Selasa, 30 April 2013

my 'hubby'

hye , assalamualaikum dan selamat malam semua
malam ni itah nak cerita pasal hubby itah a.k.a bf itah
cakap hubby macam ter'overlah pulakkan?
okey , harap sudi-sudilah baca erk

itah nak tulis ni pun sebab itah rindu sangat-sangat dekat dia
tapi bila dia tanya.... kata tak pun hehe
malu sebenarnya

okey , itah introkan dekat korang semua pasal bf itah erk

nama penuh : muhammad Ajmal bin zamari
nick name : ajmal
umur : 18 tahun ( 2013 ) tapi belum cukup lagi

hah , sikit-sikit intro pasal itah punya bf,
okey , mari sini itah nak cerita sikit , dia seorang yang peramah a.k.a mulut murai dan terkenal dengan
hobinya yang suka bercakap. itah mula-mula tu rasa rimas jugak sebab itah ni seorang yang pendiam tapi
lama-lama rasa seronoklah pulak , dengar dia bercerita, mereka cerita and macam-macam lagilah
tapi ada satu cerita ni , yang dia selalu cerita dekat itah ... cerita mengenai someone
korang nak tahu siapa
okey itah cerita , dia seorang perempuan ...itah ulang ni P.E.R.E.M.P.U.A.N   bukan lelaki mahupun pondan
hehe , seorang gadis yang comel , mempunyai dua lesung pipit yang agak dalam di pipinya , haha takkan di kaki pulak
seorang yang berkulit cerah, yang penting dia memang perfectlah untuk mana-mana lelaki
mesti korang nak tahu siapa nama budak perempuan yang itah maksudkan ni kan? hum , nama dia sama canti jugak dengan orangnya tapi itah cuma kenal nama dalam facebook dia saja, terlupa nak tanya bf siapa nama sebenar budak perempuan tu a.k.a    kawan baik bf
okey , nama dia A.T.I.Q.A.H
cantikkan nama dia?
okey , bf selalu cerita pasal budak perempuan tu , puji-puji dia.... eh , depan-depan kita pulak tu tapi chill lah
takkan hal kecik macam tu nak mengamuk kot , first tu memang tak lansung jeles tapi dah memuji then selalu sangat banding-banding banyak kali , bohonglah kalau itah cakap itah ni tak lansung jeles
okey itah mengaku .... itah jeles , then sampai satu hari tu itah fikir
patutkah itah dengan bf sedangkan dia dah nampak macam angau semacam dengan budak perempuan tu
hum , itah ni jenis tak mau paksa-paksa
kalau dah tak suka clash terus haha , macam tak ada perasaan saja kan
tapi bf yang tak nak dia cakap , tu kawan baik saja
kalau dia nak takle budak perempuan tu mesti dari dulu lagi
okey , fine
itah cuba faham bf

bf ni memang banyak peminat , fuhhh .... masalah betul kalau orang jenis peramah ni
tapi tak kisah , tu hak dia
pernah dia tanya tak jeles ke? haha
buat lawaklah bf ni .... tak ada maknanya nak jeles
tapi kalau lebih-lebih sangat memang ada yang kena makan bahasa-bahasa lawa dari itahlah
bf ni memang seorang yang bosan tapi itah cuba paham dia , mana tak bosannya
bukan tau nak mesej lansung macam orang lain
lepas tu call ....ish sekali-sekala saja
sabar je lah
dia duduk jauh mana itah nak tahu dia curang ke tak tapi biarlah
dia nak curang ke apa ke , asalkan itah tak tahu sudah
tahu siap engkau bf

hobi bf satu lagi , dia bila call kalau tak menyanyi , tak sah
dia suruh dengar lagu nasyid , al-maklumlah orang bekas sekolah agama katakan
tapi serius itah cakap , cuba korang dengar lagu nasyid ... tenang saja dengar daripada lagu-lagu biasa ni
tak percaya... dengan apa yang itah cakap ni.... try lah buat
haha , sakit telinga kadang-kadang dengar dia menyanyi tu tapi bak kata orang kerana sayang ku biarkan diri ini merana asalkan kau bahagia haha ... what the fish
cukup-cukuplah itah merana kerana kecewa , cinta dikhianati
sekarang ni itah dah taknak lagi air mata ni jatuh sia-sia sebab cinta manusia
bukan cinta Allah
itah memang kalau boleh itah nak berubah sepenuhnya
dan sekarang ni itah tengah cuba untuk berubah... cukup Allah dah bagi peluang itah hidup kat dunia ni lagi
lepas apa yang dah jadi pada itah ,itah syukur sangat , lama mana itah menanggung sakit
start tu , itah nekad nak berubah , itah mula pakai tudung nak ke mana-mana , dah tak ada free-free hair ni
dan syukur itah dah boleh buat , itah sekarang ni tengah muhasabah diri nak tukar cara pakaian dan insyaAllah suatu hari nanti itah nak pakai macam mana perempuan muslimah pakai , sejuk je mata tengokan?
bf sekarang ni pun , alhamdulillah selalu jugak ingatkan itah tentang solat
bersyukur sangat

okeylah itah out dulu , selamat malam semua

Jumaat, 26 April 2013

hidup :)

hye semua , apa-apa pun kita mulakan dengan BISMILAH dulu , baru berkat semua kerja kita nak
buat nanti kan? :)

Assalamualaikum ......

dah lama rasanya itah tak up date blogkan? hum , rindu itak tak? cakaplah rindu erk?
hehe , sayang korang semua
okey , wait-wait before that itah nak tanya yang batch 95 , korang nak masuk form 6 tak? dah check nama
korang tak? kalau dah baguslah
itah dapat , alhamdulillah but rasa was-waslah nak masuk sebab ada yang kata susah and ada yang kata senang
yang mana satu betul pun tak tahu ni tapi bila ingat ayat ni ' belum cuba belum tahu' rasa macam nak try masuk dulu , tadi dah discuss dengan mak ayah , dorang okey je tapi dorang cakap kalau nak masuk tu janji belajar sungguh-sungguh jangan main-main
ya Allah , apa yang perlu itah buat. nak tunggu upu punya keputusan bukan penyebab nak tolak tawaran tingkatan 6
ya Allah bantulah hambaMu yang kudus ini aminnnnnnn......

okey , sambung cerita lain pulak , lama dah tak cerita pasal my hubby. rasa nak ceritalah pulak pasal dia, bolehkan? korang sudi baca tak? please.... baca erk
sayang korang ketat-ketat ( poyo gila ayat ni )
hah , dah lama itah tak jumpa dia , agak dah masuk sebulan lebih dah, nak tahu sebab apa
sebabnya dia stay jauhlah....susah nak jumpa tapi tu bukan penghalang kitorang 
dah dua tahun relay ni .... hum dan itah tak tahu endnya nanti macam mana :(
walaupun sekuat mana cinta dan sayang itah pada dia tapi kalau Allah takdirkan dia bukan untuk itah
so apa hak itah , nak meraung menyiksa diri......pahit pun terpaksa telan jugaklah , bukan tak pernah hati ni dilukai, so chill lah , maybe akan adayang terbaik untuk itah seandainya dia bukan untuk itah kan?
insyaAllah , harap2 lah

hah , malas nak cerita pepanjang , sakit kepala ni ,,, so terima kasih bagiyang sudi baca ..... muah sekali dekat pipi kanan korang :) .....
selamat pagi bye

Isnin, 8 April 2013

masa depan

hye assalamualaikum semua pembaca blog itah
now im come back
lama tak update entry blog , nak kata bussy tu tak pun tapi
malas nak berblogging now sebab blog sekarang ni tak macam dulu lagi
kalau dulu hari-hari rasa nak update entry blog

okeylah itah nak sambung cerita itah . hye korang batch95 . lepas ni korang nak apply mana erk?
kolej , universiti , maktab and more?
okey , apa-apa jelah erk. asalkan tak menyesal dimasa depan ye
sekarang bukan masa kita untuk enjoy-enjoy lagi dah
now masa nak pilih jalan menuju masa depan, semua tu sekarang dah terletak ditangan kita sendiri bukan
orang lain
kena ingat tu semua.
kalau tak boleh pergi dalam bidang akedemik korang boleh apply dekat koley komuniti , IKM , IKBN ,ILP , POLITEKNIK dan lain-lain yang korang rasa ada menawarkan kemahiran.
kalau yang boleh pergi dalam bidang akedemik tu dan dapat result yang cemerlang , sudah tetntu pilih masuk universitikan?
ataupun kalau korang anak orang kaya , bolehlah apply masuk kolej
itah memang dah tak boleh masuk kolej sebab pendapatan keluarga cukup-cukup je
sememangnya itah bukan datang dari keluarga yang kaya okey sebab tu itah paham tahap mana kedudukan kewangan mak ayah itah .
itah dah taknak bebankan dorang lagi semata-mata nak belajar sedangkan result pun lintang pukang hasilnya.
tapi tu semua bukan pelemah semangat itah , itah nak usaha lagi kalau ada peluang . insyaAllah ada sebab itah percaya Allah tu ada dan sentiasa mendengar doa hambNya.

kadang-kadang semak kepala pikir pasal masa depan ni . kusut sangat
kalau boleh rasa macam nak jadi pokok ja

okeylah itah dah mengantuk dah ni . selamat malam semua