bayangkan mereka tu ayah korang or ahli keluarga korang
yang korang tunggu-tunggu sangat kepulangannya tetiba pulang sebagai mayat
apa perasaan korang ? hati mana yang tak terkilan
kalau tak terasa juga memang korang ni tak ada hati or hati dah mati sebab terlalu banyak sangat buat dosa
sampai Allah pun dah matikan hati korang tu
memang orang cakap senangkan tapi hati ahli keluarga mereka macam mana?
dahlah kehilangan orang tersayang lepastu orang tuduh buat-buat pulak
ingat nyawa ada ganti ke? tak adalah weh
so jangan lontarkan andaian korang yang tak munasabah tu
tolong hormat mereka
jasa mereka terlalu tinggi nilainya kalau nak dibandingkan hal politik ni
"SYAHID" !!
mereka sanggup korban nikmat dunia semata demi mempertahankan keamanan sejagat dan juga agama islam.
bukan senang manusia sekarang nak lepaskan semua nikmat kat dunia ni
dunia sekarang terlalu asyik dengan keseronokkan sehingga terlupa
siapa diri kita dan untuk apa kita disini

berkuasanya kita , sedarlah
ada lagi yang lebih berkuasa
okeylah , cukup setakat ni entry itah untuk kali ni
maaflah jika ada isi entry  ni menguris hati korang
sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang cacat dan cela itu datang dari itah sendiri
dan pesanan itah untuk budak SPM 2012 yang bakal dapat result

"good luck korang termasuk saya yang tulis ni jugak , hehe . banyak-banyakkanlah buat solat hajat, mintak kat ALLAH semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dilimpahkan rezekiNya. sesungguhnya tiada tempat lain untukkita meminta selain ALLAH dan kepada yang bukan islam , lakukanlah cara agama korang syorkan"

okeylah , selamat tinggal dan jazakallah bagi yang selalu support blog itah ni dan selalu melawat
sayang korang .harap dipanjangkan umur sehingga bertemu di entry yang lain okey