Sabtu, 11 Mei 2013

selamat hari ibu

ASSALAMUALAIKUM ....

ehem... ehem ... mulakan dengan BASMALAH dulu okey
baru berkat
kitakan umat islam
apa-apa nak buat wajib mulakan dengan nama ALLAH dulu kan?

okey , hari ini itah nak tulis blog tentang apa? hah , tengok tajuk tau , tengok
esok hari AHAD ,  12 MEI 2013
hari yang paling bermakna untuk semua golongan wanita yang bergelar IBU
oushhh ... beruntungnya

pertama sekali itah nak ucap dekat mak itah iaitu " KHALIJAH BINTI HAMID "
"SELAMAT HARI IBU ... mak , shitah sayang mak sangat-sangat walaupun kadang-kadang tu ada menyakitkan hati mak , maaf ya ... tak senaja"

haish , sedihnya tahun ni itah tak cukup bajet nak belikan hadiah untuk mak
korang beli apa ha hadiah untuk mak korang esok?
mesti mak korang banggakan dapat anak macam korang , tak sia-sia dia mengandung dan melahirkan korang

dalam facebook malam ni tak banyak orang update status tulis "SELAMAT HARI IBU" , kebanyakkan pasal BF/GF je , sayu hati
macam mak korang lansung tak berharga
ingat ya ... IBU,MAMA,MAK,UMMI atau apa-apa saja panggilan yang korang panggil dekat mak korang
dia adalah satu-satunya insan yang sanggup berkorban untuk kita
korang patut hargai dia , yes memang hari ibu perlu sambut tiap-tiap hari bukannya setahun sekali
tapi pernah ke korang update hari-hari status tentang mak korang ? memang tak adalah , yang banyak pun pasal cinta
apa salahnya , hari ni ... kita ramai-ramai saling memperingati hari yang sangat sangat bermakna untuk seorang insan yang bergelar ibu ...

bila kita susah , sedih .. siapa yang kita cari? siapa ? mesti ibu kan?
kalau kita senang .. kenapa tak nak kongsi dengan ibu? kita lebih rela kongsi dengan kawan-kawan , BF/GF kan? kenapa , kenapa? tak perlu jawab dekat itah ... just bagi ruang dekat hati korang untuk renungkan ya

ibu tak akan pernah ada peganti , carilah seluruh pelusuk dunia Allah ni , nescaya korang tak akan bertemu dengan wanita yang sehebat ibu korang ....
so hargailah dia , walau siapa pun dia , macam mana pun dia ,dia tetap ibu kita , ibu yang melahirkan kita dekat dunia ni ... dia sanggup korban kan nyawa dia demi kita ...

okeylah malas nak tulis panjang-panjang , so itah , nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar status IBU dekat MALAYSIA ni .... semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki aminnnnn... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan