Jumaat, 24 Mei 2013

AL-FATIHAH buat ARIF OTHMAN

ASSALAMUALAIKUM

itah mulakan entry hari ni dengan lafaz BISMILLAHHIRAHMANIRAHHIM
syukur pada Allah masih memberikan kita peluang sekali lagi menghirup udaraNya.
jadi jangan sia-siakan perluang yang Allah beri pada kita ni.

mari .. itah nak mulakan entry
pertama kali itah nak korang yang beragama ISLAM terutamanya
tadah tangan korang dan niat dalam hati yang korang baca Al-Fatihah ni untuk Arif bin othman
amin... semoga Allah merahmati korang semua yang sudi sedekahkan Al-Fatihah kepada kawan saya
yang lebih di kenali sebagai mat arip.

mula-mula orang bagitahu dekat itah yang arif dah tak ada , itah tak percaya
serius itah lansung tak percaya
ingatkan main-main ja tapi rupa-rupanya betul
Ya Allah , masa tu macam tak boleh nak terima kenyataan ja yang dia sememangnya betul-betul dah tak ada
dia dah meninggal.
itah cuba tahan sebak dekat dada ni tapi itah tak kuat
last-last itah menangis jugak
itah teringin sangat nak tengok wajah dia buat kali terakhir tapi mungkin tak ada rezeki

orang cakap muka dia teruk sangat. lebam-lebam
kesian. dia mati sebab jatuh dalam sungai then moto yang dia naik tu hempap atas dia.
betul-betul kena dada dia , muka dia
mesti sakitkan dia masa nak meninggal tu. hanya tuhan saja yang tahu macam mana.

tadi last itah stalk FB dia sebelum didelete , maybe kawan-kawan dia or adik beradik dia yang delete FB dia. Alhamdulillah.
baru itah perasan yang status dia semua pasal mati
sebelum ni itah tak pernah pun perasan. kenapa ya? mungkin sebab itah manusia biasa yang tak mampu nak jangka sesuatu yang bakal berlaku ke depan. ya , betul tu .

last itah dapat jumpa dia pun. masa dekat kilang surubber dekat jejawi perlis. masa moto sepupu itah kena sabotaj someone. masa tu tengok dia sembang rancak sangat dengan makcik itah. maybe tak perasan itah. bila makcik itah cakap yang itah ada sekali. dia terus diam. mungkin malu. masa tu nak tergelak pun ada. arif-arif... dalam facebook punya rancak dia chat dengan itah. macam kenal lama, padahal baru tahun lepas kenal. tapi dia baik, mungkin sebab tu buat itah rasa terkilan sangat dengan kematian dia tu. dua tiga minggu ni, dia rajin sangat suruh orang kirim salam dia buat itah. naik malu pun ada. nak tahu sebab apa. sebab orang yang sampaikan salam dia tu selalu sakat-sakat. cakap mungkin dia suka dekat itah tapi itah keras-keras nafikan. itah cakap, dia saja-saja tu kirim salam. kawan-kawankan. apa salahnya.

ARIF... tadi aku p kubur hang. kali PERTAMA dalam seumur hidup aku, aku masuk situ 'TANAH PERKUBURAN' sebelum ni tak pernah. aku tak berani nak masuk, aku takut tapi kali ni sebab hang baik dengan aku, aku kuatkan semangat akau masuk situ. hang dengarkan aku bacakan Al-Fatihah untuk hang?. itu ja yang aku mampu bagi, aku janji dengan hang yang aku akan selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk hang sebab hang kawan terbaik aku. ARIF aku tau hang dah tak dapat baca ni semua, tapi ni semua luahan hati aku. walaupun hang dah tak ada, aku tetap akan selalu ingat hang walaupun hang malu dengan aku. kenapa hang pergi cepat sangat ARIF? aku ada banyak soalan sangat yang nak tanya dekat hang, SALAM-SALAM hang pun aku masih belum jawab lagi, sekarang aku jawab semua salam yang hang kirim dekat aku ya ARIF. wasalam.... maafkan aku sebab gaduh dengan hang pasai politik kemudian cakap hang bakal pemimpin calon 'PARTI BOTOI KICAP' maafkan aku. aku sayang hang, aku dah anggap hang macam adik aku dah. tadi masa aku p kubur hang, aku sedih sangat. orang-orang tu tanam hang..dalam tanah, mesti hang takutkan? kawan yang dulu periang sekarang dah tak ada, bila aku on facebook, aku teringat hang, kalau aku buat status hang mesti tak miss like status aku, bila aku upload gambaq hang mesti tak miss letak komen 'COMEL'... aku akan rindu semua tu. mungkin aku dah tak akan dapat lagi perkataan 'COMEL' tu dari hang lagi. aku harap hang tenang. selamat tinggal ARIF. tadi aku menangis sebab hang, maaflah. aku dah cuba kuat tapi tak boleh sebab aku sayang hang.

selamat malam semua. itah akhiri entry kali ni dengan wasalam. dah tak mampu lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan