Isnin, 4 Mac 2013

Al- fatihah

assalamualaikum dan selamat petang semua
hye . korang apa khabar? harap semuanya sihat berlaka
a'ah , nampak tak tajuk kat atas tu? al-fatihah kan
what for ? okey  al-fatihah tu untuk semua ahli polis yang terkorban
dalam serangan penceroboh di sabah.

marilah sedekahkan al-fatihah kepada arwah2 yang terkorban
besar sungguh pengorbanan mereka
sanggup korbankan nyawa mereka demi negara tercinta dan juga untuk semua rakyat malaysia
dan juga untuk keamanan negara

bayangkan kalau korang berada di tempat mereka , sanggup ke korang buat seperti
yang mereka lakukan?
sanggupkah? fikir-fikirlah!!.
mereka buat tu dengan ikhlas dan bukan buat-buat
tolong jangan libatkan politik dalam hal ni okey

cuba korang bayangkan mereka tu ayah korang or ahli keluarga korang
yang korang tunggu-tunggu sangat kepulangannya tetiba pulang sebagai mayat
apa perasaan korang ? hati mana yang tak terkilan
kalau tak terasa juga memang korang ni tak ada hati or hati dah mati sebab terlalu banyak sangat buat dosa
sampai Allah pun dah matikan hati korang tu
memang orang cakap senangkan tapi hati ahli keluarga mereka macam mana?
dahlah kehilangan orang tersayang lepastu orang tuduh buat-buat pulak
ingat nyawa ada ganti ke? tak adalah weh
so jangan lontarkan andaian korang yang tak munasabah tu
tolong hormat mereka
jasa mereka terlalu tinggi nilainya kalau nak dibandingkan hal politik ni
"SYAHID" !!
mereka sanggup korban nikmat dunia semata demi mempertahankan keamanan sejagat dan juga agama islam.
bukan senang manusia sekarang nak lepaskan semua nikmat kat dunia ni
dunia sekarang terlalu asyik dengan keseronokkan sehingga terlupa
siapa diri kita dan untuk apa kita disini

berkuasanya kita , sedarlah
ada lagi yang lebih berkuasa
okeylah , cukup setakat ni entry itah untuk kali ni
maaflah jika ada isi entry  ni menguris hati korang
sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang cacat dan cela itu datang dari itah sendiri
dan pesanan itah untuk budak SPM 2012 yang bakal dapat result

"good luck korang termasuk saya yang tulis ni jugak , hehe . banyak-banyakkanlah buat solat hajat, mintak kat ALLAH semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dilimpahkan rezekiNya. sesungguhnya tiada tempat lain untukkita meminta selain ALLAH dan kepada yang bukan islam , lakukanlah cara agama korang syorkan"

okeylah , selamat tinggal dan jazakallah bagi yang selalu support blog itah ni dan selalu melawat
sayang korang .harap dipanjangkan umur sehingga bertemu di entry yang lain okey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan