Sabtu, 1 Jun 2013

impian saya

Assalamualaikum

hai semua pembaca blog itah . apa khabar korang semua?
sihat . alhamdulillah

sebelum tu itah nak korang tadah tangan dan niatkan dalam hati
yang al-fatihah korang baca ni untuk arif othman , kawan itah
sedar tak sedar , dah pun masuk "8" hari dah dia pergi.

arif , hang sentiasa dalam doa aku walaupun hang dah tak ada dekat sini . insyaAllah aku akan selalu doakan untuk hang sebab hang kawan yang terbaik antara yang terbaik pernah Allah hadirkan dalam hidup aku walaupun sekejap tapi cukup bermakna .

okeylah pembaca sekalian . itah nak sambung entry macam tajuk dekat atas tu. setiap orang dalam dunia ni pasti mempunyai impiankan? walaupun berbeza-beza. macam itah ,  itah juga ada impian sendiri dan itah cuba untuk kecapi tapi mungkin itah tak mampu . sedihkan ? :'(

impian itah masa kecik-kecik dulu nak sangat kaji bintang dan sampai sekarang pun itah minat lagi bab-bab nak kaji bintang ni tapi mungkin tak ada rezeki dan hanya akn jadi impian itah untuk seumur hidup itah tapi kadang-kadang tu itah harap sangat yang semua impian itah akan tercapai dan jadi kenyataan.

"JEPUN dan SAKURA di MUSIM BUNGA" satu lagi impian itah yang itah harap-harap sangat Allah makbulkan jadi kenyataan walaupun itah tak pasti sama ada impian tu akan tetap jadi impian juga . :(
tahu tak kenapa itah nak sangat tengok sakura? sebab itah nak rasa sendiri macam mana rasanya duduk dibawah pokok sakura dan melihat pokok berwarna merah jambu, kelopak-kelopak bunga yang jatuh menghiasi tanah apabila ditiup angin. Ya Allah , teringin sangat.

impian yang terakhir dan impian yang sememangnya orang akan gelakkan itah kalau itah cakap. tapi apa itah kisah sebabnya itu impian itahkkan? :)
impian itah yang terakhir ni kecik saja tapi tak tahulah boleh dicapai atau juga akan jadi impiam sampai itah menutup mata. itah nak rasa macam mana duduk dekat KL. nak rasa sangat suasana tu , nak rasa duduk apartmen yang tinggi2 tu, nak rasa waktu malam dekat situ. sebab tu kadang-kadang itah berdoa dekat Allah itah kalau boleh nak sambung belajar dekat sana . now itah rasa dah taknak sambung belajar dekat sana sebab itah taknak jauh dari keluarga tapi bukan anak manja sebabnya itah punya prinsip sendiri ye . itah harap suatu hari nanti itah akan stay sana, insyaAllah kalau ada jodoh dengan orang sanakan?hehe

okeylah , cerita itah setakat ini saja sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang. harap Allah panjangkan umur kita bersama . terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan