Selasa, 7 Mei 2013

al-fatihah

assalamualaikum ..
hari ni itah bawa cerita sedih
ya Allah memang tak ada mood lansung hari ni
mungkin rasa tertampar sama dengan penderitaan sahabat itah
ekin ....
baru lapan bulan kawin dah kehilangan untuk selamanya

kadang-kadang tu itah terfikir , bila waktu Allah nak bagi dia kebahagiaan yang abadi untuk diri dia dekat dunia ni? ya Allah aku mohon engkau berilah dia kebahagiaan lepas ni . aku dah tak sanggup nak tengok dia merana . pedih sangat hati ni bila tengok airmata dia . kenapa perlu uji dia sebegitu? . dari kecik sampai besar , dia dah tak ada kasih sayang dan baru nak dapat semula kasih sayang , kenapa tiba-tiba diragut ? kenapa ? ... tak layakkah dia untuk merasa bahagia macam orang lain rasa ?

masa dia umur 4 tahun , Allah dah ambik balik orang yang paling dia sayang ... mak dia , lepas tu dia hidup menumpang dengan orang lain , ayah dia kawin lain ... kesian sangat itah tengok hidup dia .. maklumlah duduk dengan orang , selalu kena marah

dia datang balik duduk dekat dengan itah , 2 tahun lebih .. lepas tu dia mintak nak duduk dengan mak tiri dia ... dia ingat mak tiri dia akan layan dengan baik tapi salah , mak tiri dia buat dia macam orang gaji , habis semua kerja dia kena buat . bila mak tiri dia paksa dia kawin dengan usia muda dia terima ,dia cakap mungkin boleh lari dari mak tiri dia , mungkin dia boleh senang .. ya memang dia senang dan bahagia , suami dia layan dia dengan elok , jaga dia .. itah pun selalu pergi jenguk dia dengan suami dia kalau ada masa lapang , suami dia cukup baik .. walaupun tengah kerja , sanggup balik kejap sembang-sembang adik beradik datang rumah .. bahagia sangat itah tengok dia dah senyum gembira dan itah selalu berdoa dalam hati biarlah kebahagiaan dia sekarang akan kekal selamanya .. tapi Allah tak makbulkan doa tu . tapi itah yakin , mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk dia
aminnnn ... harap-harap macam tu lah

petang kelmarin terkejut jugak masa dia mesej kata suami dia tak ada dah ... ya Allah , masa tu tetiba jiwa itah rasa sebak sangat , sebak sebab mengenangkan kehidupan dia lepas ni , apa yang akan jadi dekat dia dan anak dalam perut dia tu .. anak tu dah tak lama nak keluar , mesti dia sedih kan? tak sempat nak tengok rupa ayah dia macam mana . " aku tau hang penat fikir semua tu , aku tak ambik hati sikit pun , aku paham keadaan hang semalam ,dengan anak dalam perut tu lagi , apa-apa pun aku harap mak dengan adik ,kakak tiri hang tu akan jaga hang dengan elok walaupun sebelum ni depa banyak buat hang menderita , tau tak weh semalam aku penat tengok depa semua berlakon prihatin dekat hang , aku letih tengok air mata palsu mak tiri hang yang dah terlebih over daripada orang lain tu , dalam sedih-sedih boleh lagi aku tengok depa tanya hang pasal harta benda , ikhlas kah depa nak jaga hang weh? atau sebab harta benda yang laki hang tinggalkan dekat hang ? aku tengok semua kelaku depa weh , aku nampak semua "

Ekin , aku harap hang kuat , kuat hadapi semua ni .. insyaAllah aku tak akan berhenti berdoa dekat Allah untuk berikan hang bahagia , bukan bahagia yang seketika tapi bahagia untuk selamanya . dan aku nak tengok setakat mana permainan depa dekat hang .

wahai pembaca blog itah sekalian , jika anda semua beragama islam mari ,niatkan dalam hati yang AL-FATIHAH ni untuk ZAHARI suami kepada kawan itah iaitu NOR ASYIKIN HARIS , tadahkan tangan dan baca AL-FATIHAH . walaupun kita tak mampu nak selami hidup dia , nak rasai sedih dia , perih yang dia tanggung tapi sekurang-kurangnya kita dapat bantu dengan hadiah AL-FATIHAH . aminnnnnn...
semoga roh suaminya diletakkan dikalangan orang yang beriman disisi Allah ,

jenazah dah selamat sampai ke terengganu pagi tadi , atas permintaan mak kepada suami kawan itah .. mungkin dah selesai dikebumikan ,

wasalam .. itah undur diri dulu ,jadikan kisah kawan itah ini sebagai tatapan untuk anda semua
kalau kisah ni tak mampu nak bantu untuk lembutkan hati anda , cuba bayangkan pula , jika anda berada di tempat kawan itah .. kehilangan satu persatu orang-orang yang menyayangi diri kita dan yang kita sayangi . mampukah anda untuk terus terseyum dan bahagia?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan