Isnin, 24 Jun 2013

kenangan bersama

"Ya Allah seandainya dia ( Muhammad Ajmal bin Zamari) adalah JODOH buatku maka tanamkanlah rasa CINTA ini terus mekar didalam hati kami dan jadikanlah cinta kami kerana Mu ya Allah dan seandainya perkara sebaliknya yang engkau telah tetapkan maka DAMAIkanlah hati kami untuk menerima TAKDIR MU"
Amin....

Assalamualaikum...
hai semua , apa khabar? sihat .. hum , Alhamdulillah
baguslah kalau macam tu. bersyukurlah Allah dah bagi kita nikmat kesihatkan?

okey hari ni itah nak cerita kisah "KAMI" . tahu tak kami tu siapa? haha , tak lain tak bukan, kisah itah dengan Encik Hubby lah.
hah meh itah nak cerita , rugi kalau tak baca

23 jun 2013
kenangan yang itah tak dapat lupakan.. maaf ye sebab terpaksa tulis "TARIKH" sebab otak itah ni cepat lupa dengan benda alah seperti number-number ni. payahkan jadi macam ni. never mind ... who care?
okey-okey, malas nak mengarut , itah sambung balik cerita sweet muit tu.
petang kelmarin sebelum Ajmal pergi kerja. Oppss lupa pulak nak beritahu Ajmal kerja apa.. jeng-jeng nak tahu.. okey itah bagitahu "KFC" haha , now itah panggil Ajmal dengan gelaran baru iaitu "ABANG KFC" haha. Dia marah okey , marah tapi seronok tengok Ajmal marah lagi-lagi dia merajuk. oush comelnya
dia datang jumpa itah sekejap then dia bagi itah sesuatu, nak tahu apadia... kejap nak upload gambarnya


hah ,, itu dia . RANTAI
cantik tak? cantik. siap ada ukir nama lagi

"terima kasih sayang sebab sudi bagi rantai tu walaupun itah sendiri tak pernah mintak"

then dia pakaikan untuk itah, hehe .. sweet tak? rasa macam dalam adegan drama lagi tu. sempat jumpa dia sekejap saja lepas tu itah terus balik rumah, nak pergi pasaraya beli barang nak masak tengah hari. masa balik tu terjumpa dia dekat jalan. dia panggil and sempat lagi dia pesan.
bawak motor elok-elok sayang, Ajmal dah nak gerak pergi kerja ni. then itah salam dia. lepas tu dia terus gerak.

petang tu itah pergi hospital. angan-angan nak tengok kawan nak bersalin tapi ada problem sikit so cancellah then tunggu adik, lepas tu nampak mak dengan ayah lalu , terus je ikut dorang. adik kena masuk wad. hum kesian dia demam berlarutan. malam tu itah kgantikan mak itah sekejap sebab mak nak balik ambik barang adik, pergi tadi tak prepair apa-apa pun. tak jangkakan nak kena masuk wad. so itah tolong jagakan. itah mesejlah dia bagitahu kot kalau-kalau dia nak datang lepas balik kerja. sebab dia balik pukul 8 lebih

dia buat call me back sebab tak ada kredit so itah call lah dia, dia cakap dalam 15minit lagi dia sampai.
dia dah sampai depan pintu pagar wad kanak-kanak tu so itah jemputlah dia dekat situ masuk tengok adik
masuk tengok adik kejap, itah cakap dekat adik duduk elok-elok sebab itah nak keluar jap. nasib adik tak banyak songeh , dia ikut je cakap itah. so itah turun lah saing dengan Ajmal. teman Ajmal makan, hum kesian tengok dia makan. dia cakap tak makan dari tadi.

lepas tu naik tengok adik jap , hum adik dah tidur so turun balik then pergi jalan-jalan dekat sekeliling hospital tu. sembang-sembang, hum ada ke pulak dia cakap dekat itah buat apa hot dalam facebook tapi kat luar tak kenal kawan-kawan facebook.. haiyaa abang oi masukke situ pulak
hah sembang punya sembang tetiba dia cakap satu hal ni, hal apa? hal "MATREALISTIK"
hum, dia cakap mak jang dia kata dekat dia dan dia memang terasa sangat dengan ayat tu. mak jang dia cakap macam ni
hang ada awek, awek hang takmau dekat hanglah kalau tak ada duit
pedas kot ayat tu , kesian-kesian. lepas tu dia cakap dekat itah, itah tak akan jadi macam tu kan? itah cakaplah, itah bukan perempuan macam tu lah. lepas tu dia cakap, sekarang ni memanglah tak lagi nanti bila dah kahwin, dah usaha , tawakal tapi Allah tak beri rezeki mesti sayang tinggalkan Ajmal. Apalah, orang tak macam tu. Allah tu tak kejamlah sampai macam tu. itah cakap dekat dia balik

lepas tu jalan-jalan lagi sebab duduk situ nyamuk banyak sangat. dia pegang tangan itah, hehe
lepas tu dia pergi beli air kejap so itah duduklah sorang-sorang dekat taman tu. nasib ada orang banyak haha tapi dia ni memang style tak malu, depan-depan publik panggil itah "SAYANG"

dah habis tu , kitorang jalan balik dekat wad tadi. dah dekat pukul 10 lebih dah, itah suruhlah dia balik tapi dia degil then dia cakap, Ajmal takpa dekat BINTONG je lagipun Ajmal laki bukan perempuan. perempuan orang boleh buat macam-macam . bahaya. take care sungguh dia dekat itah. itah cakaplah balik dekat dia, Ajmal baliklah dulu. alih-alih dia merajuk pulak. itah pujuk lepas tu dia buat tak heran. then jalan terus tinggal itah. Ya Allah, itah tak pandailah bab-bab nak pujuk ni. itah ikut dia jugak , try pujuk . akhirnya berjaya jugak. dia kena cair dengan awek kesayangan dia ni. hehe

okey dah, then sembang-sembang dengan dia balik lama jugak, dah dekat pukul 11 malam. itah cakap dekat dia, dah lewat ni , boleh balik kot. itah bukan apa. itah takut kalau dia  balik malam-malam tetiba jadi apa-apa dekat dia. susah. itah bukak lah suiz moto dia, dia cakap kalau naik lampu "HIJAU" dekat N tu siaplah itah dengan dia. itah buat tak tahu ja. dia ugut kalau bukak jugak, dia nak peluk itah. oh no...taknak lah

hum last tu,dia pun nak balik dah . itah cakap dekat dia take care . dia cakap itah naik tangga dulu lepas tu baru dia gerak. itah pun ikutlah cakap, dia
okey setakat situ ja mampu tulis. itah dah mengantuk sangat dah ni. bye selamat malam

Selasa, 18 Jun 2013

sayang awak

"Ya Allah , kenapa jadi macam ni? kenapa? aku dah usaha , aku dah berdoa dan aku dah serah segalanya padaMu tapi kenapa semuanya gagal. Ujian apakah ini yang Engkau mahu aku jalani Ya Allah. Aku cuba taknak kecewa bila lihat semua pemohonan aku gagal. Aku kuatkan hati aku agar jangan pernah menyerah dengan rezeki Mu tapi sampai sekarang... Ya Allah aku mohon padaMu bagilah aku sedikit rezekiMu padaku kali ni Ya Allah.... tolonglah hambaMu ini  terlalu berharap....Ya Allah"
 Assalamualaikum.....
hai semua hensem/cantik . how about you all? sihat alhamdulillah kalau tak sihat makan ubat ek bagi cepat sihat. today itah nak update blog. dah lama bebenor itah tak update. someone pun dah merungut nak baca entry baru blog itah. mengadanya budak tu. haha

okey today nak cerita kisah someone yang mengada-ngada tu haha. tapi first itah nak cakap itah memang sangat sangat sangat "TERHARU" dengan dia. before this anyone yang itah sayang tak pernah pun buat macam tu. bukan setakat kata-kata saja tapi perbuatan tu yang penting kan? dia sanggup lakukan apa-apa perkara yang tak pernah terlintas difikiran ini. so amazing boy.
"sayang bersyukur sangat sebab Allah pertemukan Ajmal selepas dia buat itah menderita. Maaflah sebab lambat nak mendalami hati Ajmal lebih dekat lagi sebelum ni tapi sayang ada sebab tersendiri kenapa buat macam tu"
 semalam itah dah start kerja. best sangat , kawan dekat situ tak lokek dengan senyuman dan budi bahasa tapikan one thing kena berdiri terpacak selama 12 jam. Ya Allah bertapa sakitnya kaki ni. balik tu jalan terjengket-jengket because before this tak pernah berdiri lama tu. nak duduk pun tak boleh. haha . start kerja pukul 9.30 pagi tapi 9.15 dah kena ada dekat kedai. lambat seminit pun kena tolak rm5 "WHAT THE.... lah . balik tu mandi terus, makan-makan then pergi dekat mak, buat "LOQAT" sikit. suruh mak picitkan kaki. fuhh sedap. dah rasa lega sikit. bagi tahu dekat mak nak pergi tidur rumah mak sedara sebelah rumah tu. dah sampai rumah mak sedara, sembang-sembang dengan dia sekejap lepas tuterus terlelap. baru rasa tidur sekejap tetiba kena kejut pulak. malasnya nak bangun dengan badan sakit-sakit ni. tidur balik, lepas tu kena kejut lagi. itah bangunlah tanya dah kenapa kejutkan? dah makcik sakit ke? lepas tu mak sedara cakap "Ajmal datang". cakaplah dekat mak sedara tipu. gila nak percaya, dah dekat pukul 2 pagi kot. jauh pulak dia nak datang dari kangar sampai simpang empat ni. bangunlah jugak pergi tengok, dengan rambut serabai tak kira dah.

tengok-tengok betul. haha senyum melebarlah. apa lagi, rindu kot dah seminggu lebih tak jumpa. mula-mula sekali dah kena tegur dengan dia. pakai seluar pendek macam laki. eh, nak tidur kot, takkan nak pakai lawa-lawa macam nak pergi berjalan. apalah dia ni, buat lawak tak kena tempat.. ha..ha..ha.. then sembang-sembang dengan dia. cakap dekat dia rajin ah datang sini pagi-pagi buta. dia cakap sebab rindu dia sanggup datang. orang bimbang kat dia, boleh dia buat saja ja. ishhhh...macam tak ada hari esok nak datang. tapi memang tak sangkalah dia boleh buat sampai macam tu sekali. rasa macam itah ni macam disayangi sangat. terima kasih Ajmal always make me smile even not same dengan couple2 sekarang ni. selalu mesej , selalu call tapi dia ada cara dia yang tersendiri so itah akan sedaya upaya belajar memahami sikap dia.

dah sembang-sembang tetiba dia keluar part "BUKHARI" . ish dia ni. jeleslah tu. auwm haha. ada orang jeles yeye... dia cakap ingatkan nak wish dulu masa birthday itah alih-alih bukhari yang wish dulu. pelik-pelik then itah cakaplah nak pelik apanya...kawan ja. bagi itah yang dah lepas biarlah lepas tak payah nak hidupkan kembali semua kenangan tu. dah tak ada makna dah kan?.
tapi part sedih , masa dia cakap macam taknak balik ja . nak duduk dengan sayang. rindu sangat. hum kalau boleh itah pun nak macam tu tapi you're not my own Ajmal. then dia letak kepala dia kat riba itah.dia cakap nak rehat sekejap. lepas tu tetiba phone dia bunyi. hum masa dia dah panggil nak balik rumah. lepas tu dia bangun berdiri depan itah then sua tangan dia. itah cakap apa. dia cakap salam. itah salamlah tangan dia. dia senyum. masa depan pintu keluar tu, itah pesan kat dia lagi...hati-hati, balik elok-elok. entah kali ke berapa itah pesan macam tu dekat dia. dah balik tu takpelah, itah masuk bilik balik nak sambung tidur. lepas tu dia hantar mesej suruh call dia

itah call lah. dia cakap dia jatuh dekat simpang tiga jalan nak masuk tu. luka sikit tapi seluar koyak. haiyaa...dah pesan banyak kali bawak moto tu elok-elok sebab dah malam sangat tu. see apa yang di risaukan dah berlaku , nasib luka sikit je pun.

petang tadi teman dia beli seluar slek yang dah terkoyak tu haha... lawak ah dia ni... then terserempak dengan kawan. apa lagi berdehem-dehemlah kawan tu. biasalah kalau tak kena sakatkan? abaikan
dah lepas teman dia beli seluar , ajak dia teman itah pergi ambik lesen P kejap and terus pergi kangar sebab dia nak pergi tempat kerja dia, itah pulak nak pergi beli roti dekat GARDEN. tunggu dia lambat sangat. itah tengoklah cermin sisi moto tu. betul-betulkan tudung yang herot-petot sebab kena tiup angin. lepas tu ada sorang budak laki tu tegur. "dah cantik dah", itah pusing tengok budak laki tu, dia senyum then itah gelak (nak cover malu sebenarnya).

dia teman itah beli roti dekat situ then masa nak makan roti tu itah cakap itah dahaga nak pergi beli air dulu baru nak makan roti. dia temankan lagi. bagusnya dia kan?. then minum dekat kedai bawah the store tu. dia makanlah roti. lepas tu dia gedik-gedik pulak nak suapkan itah roti tu. eh2, sweet depan publik kot. malunya
makan jugaklah dah dia suapkan. bukan selalu hehe. lepas tu dia paksa itah habiskan roti tu pulak. esh, kejam giler siap main ugut-ugut lagi tu. itah makan lah, tak sedar yang krim tu terkena pipi sendiri. hehe
dia tegur, "nak simpan dekat Ajmal ke?" lepas tu dia lap pipi itah. hehe masa tu dah rasa macam dalam filem pulak . haha perasan jap okey. jangan marah erk

then masa nak pergi dekat moto tu. itah cakap dekat dia. bye "Abang KFC" . dia buat usha garang pulak . haha tak takut pun . wekkk :P
tak larat nak tarik moto , berat sangat lepas tu panggil dia. paksa dia tarikkan moto dekat itah hehe. then kitorang pun baliklah. setakat tu je ceritanya. esok dia dah start keja balik. i will miss you dear walaupun dapat keluar sekejap tapi dah cukup bermakna buat itah. bye selamat malam semua

"saya selalu berdoa pada Allah dalam setiap sujud-sujud saya, jika awak adalah benar ADAM untuk saya, maka saya harap Allah akan tanamkan rasa cinta ini dalam hati kita dan jika bukan damaikanlah hati kita dengan takdir Allah. kita hanya merancang bukan perancan yang hebatkan"

Selasa, 11 Jun 2013

pelanduk serupa

ASSALAMUALAIKUM

hai semua . apa khabar? sihat? alhamdulillah
terima kasih ye yang dah penat-penat wish birthday itah 5 jun lepas.
terharu sangat itah.

okey , now you all can see new skin of my blogger. pink gitu haha
never mind but maaflah skin ni ada problem sikit. para FOLLOWER dekat blog itah
tak boleh nak dipaparkan. takpa-takpa nanti itah edit lain.

hah. now jom lah baca entry itah ni.baca tau jangan masuk saja. terima kasih bagi yang sudi baca tu.
itah nak mula cerita ni. 1,2,3 sedia dengar dan baca then hayati okey.
hum tadi masa itah dekat pejabat pendaftaran. hah buat apa itah kat sana, nak cari kerja ke?
nope.. itah nak buat ic barulah. maklumlah dah genap 18 tahun. haha dah tua tapi masih awek muda tau
kalau orang mana-mana tak kenal itah mesti dorang tanya. "eh, adik ni 'DARJAH' berapa?" what the fish. 'DARJAH' dorang sentai bagi. hah keluar dah ayat baku perlis.

itah tunggulah giliran then dah sampai giliran, itah pergilah dekat kaunter tu. eh, abang tu boleh duk buat
sembang rambong btw takpa. baguslah ada sikap macam tu kan. banyak orang senang. then bayar RM10.00 ... hah, part bayar pakai duit sendiri ni yang kedekut sikit btw terpaksalah sebab tak pergi dengan parent tapi pergi dengan mak sedara je. balik nanti dalam otak duk pikir nak klim balik duit yang rugi tadi. hum hampeh sampai sekarang tak dapat lagi. sabar.. sabar kan?

okeylah. then itah pergilah pulak dekat bahagian gambar. fuh banyaknya orang nak buat ic baru. okey dah lama penat menunggu tetiba terpandang someone. eh, masa tu rasa macam itah ni dah tak betul je. boleh nampak orang dah tak ada. takpa itah buat tak tahu je, mungkin khayalan itah saja. tapi rupa-rupanya itah tak salah tengok bila makcik itah yang diam sebelah kerusi itah tanya. "kamu perasan tak apa yang makcik nampak?" itah cakaplah "nampak apa?" then makcik itah cakap "nampak tak budak laki tadi gaya dia macam..." , "macam mat arifkan?" itah menyampuk. a'ah dah lama sangat nak cakap. makcik itah angguk-angguk then dia nangis. hah sudah. itah pun dah rasa sebak tapi tak sempat layan feeling lagi tetiba kakak tu dah panggil nama itah. semua dah siap so boleh baliklah waktu nak balik tu kebetulan budak laki tadi berjalan belakang itah dengan ayah dia. mula-mula itah tak perasan then pusing belakang tetiba nampak budak tu. wajah dia memang mirip arwah mat arif. wajah dah satu hal, gaya dia dengan tinggi dia. semua sama just dia besar sikit je pada mat arif. oh, rindunya kat mat arif.

