Jumaat, 24 Mei 2013

AL-FATIHAH buat ARIF OTHMAN

ASSALAMUALAIKUM

itah mulakan entry hari ni dengan lafaz BISMILLAHHIRAHMANIRAHHIM
syukur pada Allah masih memberikan kita peluang sekali lagi menghirup udaraNya.
jadi jangan sia-siakan perluang yang Allah beri pada kita ni.

mari .. itah nak mulakan entry
pertama kali itah nak korang yang beragama ISLAM terutamanya
tadah tangan korang dan niat dalam hati yang korang baca Al-Fatihah ni untuk Arif bin othman
amin... semoga Allah merahmati korang semua yang sudi sedekahkan Al-Fatihah kepada kawan saya
yang lebih di kenali sebagai mat arip.

mula-mula orang bagitahu dekat itah yang arif dah tak ada , itah tak percaya
serius itah lansung tak percaya
ingatkan main-main ja tapi rupa-rupanya betul
Ya Allah , masa tu macam tak boleh nak terima kenyataan ja yang dia sememangnya betul-betul dah tak ada
dia dah meninggal.
itah cuba tahan sebak dekat dada ni tapi itah tak kuat
last-last itah menangis jugak
itah teringin sangat nak tengok wajah dia buat kali terakhir tapi mungkin tak ada rezeki

orang cakap muka dia teruk sangat. lebam-lebam
kesian. dia mati sebab jatuh dalam sungai then moto yang dia naik tu hempap atas dia.
betul-betul kena dada dia , muka dia
mesti sakitkan dia masa nak meninggal tu. hanya tuhan saja yang tahu macam mana.

tadi last itah stalk FB dia sebelum didelete , maybe kawan-kawan dia or adik beradik dia yang delete FB dia. Alhamdulillah.
baru itah perasan yang status dia semua pasal mati
sebelum ni itah tak pernah pun perasan. kenapa ya? mungkin sebab itah manusia biasa yang tak mampu nak jangka sesuatu yang bakal berlaku ke depan. ya , betul tu .

last itah dapat jumpa dia pun. masa dekat kilang surubber dekat jejawi perlis. masa moto sepupu itah kena sabotaj someone. masa tu tengok dia sembang rancak sangat dengan makcik itah. maybe tak perasan itah. bila makcik itah cakap yang itah ada sekali. dia terus diam. mungkin malu. masa tu nak tergelak pun ada. arif-arif... dalam facebook punya rancak dia chat dengan itah. macam kenal lama, padahal baru tahun lepas kenal. tapi dia baik, mungkin sebab tu buat itah rasa terkilan sangat dengan kematian dia tu. dua tiga minggu ni, dia rajin sangat suruh orang kirim salam dia buat itah. naik malu pun ada. nak tahu sebab apa. sebab orang yang sampaikan salam dia tu selalu sakat-sakat. cakap mungkin dia suka dekat itah tapi itah keras-keras nafikan. itah cakap, dia saja-saja tu kirim salam. kawan-kawankan. apa salahnya.

ARIF... tadi aku p kubur hang. kali PERTAMA dalam seumur hidup aku, aku masuk situ 'TANAH PERKUBURAN' sebelum ni tak pernah. aku tak berani nak masuk, aku takut tapi kali ni sebab hang baik dengan aku, aku kuatkan semangat akau masuk situ. hang dengarkan aku bacakan Al-Fatihah untuk hang?. itu ja yang aku mampu bagi, aku janji dengan hang yang aku akan selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk hang sebab hang kawan terbaik aku. ARIF aku tau hang dah tak dapat baca ni semua, tapi ni semua luahan hati aku. walaupun hang dah tak ada, aku tetap akan selalu ingat hang walaupun hang malu dengan aku. kenapa hang pergi cepat sangat ARIF? aku ada banyak soalan sangat yang nak tanya dekat hang, SALAM-SALAM hang pun aku masih belum jawab lagi, sekarang aku jawab semua salam yang hang kirim dekat aku ya ARIF. wasalam.... maafkan aku sebab gaduh dengan hang pasai politik kemudian cakap hang bakal pemimpin calon 'PARTI BOTOI KICAP' maafkan aku. aku sayang hang, aku dah anggap hang macam adik aku dah. tadi masa aku p kubur hang, aku sedih sangat. orang-orang tu tanam hang..dalam tanah, mesti hang takutkan? kawan yang dulu periang sekarang dah tak ada, bila aku on facebook, aku teringat hang, kalau aku buat status hang mesti tak miss like status aku, bila aku upload gambaq hang mesti tak miss letak komen 'COMEL'... aku akan rindu semua tu. mungkin aku dah tak akan dapat lagi perkataan 'COMEL' tu dari hang lagi. aku harap hang tenang. selamat tinggal ARIF. tadi aku menangis sebab hang, maaflah. aku dah cuba kuat tapi tak boleh sebab aku sayang hang.

selamat malam semua. itah akhiri entry kali ni dengan wasalam. dah tak mampu lagi.



Sabtu, 11 Mei 2013

selamat hari ibu

ASSALAMUALAIKUM ....

ehem... ehem ... mulakan dengan BASMALAH dulu okey
baru berkat
kitakan umat islam
apa-apa nak buat wajib mulakan dengan nama ALLAH dulu kan?

okey , hari ini itah nak tulis blog tentang apa? hah , tengok tajuk tau , tengok
esok hari AHAD ,  12 MEI 2013
hari yang paling bermakna untuk semua golongan wanita yang bergelar IBU
oushhh ... beruntungnya

pertama sekali itah nak ucap dekat mak itah iaitu " KHALIJAH BINTI HAMID "
"SELAMAT HARI IBU ... mak , shitah sayang mak sangat-sangat walaupun kadang-kadang tu ada menyakitkan hati mak , maaf ya ... tak senaja"

haish , sedihnya tahun ni itah tak cukup bajet nak belikan hadiah untuk mak
korang beli apa ha hadiah untuk mak korang esok?
mesti mak korang banggakan dapat anak macam korang , tak sia-sia dia mengandung dan melahirkan korang

dalam facebook malam ni tak banyak orang update status tulis "SELAMAT HARI IBU" , kebanyakkan pasal BF/GF je , sayu hati
macam mak korang lansung tak berharga
ingat ya ... IBU,MAMA,MAK,UMMI atau apa-apa saja panggilan yang korang panggil dekat mak korang
dia adalah satu-satunya insan yang sanggup berkorban untuk kita
korang patut hargai dia , yes memang hari ibu perlu sambut tiap-tiap hari bukannya setahun sekali
tapi pernah ke korang update hari-hari status tentang mak korang ? memang tak adalah , yang banyak pun pasal cinta
apa salahnya , hari ni ... kita ramai-ramai saling memperingati hari yang sangat sangat bermakna untuk seorang insan yang bergelar ibu ...

bila kita susah , sedih .. siapa yang kita cari? siapa ? mesti ibu kan?
kalau kita senang .. kenapa tak nak kongsi dengan ibu? kita lebih rela kongsi dengan kawan-kawan , BF/GF kan? kenapa , kenapa? tak perlu jawab dekat itah ... just bagi ruang dekat hati korang untuk renungkan ya

ibu tak akan pernah ada peganti , carilah seluruh pelusuk dunia Allah ni , nescaya korang tak akan bertemu dengan wanita yang sehebat ibu korang ....
so hargailah dia , walau siapa pun dia , macam mana pun dia ,dia tetap ibu kita , ibu yang melahirkan kita dekat dunia ni ... dia sanggup korban kan nyawa dia demi kita ...

okeylah malas nak tulis panjang-panjang , so itah , nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar status IBU dekat MALAYSIA ni .... semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki aminnnnn... :)

Selasa, 7 Mei 2013

al-fatihah

assalamualaikum ..
hari ni itah bawa cerita sedih
ya Allah memang tak ada mood lansung hari ni
mungkin rasa tertampar sama dengan penderitaan sahabat itah
ekin ....
baru lapan bulan kawin dah kehilangan untuk selamanya

kadang-kadang tu itah terfikir , bila waktu Allah nak bagi dia kebahagiaan yang abadi untuk diri dia dekat dunia ni? ya Allah aku mohon engkau berilah dia kebahagiaan lepas ni . aku dah tak sanggup nak tengok dia merana . pedih sangat hati ni bila tengok airmata dia . kenapa perlu uji dia sebegitu? . dari kecik sampai besar , dia dah tak ada kasih sayang dan baru nak dapat semula kasih sayang , kenapa tiba-tiba diragut ? kenapa ? ... tak layakkah dia untuk merasa bahagia macam orang lain rasa ?

masa dia umur 4 tahun , Allah dah ambik balik orang yang paling dia sayang ... mak dia , lepas tu dia hidup menumpang dengan orang lain , ayah dia kawin lain ... kesian sangat itah tengok hidup dia .. maklumlah duduk dengan orang , selalu kena marah

dia datang balik duduk dekat dengan itah , 2 tahun lebih .. lepas tu dia mintak nak duduk dengan mak tiri dia ... dia ingat mak tiri dia akan layan dengan baik tapi salah , mak tiri dia buat dia macam orang gaji , habis semua kerja dia kena buat . bila mak tiri dia paksa dia kawin dengan usia muda dia terima ,dia cakap mungkin boleh lari dari mak tiri dia , mungkin dia boleh senang .. ya memang dia senang dan bahagia , suami dia layan dia dengan elok , jaga dia .. itah pun selalu pergi jenguk dia dengan suami dia kalau ada masa lapang , suami dia cukup baik .. walaupun tengah kerja , sanggup balik kejap sembang-sembang adik beradik datang rumah .. bahagia sangat itah tengok dia dah senyum gembira dan itah selalu berdoa dalam hati biarlah kebahagiaan dia sekarang akan kekal selamanya .. tapi Allah tak makbulkan doa tu . tapi itah yakin , mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk dia
aminnnn ... harap-harap macam tu lah

petang kelmarin terkejut jugak masa dia mesej kata suami dia tak ada dah ... ya Allah , masa tu tetiba jiwa itah rasa sebak sangat , sebak sebab mengenangkan kehidupan dia lepas ni , apa yang akan jadi dekat dia dan anak dalam perut dia tu .. anak tu dah tak lama nak keluar , mesti dia sedih kan? tak sempat nak tengok rupa ayah dia macam mana . " aku tau hang penat fikir semua tu , aku tak ambik hati sikit pun , aku paham keadaan hang semalam ,dengan anak dalam perut tu lagi , apa-apa pun aku harap mak dengan adik ,kakak tiri hang tu akan jaga hang dengan elok walaupun sebelum ni depa banyak buat hang menderita , tau tak weh semalam aku penat tengok depa semua berlakon prihatin dekat hang , aku letih tengok air mata palsu mak tiri hang yang dah terlebih over daripada orang lain tu , dalam sedih-sedih boleh lagi aku tengok depa tanya hang pasal harta benda , ikhlas kah depa nak jaga hang weh? atau sebab harta benda yang laki hang tinggalkan dekat hang ? aku tengok semua kelaku depa weh , aku nampak semua "

Ekin , aku harap hang kuat , kuat hadapi semua ni .. insyaAllah aku tak akan berhenti berdoa dekat Allah untuk berikan hang bahagia , bukan bahagia yang seketika tapi bahagia untuk selamanya . dan aku nak tengok setakat mana permainan depa dekat hang .

wahai pembaca blog itah sekalian , jika anda semua beragama islam mari ,niatkan dalam hati yang AL-FATIHAH ni untuk ZAHARI suami kepada kawan itah iaitu NOR ASYIKIN HARIS , tadahkan tangan dan baca AL-FATIHAH . walaupun kita tak mampu nak selami hidup dia , nak rasai sedih dia , perih yang dia tanggung tapi sekurang-kurangnya kita dapat bantu dengan hadiah AL-FATIHAH . aminnnnnn...
semoga roh suaminya diletakkan dikalangan orang yang beriman disisi Allah ,

jenazah dah selamat sampai ke terengganu pagi tadi , atas permintaan mak kepada suami kawan itah .. mungkin dah selesai dikebumikan ,

wasalam .. itah undur diri dulu ,jadikan kisah kawan itah ini sebagai tatapan untuk anda semua
kalau kisah ni tak mampu nak bantu untuk lembutkan hati anda , cuba bayangkan pula , jika anda berada di tempat kawan itah .. kehilangan satu persatu orang-orang yang menyayangi diri kita dan yang kita sayangi . mampukah anda untuk terus terseyum dan bahagia?


Isnin, 6 Mei 2013

rindu

ASSALAMUALAIKUM ...

hye , selamat petang semua
esok pendaftaran form six .. good luck korang yang nak masuk tu erk
itah tak masuk kot , sebab berat sangat hati ni nak masuk.. haha
so sementara tunggu keputusan UPU keluar dalam pertengahan bulan 5 ni , enjoylah dulu
haha kolot betul ayat .. never mind

okey nak sembang sikit pasal PRU13 ni bolehkan? jangan marah erk
Alhamdulillah , so far BN menang jugak
haha .. tapi seronok ouhs usik BF sebab dia sokong PAS , katanya PAS for all .. yelah tu .. never mind .. tapi dia memang tak puas hati haha .. lawaklah BF ni , dia cakap mengundi pulak dia nak ambik calon then nak paksa itah undi dia dengan PAS .. sayang, sayang .. peliklah perangai , tahulah kuat PAS then di besarkan dengan PAS , maklumlah duduk selangor , gerrr .. maaf erk itah selamanya dengan BN ... sebab dah memang di latih dengan BN oleh mak ayah .. BN pun bukan seteruk PAS katakan tu , okey je dorang

ya Allah , bila BF nak datang perlis ni .. cakap nak datang hari ni tapi tak jadi pulak .. hampeh betullah 
dia tak tahu yang kita ni tengah rindu dia setengah nyawa , erk setengah nyawa ke ? eh tak lah , separuh jiwa ja .. haha
itah seronok sangat dapat webcam dengan BF, perangai memang tak berubah .. kelakar, dia yang mintak sangat nak webcam boleh-boleh , kalau ikutkan itah , memang malas
dah kesian terpaksa ikut je lah , nanti merajuk kang susah pulak .. dah la itah ni jenis tak pandai nak memujuk , a'ah , siapa ada tips nak memujuk? share dengan itah .. jangan malu-malu hehe
itah ni friendly je okey 

BF cakap balik ni dia nak ajak pergi tengok wayang .. dia cakap tu sebagai hadiah birthday itah 5 jun nanti 
itah cakap dekat dia , taknak , itah nak hadiah je
lepas tu dia cakap ada .. ingatkan betul-betul
dia cakap kejap eh , lepas tu .. dia datang bawak bear kecik
nampak macam kenal je bear tu
memang kenal pun tu hadiah itah bagi dekat dia tahun lepas #LOL

dia cakap itah ni 'NAGA KECIK' , sebab masa otp selalu tidur lepas tu berdengkur banyak angin hehe malunya :') ... kejam BF ni panggil kite naga . then itah apa lagi , panggil dia 'TIKUS' haha . macam budak-budak betul kitorang tapi tak apa , dah selesa macam tu , terima jelah
kitorang pun relay dah masuk dua tahun , tu pun dia yang ingatkan
maklumlah itah ni , orangnya rajin pelupa .. tu belum tua lagi
lepas tu kitorang tangkap gambar pulak masa webcam .. haha comel tau muka dia
nak tengok .. kejap eh



haha .. ini dia gambar BF itah , maaflah tak nampak sangat muka sebab gelap...

okeylah itah ada hal , dah tak boleh lama ni nanti takut tak sempat 

harap berjumpa di lain entry ya
sayang korang semua . muah sikit

bye
-wasalam-

NEW header 2013

assalamualaikum ... hye tutorial first bagi tahu 2013
nak ambiklah ... terima kasih