Rabu, 14 Ogos 2013

selamat hari raya

Assalamualaikum
Hai semua , itah di sini ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”
Maafkan itah andai terkasar bahasa , tuturkan dalam percakapan ataupun gurau senda
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk sememangnya datang dari itah sendiri

Lama rasanya tak menulis blog . apa khabar pembaca blog semua? Sihat?
Alhamdulillah . Allah masih beri kita nikmat lagi .
Okey itah nak cerita sikit pasal bulan Ramadhan yang lepas yang belum sempat itah story mory dengan pembaca semua
Haha , cerita lapok la katakan . Alhamdulillah satu permintaan yang itah buat masa bulan Ramadhan tu Allah dah makbulkan
Syukur sangat . buat pertama kali ataupun mungkin yang terakhir kalinya, itah dapat pergi Bazar Ramadhan dengan dia . seronok
Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna buat itah walaupun maybe tak bermakna lansung bagi dia .

Okey start dari peristiwa tu , itah dah lama tak jumpa dia . sibuk maybe, tak apa itah faham .
Just jumpa nak dekat-dekat raya , tu pun sekejap saja sebab nak ambik phone itah . dia bagi KFC then itah terus balik
Sampai raya pun tak sempat nak jumpa . sibuk kerja . okey itah faham lagi . maybe tak ada rezeki nak jumpakan . redha je lah .

Sometime tu itah rasa tak boleh nak faham dia . itah rasa dia tu manusia paling aneh dalam dunia ni . entahlah macam mana nak cakap
Susah nak digambarkan dengan kata-kata .
Itah mesej dia tak reply . okey maybe tak ada kredit maybe , tak apa itah call dia , mak aiii….. tak angkat lagi . tak apa faham lagi sibuk maybe .
Sedihkan … hum nasiblah badan
Start tu , itah sentiasa tunggu call dia tak pun mesej dia walaupun “HI, PLEASE CALL ME BACK”
Tapi sayang seribu kali sayang . acewah hehe berjiwang pulak ayat itah ni
Hum, dia tak pernah pun nak call or mesej
Itah sabar .
Satu petang tu , itah dapat “HI, PLEASE CALL ME BACK” daripada dia .
Itah senyum walaupun tu mesej bodoh dan tak berharga lansung kalau nak tunjuk kat orang pun orang gelak
Tapi bagi itah itu cukup bermakna . tak apa , itah call dia tapi ada satu ayat yang boleh buat itah sentap sangat
Dia cakap “AJMAL DATANG SINI PUN BUKAN NAK JUMPA ITAH, NAK JUMPA KHALIL JA”
Ya Allah, dia tak pernah fikir ke? Ataupun dia dah memang tak ada otak nak fikir. Itah rasa sedih sangat masa tu.
Dah kalau tak nak jumpa itah, apsal suruh itah call dia? Kenapa dengan dia ni? Entahlah, itah dah rasa semakin lama semakin itah dah tak
Boleh nak faham dia sangat-sangat. Rasa macam di perbodoh-bodoh je .

Start dari situ itah , nekat dalam hati itah yang itah tak mau contect dia lagi dan berharap yang dia akan contect itah tapi sama ja , tak ada lansung perubahan
Bila itah buka twitter dia boleh pulak bertwitt-twitt . ada masa pulak . tak faham betullah aku .
Tadi itah mesej dia , Tanya kerja ke tak sebab itah nak pergi kangar . dia takbalas . okey
Mesej batu nisan maybe itah ni.
Petang tadi masa itah lalu dekat KFC, itah Nampak dia and maybe dia tak perasan itah , dia boleh lagi senang-lenang isap rokok and sembang-sembang dengan
kawan dia . happy Nampak . okey fine .
maybe itah ni dah tak penting dalam hidup dia ataupun dah sememangnya tak wujud
boleh Nampak dari dulu lagi tapi itah ja , malas nak ambik port .
dulu dia puji kawan baik dia nama tikah depan-depan itah okey . faham lagi . sampai selalu sangat .
itah rasa macam , sayang sangatkan dia dengan tikah tu and penting sangat tikah tu dekat dia . rasa macam itah ni menganggu ja hidup dia
menyemak . sampai satu hari tu itah gaduh teruk dengan dia , dia memang dah tak boleh terima itah dah and tikah tu yang nasihat dia dan dia cakap
dia berbaik pun sebab tikah tu . okey faham . faham , faham dan memang terlalu faham .

pasal adik angkat dia dulu tu , kita gaduh jugak . sampai kawan itah cakap dekat itah “HANG GILA BAIK NA, BAGI PAKWE HANG BERADIK-RADIK ANGKAT NI, KALAU
AKU, AKU MEMANG TAK BAGI , MULA-MULA ADIK ANGKAT , LAMA-LAMA TERANGKAT LEPAS TU SIAP TANGKAP GAMBAR BERDUA PULAK TU”
Apa itah nak cakap masa tu , itah diam ja , itah senyum dan cakap “TAKPALAH, ADIK ANGKAT JA”
Tapi bila dia buat gambar FACEBOOK dengan TWITTER gambar berdua tu . itah rasa sakit hatilah , lagi-lagi dengan kawan-kawan duk perapi .
Dia marah itah balik . dia cakap “OH, PAYAH DENGAN ORANG KUAT CEMBURU NI” lagi itah tak ingatlah .
Dia boleh cakap itah kuat cemburu, sedangkan dia nak berkawan dengan perempuan mana-mana pun itah tak kisah .

And last itah tengok mesej dia yang terlekat dekat phone itah. Maybe dia mesej tikah tu kot . tak apalah , itah takkisah . itah sekarang ni

Taktau dah nak cakap apa dengan dia . kalau dia nak curang biarlah dia , tapi itah tak nak buat . kalau nak putus biar dia yang start fist tapi bukan itah yang mulakan