budak laki tadi dah jalan depan itah dah. masa dia dengan ayah dia jalan pergi tempat letak kereta, itah curi-curi pandang budak laki tu. tak dapat tengok arwah buat kali terakhir dapat tengok "KLON" arwah cukuplah kan?. terubat jugak rindu ni. hum anak orang berada jugak budak tu. lama kitorang tunggu dalam kereta, tenangkan fikiran makcik itah. dia menangis tapi itah hanya mampu tersenyum saja sebab itah dah redha. sayang-sayang kita pada seseorang tu, sayang lagi Allah pada dia kan?hum :( . terimakasih Ya Allah kerana engkau telah kabulkan doa hambaMu ini.

itah harap sangat yang itah akan dapat jumpa "KLON" mat arif tu lagi. amin
okeylah cerita itah setakat ni saja. semoga berjumpa lagi di lain entry okey.

Ya Allah, aku mohon padaMu .. peliharalah dia disana dan jangan engaku sakiti dia dengan siksa-siksaan Mu sesungguhnya dia seorang kawan yang baik untukku. Amin

Sabtu, 1 Jun 2013

impian saya

Assalamualaikum

hai semua pembaca blog itah . apa khabar korang semua?
sihat . alhamdulillah

sebelum tu itah nak korang tadah tangan dan niatkan dalam hati
yang al-fatihah korang baca ni untuk arif othman , kawan itah
sedar tak sedar , dah pun masuk "8" hari dah dia pergi.

arif , hang sentiasa dalam doa aku walaupun hang dah tak ada dekat sini . insyaAllah aku akan selalu doakan untuk hang sebab hang kawan yang terbaik antara yang terbaik pernah Allah hadirkan dalam hidup aku walaupun sekejap tapi cukup bermakna .

okeylah pembaca sekalian . itah nak sambung entry macam tajuk dekat atas tu. setiap orang dalam dunia ni pasti mempunyai impiankan? walaupun berbeza-beza. macam itah ,  itah juga ada impian sendiri dan itah cuba untuk kecapi tapi mungkin itah tak mampu . sedihkan ? :'(

impian itah masa kecik-kecik dulu nak sangat kaji bintang dan sampai sekarang pun itah minat lagi bab-bab nak kaji bintang ni tapi mungkin tak ada rezeki dan hanya akn jadi impian itah untuk seumur hidup itah tapi kadang-kadang tu itah harap sangat yang semua impian itah akan tercapai dan jadi kenyataan.

"JEPUN dan SAKURA di MUSIM BUNGA" satu lagi impian itah yang itah harap-harap sangat Allah makbulkan jadi kenyataan walaupun itah tak pasti sama ada impian tu akan tetap jadi impian juga . :(
tahu tak kenapa itah nak sangat tengok sakura? sebab itah nak rasa sendiri macam mana rasanya duduk dibawah pokok sakura dan melihat pokok berwarna merah jambu, kelopak-kelopak bunga yang jatuh menghiasi tanah apabila ditiup angin. Ya Allah , teringin sangat.

impian yang terakhir dan impian yang sememangnya orang akan gelakkan itah kalau itah cakap. tapi apa itah kisah sebabnya itu impian itahkkan? :)
impian itah yang terakhir ni kecik saja tapi tak tahulah boleh dicapai atau juga akan jadi impiam sampai itah menutup mata. itah nak rasa macam mana duduk dekat KL. nak rasa sangat suasana tu , nak rasa duduk apartmen yang tinggi2 tu, nak rasa waktu malam dekat situ. sebab tu kadang-kadang itah berdoa dekat Allah itah kalau boleh nak sambung belajar dekat sana . now itah rasa dah taknak sambung belajar dekat sana sebab itah taknak jauh dari keluarga tapi bukan anak manja sebabnya itah punya prinsip sendiri ye . itah harap suatu hari nanti itah akan stay sana, insyaAllah kalau ada jodoh dengan orang sanakan?hehe

okeylah , cerita itah setakat ini saja sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang. harap Allah panjangkan umur kita bersama . terima kasih :)