Isnin, 24 Jun 2013

kenangan bersama

"Ya Allah seandainya dia ( Muhammad Ajmal bin Zamari) adalah JODOH buatku maka tanamkanlah rasa CINTA ini terus mekar didalam hati kami dan jadikanlah cinta kami kerana Mu ya Allah dan seandainya perkara sebaliknya yang engkau telah tetapkan maka DAMAIkanlah hati kami untuk menerima TAKDIR MU"
Amin....

Assalamualaikum...
hai semua , apa khabar? sihat .. hum , Alhamdulillah
baguslah kalau macam tu. bersyukurlah Allah dah bagi kita nikmat kesihatkan?

okey hari ni itah nak cerita kisah "KAMI" . tahu tak kami tu siapa? haha , tak lain tak bukan, kisah itah dengan Encik Hubby lah.
hah meh itah nak cerita , rugi kalau tak baca

23 jun 2013
kenangan yang itah tak dapat lupakan.. maaf ye sebab terpaksa tulis "TARIKH" sebab otak itah ni cepat lupa dengan benda alah seperti number-number ni. payahkan jadi macam ni. never mind ... who care?
okey-okey, malas nak mengarut , itah sambung balik cerita sweet muit tu.
petang kelmarin sebelum Ajmal pergi kerja. Oppss lupa pulak nak beritahu Ajmal kerja apa.. jeng-jeng nak tahu.. okey itah bagitahu "KFC" haha , now itah panggil Ajmal dengan gelaran baru iaitu "ABANG KFC" haha. Dia marah okey , marah tapi seronok tengok Ajmal marah lagi-lagi dia merajuk. oush comelnya
dia datang jumpa itah sekejap then dia bagi itah sesuatu, nak tahu apadia... kejap nak upload gambarnya


hah ,, itu dia . RANTAI
cantik tak? cantik. siap ada ukir nama lagi

"terima kasih sayang sebab sudi bagi rantai tu walaupun itah sendiri tak pernah mintak"

then dia pakaikan untuk itah, hehe .. sweet tak? rasa macam dalam adegan drama lagi tu. sempat jumpa dia sekejap saja lepas tu itah terus balik rumah, nak pergi pasaraya beli barang nak masak tengah hari. masa balik tu terjumpa dia dekat jalan. dia panggil and sempat lagi dia pesan.
bawak motor elok-elok sayang, Ajmal dah nak gerak pergi kerja ni. then itah salam dia. lepas tu dia terus gerak.

petang tu itah pergi hospital. angan-angan nak tengok kawan nak bersalin tapi ada problem sikit so cancellah then tunggu adik, lepas tu nampak mak dengan ayah lalu , terus je ikut dorang. adik kena masuk wad. hum kesian dia demam berlarutan. malam tu itah kgantikan mak itah sekejap sebab mak nak balik ambik barang adik, pergi tadi tak prepair apa-apa pun. tak jangkakan nak kena masuk wad. so itah tolong jagakan. itah mesejlah dia bagitahu kot kalau-kalau dia nak datang lepas balik kerja. sebab dia balik pukul 8 lebih

dia buat call me back sebab tak ada kredit so itah call lah dia, dia cakap dalam 15minit lagi dia sampai.
dia dah sampai depan pintu pagar wad kanak-kanak tu so itah jemputlah dia dekat situ masuk tengok adik
masuk tengok adik kejap, itah cakap dekat adik duduk elok-elok sebab itah nak keluar jap. nasib adik tak banyak songeh , dia ikut je cakap itah. so itah turun lah saing dengan Ajmal. teman Ajmal makan, hum kesian tengok dia makan. dia cakap tak makan dari tadi.

lepas tu naik tengok adik jap , hum adik dah tidur so turun balik then pergi jalan-jalan dekat sekeliling hospital tu. sembang-sembang, hum ada ke pulak dia cakap dekat itah buat apa hot dalam facebook tapi kat luar tak kenal kawan-kawan facebook.. haiyaa abang oi masukke situ pulak
hah sembang punya sembang tetiba dia cakap satu hal ni, hal apa? hal "MATREALISTIK"
hum, dia cakap mak jang dia kata dekat dia dan dia memang terasa sangat dengan ayat tu. mak jang dia cakap macam ni
hang ada awek, awek hang takmau dekat hanglah kalau tak ada duit
pedas kot ayat tu , kesian-kesian. lepas tu dia cakap dekat itah, itah tak akan jadi macam tu kan? itah cakaplah, itah bukan perempuan macam tu lah. lepas tu dia cakap, sekarang ni memanglah tak lagi nanti bila dah kahwin, dah usaha , tawakal tapi Allah tak beri rezeki mesti sayang tinggalkan Ajmal. Apalah, orang tak macam tu. Allah tu tak kejamlah sampai macam tu. itah cakap dekat dia balik

lepas tu jalan-jalan lagi sebab duduk situ nyamuk banyak sangat. dia pegang tangan itah, hehe
lepas tu dia pergi beli air kejap so itah duduklah sorang-sorang dekat taman tu. nasib ada orang banyak haha tapi dia ni memang style tak malu, depan-depan publik panggil itah "SAYANG"

dah habis tu , kitorang jalan balik dekat wad tadi. dah dekat pukul 10 lebih dah, itah suruhlah dia balik tapi dia degil then dia cakap, Ajmal takpa dekat BINTONG je lagipun Ajmal laki bukan perempuan. perempuan orang boleh buat macam-macam . bahaya. take care sungguh dia dekat itah. itah cakaplah balik dekat dia, Ajmal baliklah dulu. alih-alih dia merajuk pulak. itah pujuk lepas tu dia buat tak heran. then jalan terus tinggal itah. Ya Allah, itah tak pandailah bab-bab nak pujuk ni. itah ikut dia jugak , try pujuk . akhirnya berjaya jugak. dia kena cair dengan awek kesayangan dia ni. hehe

okey dah, then sembang-sembang dengan dia balik lama jugak, dah dekat pukul 11 malam. itah cakap dekat dia, dah lewat ni , boleh balik kot. itah bukan apa. itah takut kalau dia  balik malam-malam tetiba jadi apa-apa dekat dia. susah. itah bukak lah suiz moto dia, dia cakap kalau naik lampu "HIJAU" dekat N tu siaplah itah dengan dia. itah buat tak tahu ja. dia ugut kalau bukak jugak, dia nak peluk itah. oh no...taknak lah

hum last tu,dia pun nak balik dah . itah cakap dekat dia take care . dia cakap itah naik tangga dulu lepas tu baru dia gerak. itah pun ikutlah cakap, dia
okey setakat situ ja mampu tulis. itah dah mengantuk sangat dah ni. bye selamat malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan